"Kerana cinta ❤ itu istimewa"
NUR TALITA AULIYA
"Liya! Hang mai sini sat! Aku panggey hang banyak kali hang pekak ka? "
Terjerit-jerit Mak Jah memanggil anaknya dari dapur. Auliya yang baru selesai solat subuh tergesa-gesa membuka telekungnya.
"Awat mak? Liya semayang tadi."
Mak Jah yang sedang mengelap dapur dihampiri.
"Sat lagi hang balik qeja boleh dak tolong beli kat mak tepung gandum cap bunga cempaka tu 3 bungkuih? Jangan lupa pulak! Esok mak nak buat kuih tak dak tepung aku uli badan hang ganti tepung tu! "
Pesan Mak Jah sambil berleter kepada anak daranya yang seorang itu.
"Hurmmmm... Ingat tadi pasepa duk kalut panggey orang macam nak runtuh rumah ni. Rupanya suruh beli tepung ja. Ish, small matter la mak oiii! Tapi kalau tak dak cap tu, Liya beli cap lain buleh dak? "
"Ha! Hang jangan dok gatai! Bai.. Bai.. Bai apa tu kuk ka kruk tu hang tetap kena beli cap tu jugak! Aku tak mau cap lain, nanti kuih aku tak menjadi! Orang komplen tak sedap aku nak kata apa? Aku ambil tepung tu tonyoh muka hang! "
Pecah ketawa Liya mendengar maknya yang mahu berspeaking tapi tak reti sebut. Bulat mata Mak Jah memerhati anak daranya yang sedang ketawa terbahak-bahak macam pontianak tu.
"Mak oiiii... Kalau nak sebut tu biaqlah berjenih sikit! By hook or by crook la mak! Apa la mak ni.. Lain kali kalau tak reti speaking tak payah la nak gatai-gatai cuba! Malu kat oqang aihhh! Hahaha"
"Awat? Aku pun teringin jugak nak speaking! Kalau salah tak pa at least aku cuba! Ni, yang hang tak siap-siap lagi ni pasaipa? Bukan ka masuk pagi hari ni? "
Liya mencebikkan bibir. Ya la tu! Speaking la sangat mak oiii.. Ikut suka mak lah! Nanti kalau kena gelak dengan oqang mak jangan maqah pulak!
"Yalah mak. Masuk pagi. Ni nak siap la ni!"
Liya terus masuk ke biliknya. Baju seragam McDonalds berwarna kelabu disarungkan ke tubuhnya. Padanan slack hitam dengan baju yang dimasukkan kemas ke bahagian dalam seluar bersama shawl berwarna hitam menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Make up nipis berserta lip balm yang diasaskan dari butter cukup menaikkan seri wajahnya. Tanpa make up pun dia sudah cantik dengan kulit yang putih mulus apalagi jika bermake up. Jejaka yang melihatnya pasti akan menoleh dua tiga kali. Comel ala-ala Mira Filzah!
"Tok tok tok!"
"Opocot mak hang anak jebon kena tembak! "
Terkejut Liya apabila pintu biliknya diketuk kuat oleh Mak Jah dari luar. Nak apa lagi la mak oii? Orang nak siap pi qeja ni macam-macam pulak dia pesan. Adoiii lah!
Liya membuka pintu sambil mengurut dadanya kerana terkejut. Dah lah kawan tu kaki latah,pantang terkejut sikit mulalah dia melompat jebon monyet penyu semua keluaq!
"Awat mak? Apa lagi mak nak pesan? Ketuk pintu macam nak roboh!"
"Ni, sat lagi hang balik jangan lupa ambik adik hang kat asrama tu! Dia balik hari ni. Esok kan cuti dua hari! Hang jangan lupa pulak! Sat lagi dok teriak pulak kawan tu tunggu hang kat sekolah dia!
"Ish mak oiii... Awat dia tak reti naik bas ka? Rapid banyak dok lalu, belajaq la berdikari sikit aih! Tania tu bukan kecik lagi, dah Form 5 pun! Liya dulu susah payah redah ujan naik bas ja tau! Tak dak mengada-ngada macam ni nak kena berambik berantaq bagai aih! Liya ni nama ja qeja shift pagi, tapi kalau tak dak oqang ganti Liya kena sambung OT! Mak tolong paham la.. Bukan Liya tak mau pi ambik dia tapi dia tu kena belajaq berdikari sama! "
YOU ARE READING
Cik Toya Mr. Kokoot
Humor👑Talita Auliya-Garang tetapi sangat bertanggungjawab! Seorang kaki latah yang sering menghiburkan orang sekeliling dengan telatahnya. 🔱Khalish-Romeo yang hidupnya cuma dihabiskan untuk berfoya-foya! Apa yang dia mahu semua akan didapati dengan mu...