Bab 3:Teringat

16 2 0
                                    

Pada malam itu,aku susah nak melelapkan mata.aku asyik teringat wanita yang bernama Humairah tersebut.Aku rasa diri aku macam telah dilamun cinta.bak kata orang orang dulu dulu "makan tak kenyang,mandi tak basah,tidurpun tak Lena.aku rasa tak sabar nak  sekolah esok.."aku berkata dengan perasaan yang sangat teruja dan gembira.setelah lama aku memikirkan tentang hal Itu,aku pun mula rasa mengantuk dan akhirnya dibuai oleh mimpi yang indah.

  Tiba tiba,bunyi yang sangat kuat menyedarkan aku daripada mimpi Ku yang indah.aku pun tersedar.rupa rupanya bunyi Itu ialah jam loceng aku. aku pun memeriksa jam loceng tersebut.aku melihat jam tersebut dengan teliti dan jarum pendek pada jam tersebut telah menunjukkan pukul 7.00 pagi.aku pun berasa cemas kerana aku telah terlewat untuk pergi ke sekolah.aku pun mandi dengan cepat lalu menyiapkan diri walaupun baju sekolah belum diseterika dan rambut belum tersikat setelah Itu,aku pun berlari ke sekolah yang berada tidak jauh dari kawasan kediaman ku dengan pantasnya.

  Ketika aku melihat pintu pagar sekolah masih terbuka,aku merasa sangat bersyukur walaupun aku sampai agak lewat.aku pun berlari dengan pantas ke pintu pagar tersebut.setelah sampai di kawasan tersebut.aku melihat seorang wanita turut didenda kerana lewat.aku pun tidak menghiraukan perkara Itu lalu menyelinap masuk ke dalam kawasan sekolah secara senyap senyap.

  

Hilang GF Tak Sesakit Hilang KawanWhere stories live. Discover now