"Kerana cinta ❤ itu istimewa"
"Awat mak ni? Pasaipa dok sebut nama abang Aiman tu? Kesian la Kak Liya mak. Mesti dia teriak tuu.. "
Selepas menutup pintu, kalut Leen membontoti emaknya ke dapur. Semasa melintasi bilik kakaknya tadi, dia terdengar esakan Kak Liya.
Faham benar dia jika disebut nama Aiman saja mesti kakaknya itu akan menangis. Masakan tidak, walaupun sudah hampir 5 tahun Aiman pergi meninggalkannya namun kesakitan itu rasanya bagai baru semalam berlaku.
"Sampai bila dia nak ingat Aiman yang dah mati tu? Dia tu dah 25 tahun tau! Nak tunggu bila lagi nak kahwin? Nak tunggu kerabat diraja mana mai pinang dia?"
"Mak... Sudah-sudah lah tu.. Bukan senang la kak Liya nak terima pengganti abang Aiman tu mak.. Oqang kaya tadi tu pun tak layak nak ganti tempat abang Aiman tau! Cubalah mak paham sikit hati Kak Liya tu.. "
Mak Jah mula berang. Tepung yang diuli di dalam besen kecil itu ditumbuk kuat.
"Hang bagitau aku apa benda yang aku tak paham? Sebab aku paham la aku nak dia tu cuba terima oqang lain bukan asyik dok ingat ja kat Aiman yang dah lama tak dak tu! Hang tu yang tak paham! Budak-budak lagi ada hati nak ajaq aku! "
Malas mahu bertekak dengan emaknya, Leen terus masuk ke bilik.
"Kalau paham sangat tak payah lah nak kenen-kenen oqang yang tak mau! Cuba kenen kat aku tengok, aku mau aih.. Lagipun kaya ,hensem,kompom terjamin masa depan aku. Tak payah susah-susah cari qeja pastu sambung belajaq untuk dapatkan qeja baguih-baguih. Hurm... Tapi dia tak mau kat aku. Dia mau kat Kak Liya.. "
Leen bercakap sendirian di dalam biliknya. Teddy bear disebelah didakap erat.
Sementara Liya di dalam biliknya pula sedang memeluk erat bingkai gambar Aiman. Rindunya dia pada arwah bekas tunangnya itu bukan kepalang.
"Abang... Liya rindu abang.. Liya tak puas lagi hidup dengan abang. Kenapa cepat sangat abang tinggal Liya?"
Menangis dia melihat gambar mereka bersama. Terngiang-ngiang lagi perbualan terakhirnya bersama Aiman selepas insiden Mak Jah menyerang dan memalukan Aiman di hadapan jiran-jiran mereka setelah mengetahui identiti sebenar Aiman.
"Kalaulah abang bukan Muhammad Aiman bin Abdullah, agak-agak mak akan terima abang tak? "
"Pasaipa abang cakap macam tu? Abang..mak Liya tu bukan macam mak oqang lain. Dia tetap nak orang dari keturunan yang baik-baik. Abang pun dari keturunan baik-baik apa.. Cuma abang hanya anak angkat yang berbinkan Abdullah. Bukan salah abang pun kan kalau jadi anak yang dibuang oleh ibu bapa kandung dia sendiri kan? Abang pun tak mintak semua ni jadi. Liya paham dan Liya terima abang apa adanya. Cuma mak tu ja tak boleh.."
"Tak boleh apa Liya? Mak Liya tak boleh terima abang sebab abang ni anak haram kan? Betul kan Liya? "
"Abang.. Liya minta maaf bagi pihak mak Liya. Liya janji akan pujuk mak terima abang.. "
"Tak payahlah Liya.. Mak Liya dah malukan keluarga angkat abang. Memang abang anak haram Liya tapi tu bukan salah abang! Keluarga angkat abang pun tak salah. Depa bela abang elok pun abang dah cukup bersyukur. Cuma salahnya abang sebab abang jadi anak angkat bukan anak sebenaq depa kan? Sebab tu ja kan Mak Liya hina abang?"
Setitis demi setitis air mata Liya membasahi bantalnya. Masih dia ingat lagi peristiwa di hari pertunangannya yang akhirnya menjadi episod paling sedih dalam hidupnya apabila dia kehilangan dua orang yang paling dia sayang serentak pada hari yang sama.
Masih dia ingat lagi ketika Mak Jah tiba-tiba datang menampar pipi dan menghina Aiman dengan panggilan "anak haram".
Semuanya gara-gara termakan cakap orang lain yang memberitahu Mak Jah identiti sebenar Aiman.
YOU ARE READING
Cik Toya Mr. Kokoot
Humor👑Talita Auliya-Garang tetapi sangat bertanggungjawab! Seorang kaki latah yang sering menghiburkan orang sekeliling dengan telatahnya. 🔱Khalish-Romeo yang hidupnya cuma dihabiskan untuk berfoya-foya! Apa yang dia mahu semua akan didapati dengan mu...