PROLOG

56 1 0
                                    

"Jadi betullah, selama ini semua yang terjadi di kampung ini kerja kamu Melati! Astaqfirullahhalazim," Deraman menghentak dinding kayu di sisi tubuhnya . Tudung saji yang tergantung di dinding melurut jatuh.

"Hahahahaha. Aku puas! Aku puas sekarang!," Melati menjegilkan matanya memandang wajah suaminya Deraman. Urat-urat hijau mulai timbul di wajah Melati.

"Ya ALLAH, Melati apa yang sudah merasuk  kau!!" bentak Deraman dengan mata yang mahu terjojol keluar. Marah benar dia dengan perempuan yang sedang berdiri menyeringai di hadapannya itu.

Namun beberapa saat kemudian, Deraman berundur beberapa tapak ke belakang. Rasa amarahnya bertukar gentar,perlakuan isterinya itu diperhati. Perasaan takut mulai meresapi diri. Mana tidaknya, jelas wajah cantik Melati yang putih licin kulit mukanya, sedikit demi sedikit berubah mengerutu malah bau tubuhnya juga begitu busuk. Bukan itu sahaja, mata Melati juga turut menjadi hitam keseluruhannya. Dia mulai panik. Belum pernah selama dia berkahwin mahupun mengenali Melati, isterinya itu berubah sedemikian rupa. Syaitan apakah yang merasuk Melati sebenarnya? Persoalan itu serta merta berlegar-legar di minda.

Tubuh kaku Deraman tersentak apabila dia melihat Melati mulai merangkak perlahan-lahan mendekatinya. Tubuh Deraman mulai berpeluh. Rasa takutnya benar-benar menghantui diri. Kelankang seluarnya yang tadi kering basah tiba-tiba. Terasa air panas itu mengalir sehingga ke kakinya.

"Aku terkencing rupanya",omel Deraman. Kakinya terketar-ketar.

Tanpa mempedulikan keadaannya yang sudah terkencing kerana ketakutan, berbekalkan semangat yang masih bersisa dia berlari sekuat hati menuju ke muka pintu . Turun ke halaman rumah lalu menarik tangan Chempaka dan Ramlee yang sedang bermain. Kedua-dua anaknya itu tidak mengetahui keadaan ibu mereka yang telah dirasuk dan berubah rupa.

Wajah masam Chempaka dan Ramlee terlihat jelas apabila Deraman menyentap pergelangan tangan mereka secara tiba-tiba. Keduanya menjuihkan bibir tanda protes namun pegangan kejap Deraman terlalu kuat untuk dilepaskan. Tanpa banyak soal mereka mengikut arahan Deraman selaku bapa.

Tangan anak-anaknya dipegang kejap. Destinasi Deraman cuma satu iaitu ke rumah abang sulungnya, Jamil. Di sepanjang perjalanan menuju ke rumah Jamil, dia asyik menoleh ke belakang. Risau jika Melati mengejarnya.

Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Jamil. Deraman memberi salam.

Seusai salam dijawab mereka anak-beranak bergegas masuk sebaik sahaja pintu dibuka. Hampir-hampir sahaja Jamil mahu jatuh terduduk apabila ditolak kasar oleh Deraman yang mahu mengunci kembali pintu. Sempat Jamil berpaut pada almari kayu yang ada di situ.

"Kenapa dengan kamu ni Deraman, tergesa-gesa lakunya hingga aku pun kamu tolak, siapa yang mengejar kamu?"marah Jamil dengan kelakuan Deraman yang tidak sopan itu.

Deraman menarik tangan Jamil ke ruang tamu rumah dan mereka duduk di situ, manakala anak-anaknya disuruh juga duduk. Setelah itu Deraman bangun semula dan mula menutup semua tingkap yang terbuka di rumah tersebut.

Jamil yang sedang duduk bersila sangat hairan melihat ulah adiknya. Namun dia tidak bertanya kerana dia tahu Deraman akan bercerita perkara sebenar kepadanya sebentar lagi.  Ini kerana mereka dua beradik sudah berjanji tidak akan ada rahsia di antara mereka.

Jamil terleka sebentar melihat keletah anak-anak Deraman yang sedang bermain berhampirannya. Deraman kembali duduk bersila di hadapan Jamil. Wajah adiknya itu diperhati penuh khusyuk. Dia melihat peluh masih lagi berbintil-bintil di wajah Deraman. Dahinya berkerut, kehairanan menerajui perasaan. Mana tidaknya, apa yang Deraman dan anak saudaranya buat sehingga mereka terpaksa berlari untuk menuju ke rumahnya. Dikejar oleh siapa? Fikirnya semula.

DESTINASI Where stories live. Discover now