BAB 3

30 1 0
                                    

Kereta hitam milik Wani meluncur laju membelah jalan raya. Fikirannya kacau-bilau. Entah kenapa hatinya benar-benar berat mahu ke Kampung Bukit Keramat. Seolah-olah ada sesuatu yang buruk bakal menanti dirinya. Namun demi tugas dia turutkan. Tidak boleh tidak. Tugas merupakan amanah ALLAH dan juga merupakan ibadah. Dia mesti melaksanakan tanggungjawab itu dengan sehabis daya.

Seketika ingatannya mengingati perempuan yang menjadi musuh ketatnya. Perbuatan khianat perempuan itu terlayar-layar di mindanya. Hatinya sakit, kecewa dan sedih. Apakah perlu dia membalas pengkhianatan perempuan itu terhadapnya? Terlalu sakit hatinya apabila menggigat kembali setiap perkara yang perempuan itu lakukan. Buat seketika dia perlu melupakan perkara itu sehingga dia kembali semula ke tempat asalnya. Dia perlu bersemuka secara baik menyelesaikan masalah mereka. Buat masa ini dia perlu lebih menumpukan perhatian terhadap tugas di tempat barunya. Di samping itu, dia akan cuba memohon kembali untuk bertugas di tempat asal.

Mengimbas kembali pertemuan demi pertemuan dan perkenalan dia dengan Nisa sejak dari kecil sehingga mereka dewasa tidak ada yang membahagiakan kerana mereka sering bergaduh. Tiada punca dia mahu membenci Nisa namun kebencian Nisa terhadapnya yang menerbitkan rasa bencinya terhadap perempuan itu.  Sehingga kini dia tidak tahu punca Nisa membencinya.  Dia sudah bosan dengan permainan perempuan itu. Mungkin kali ini apabila berjauhan dari perempuan durjana itu jiwanya dan kehidupannya akan tenang. Tidak perlu lagi dia memikirkan dirinya dipersendakan oleh perempuan itu.

Apabila wajah Nisa hilang dari layar mindanya, wajah Fakry pula yang muncul. Dia mengenang semula penyesalannya bertunang dengan lelaki itu.  Bagaimana Fakry boleh tidak tetap pendirian apabila sewenang-wenangnya meninggalkan dirinya dan beralih arah menyukai Nisa si perempuan durjana itu? Ah, agak mengejutkan! Adakah selama ini Fakry memang curang di belakangnya  atau mereka berdua memang berpakat mahu mengenakannya atau apa? Runsing pula fikirannya apabila memikirkan segala kemungkinan yang tiada jawapannya. Akhirnya dia mengeluh.

Stering kereta dipulas untuk membelok. Kedua-dua wajah manusia yang mengkhinatinya itu menghilang dari fikiran. Lantas dia mahu memfokuskan penglihatannya dan fikirannya pada pemanduan.

Bam!!

"Kak Wani! Apa tu??".

Jeritan kuat Anita yang berada di sebelah mengejutkan Wani. Terasa jantungnya bagai direntap apabila suara nyaring Anita menerjah pendengarannya. Lantas brek ditekan mengejut.  Kereta serta merta berhenti. Masing-masing terkesima di tempat duduk masing-masing dengan wajah yang memucat.

Pekat malam pada ketika itu mengegarkan jiwa kedua-dua mereka, walaupun masing-masing tidak berbicara namun rasa takut terus menyelinap masuk. Mana tidaknya mereka berada di tempat dan jalan yang begitu asing.

"kenapa kau menjerit? Jangan takutkan akak boleh tak"! marah Wani dengan wajah yang kemerah-merahan.

"Nita macam nampak Kak Wani langgar sesuatu tadi, sebab tu Nita jerit" jawab Anita tergagap-gagap. Takut ulahnya apabila dia melihat wajah Wani yang mula mahu marah-marah.

Cermin tingkap kereta diturun secara automatik. Kepala Wani dijenggol keluar melihat di sekeliling. Beberapa saat kemudian dia kembali menghadap wajah Anita di sebelahnya.

"Akak tak nampak apa-apa pun?" Wani mengeluh perlahan.

Namun apabila diimbas kembali peristiwa tadi, dia tidak menyangkal ada terdengar sesuatu. Bunyi gedebuk yang didengarnya agak kuat. Tapi tidak pula dia melihat objek apa yang menyebabkan bunyi itu. Kalau dia nampak tadi pasti dari awal dia sudah menekan brek kereta. Lagipun masakan Anita menjerit lantang jika tiada apa yang dilanggarnya? Hantukah?  Orangkah?  Binatangkah?  Gumamnya di dalam hati.

"Astaqfirullahalazim".

Wani beristiqfar berulang-kali apabila dia merasakan terlalu jauh dirinya melalut. Dia cuba menenangkan diri. Jika benar dia telah melanggar sesuatu pasti benda yang dilanggarnya itu ada di bawah kereta. Secara logiknya begitu.

DESTINASI Where stories live. Discover now