BAB 7

9 0 0
                                    

Mereka bertiga keluar dari kereta lantas menuju ke bahagian bonet belakang. Beg galas yang mengandungi pelbagai makanan ringan diambil.

Anita dan Wani masing-masing mengalas satu beg yang mengandungi makanan ringan seperti roti dan keropok sahaja. Manakala Nisa pula dipaksa oleh Wani mengambil sebuah beg galas yang mengandungi pelbagai minuman ringan. Minuman kotak dan juga tin. Beg tersebut agak berat sehingga membuatkan Nisa mengeluh dan merengus marah.

"Woi! Korang bagi aku beg berat ni. Mana larat aku nak angkat", bebel Nisa dengan nada suara separuh menjerit.

Dia sempat menjeling ke arah penanda jalan yang bertulis selekoh kilometer 46. Namun tidak dihiraukannya. Dia lebih fokus kepada rasa lapar yang semakin menyucuk-nyucuk perutnya ketika itu.

"Woi! Beratlah!", omel Nisa lagi dengan wajah masam mencuka.

"Padanlah dengan muka kau, nak sangat ikut kita orang!", tempelak Wani. Geram. Rasa mahu disikunya gadis itu yang banyak mengomel.

"Kalaulah telefon aku yang mahal ni ada signal, tak ingin aku nak ikut kau oranglah!", balas Nisa. Tidak sudah-sudah dengan sikap suka menunjuk dan bermegah-megah. Telefon bimbit berjenama ditayang-tayang ke arah Wani.

Wani hanya membuat wajah mengejek ke arah Nisa. Malas dia mahu melayan sikap riak Nisa yang begitu keterlaluan.

"Sudah tu! Nah! kak Nisa. Ambil ni", Anita memberi sebuah troli kecil yang dikhaskan untuk mengusung beg kepada Nisa. Tadi troli tersebut digunakannya bagi membawa beg galas yang mengandungi makanan ringan namun apabila melihat betapa sukarnya Nisa mengalas beg yang berat isinya melahirkan perasaan kasihannya.

Beg yang mengandungi pelbagai jenis minuman itu diletakkan di atas troli yang diberi oleh Anita.Lega rasanya. Tidak ada lagi beban yang perlu digalas di atas bahunya lagi.

"Kita nak ke mana ni Anita. Macam nak pergi jauh je gayanya ni. Kau nak masuk ke dalam hutan ni ke? Kau jangan macam-macam. Kalau terserempak dengan binatang buas nanti. Tinggal rangka kita semua tau", panjang lebar Nisa membebel. Riak ketakutan terpancar di wajahnya.

Anita memandang wajah Wani dan Nisa silih berganti. Senyuman nakal dilemparkan ke arah mereka berdua. kedua-dua mereka tidak mengerti langsung mengapa Anita boleh tersenyum seolah-oleh mereka semua telah terlepas dari bala kesesatan yang mereka alami sekarang. Ah sudah. Kena rasuk ke budak Anita ni!

"Kak Wani dan kak Nita perasan tak ada denai di depan tu. Nampak tak tu", jari telunjuk Anita ditunding ke arah sebuah denai memanjang yang kiri kanannya dipenuhi semak samun. Namun di tengah-tengahnya lapang seperti laluan pejalan kaki.

Serentak Wani dan Nisa memandang denai yang dikatakan Anita. Memang sah yang ianya sebuah denai iaitu sebuah lorong pejalan kaki. Namun penemuan tersebut tidak mengembirakan Wani mahupun Nisa. Mereka hairan, apa manfaatnya jika denai tersebut ditemui. Mereka masih sesat juga. Tidak tahu haluan yang hendak dituju, malah mahu bertanya tiada seorang pun yang kelihatan di sini selain dari hutan belantara yang mempamerkan suasana kelam dan gelap.

"Kenapa kak Wani dan kak Nita tak gembira? Anita teruja tau", Anita tersengeh. Dia begitu ghairah untuk ke sana apabila sahaja dia terlihat lorong tersebut, namun wajah Wani dan Nita mempamerkan riak hambar.

"Anita, tujuan sebenar kita tadi nak makan kan! Lepas tu kau tunjuk lorong tu untuk apa? kau tahu ke apa yang ada kat dalam denai tu? Entah-entah ada binatang buas ke? Bunian ke? Eee! Sudahlah! Apa kata kita makan je, lepas tu kita teruskan perjalanan. Mana tahu dalam satu atau dua kilometer lagi terdapat pekan koboi dan ada penduduk kampung. Bolehlah kita tanya dia orang jalan nak menuju ke Kampung Rasa Sayang. Lepas tu sah-sah aku boleh balik ke bandar. Faham!", bentak Nisa. Geram. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa. Lebih lama mereka di sini bermakna lagi lambatlah untuknya pulang ke rumah.

DESTINASI Where stories live. Discover now