" Kerana cinta ❤ itu istimewa "
"Hang memang tak qeja ka ari ni? "
Soalan aku mungkin kedengaran agak kasar sebab hanya memanggil dia dengan panggilan "hang". Tapi rasanya bagi aku itu hanya panggilan biasa seperti juga awak dan kamu. Lagipun, aku memang tak mau dia feeling-feeling dengan aku pun. Kasar is better daripada lembut selalu kena pijak nanti!
"Qeja. Awat? Nak ikut I pi qeja ka? "
Dia senyum memandang aku. Ish, tak dak qeja aku nak ikut dia apa pasai? Daripada aku ikut dia baik aku ikut lembu kat bendang tu lagi baguih!
"Kalau macam tu hantaq aku balik dulu lah. "
Aku sengih. Sengihan yang dipaksa bukan rela.
"Balik? Kenapa nak balik? You kan tak qeja hari ni Cik Toya? So? Ada date dengan boyfriend ke kalut sangat nak balik awai-awai ni?"
Dah hang nak pi qeja mestilah aku kena balik. Takkanlah aku nak ikut hang pi ofis pulak, sorry la.. Aku bukan bini hang!
"Sorry! Aku tak minat nak berboyfriend-boyfriend ni. Hang kan nak pi ofis, habis tu takkan aku nak ikut hang? Aku bukan wife hang nak berkepit ja manjang dengan hang. Pikiaq logik sikit la! "
"Aik.. Marah pulak.. Sebab I pikiaq logiklah Cik Toya kena ikut I pi ofis. No excuses! Dah menumpang tu buat caqa tumpang. Jangan nak mengarah I ikut cakap you. Lagipun I bukan husband you kan? "
Eh, dia bidas aku pulak. Awatlah makin aku pandang muka dia ni macam aku qasa nak pijak-pijak ja? Kecik besaq kecik besaq ja aku tengok mamat ni!
"Dah tau bukan husband bukan wife jadi balik lah! Buat apa nak usung anak daqa oqang pi ke hulu ke hiliaq?"
Aku masih tak mengalah. Masih ingin berlawan kata.
"Wow! Anak dara lagi ka? Wuisshhh.. I like! Jom kahwin la, senang sikit nak jadi husband and wife. Bukan senang nak jaga dara tau zaman la ni! Kalau I dapat laaa... Sebulan la I kurung you kat dalam bilik tau!"
Dia mengangkat kening ke arah aku. Eii gatai! Sapa mau kat hang? Dahla Mr. Kokoot!
"Awat? Hang nampak aku ni macam janda anak 5 ka? Dan lagi satu, tak payah cakap soal kahwin lah dengan aku. Jantan macam hang ni bukan ikhlas pun. Main bedai ja cakap tak pikiaq baik buruk. Entah-entah aku ni bukan orang pertama yang hang pernah ajak kahwin pun. Simpan sikitlah crocodile attitude hang tu! Aku tak termakan pujuk rayu mulut manis boya kaya macam hang! "
Tiba-tiba dia ketawa. Aku cakap punyalah garang siap kata kat dia lagi, bukannya dia nak maqah, tapi boleh gelak pulak. Gila ka dia ni?
"Aku tak buat lawak la Mr. Kokoot. Hang ni takdak perasaan ka apa? Gelak-gelak! Sumbat stereng dalam mulut tu baqu tau! "
Aku memperlinya. Sinis. Makin lama aku dok dengan dia, aku takut aku pun berjangkit perangai sakit mental dia ni.
"Cik Toya.. You memang tak kenal lagi I macam mana... Kalau you kenal I mungkin semua kata-kata you tadi tu you akan tarik balik. Siap ada press conference mintak maaf lagi. "
Amboii... Press conference baq hang! Dia ingat aku ni sapa? Selebriti? Dak pun dia yang perasan diri tu artis. Gila glamer sangat aih! Hikhikhik..🙊
Aku ketawa kecil. Silap ka apa aku cakap? Rasanya betui dah tu. Dah memang jenih playboy mulut maneh. Taboq janji sana sini macam buat milo taboq ja. Pastu nak kotakan haram tak mampu! Kenai sangat la jenih muka jebon perangai beruk makye camtu. Spesis yang makin bertambah banyak dalam dunia ni.
YOU ARE READING
Cik Toya Mr. Kokoot
Humor👑Talita Auliya-Garang tetapi sangat bertanggungjawab! Seorang kaki latah yang sering menghiburkan orang sekeliling dengan telatahnya. 🔱Khalish-Romeo yang hidupnya cuma dihabiskan untuk berfoya-foya! Apa yang dia mahu semua akan didapati dengan mu...