Seluruh badannya terasa sakit. Darah darah yang mengalir dari badan tidak dihiraukan. Selama tiga bulan dia berada di penjara, selama itulah dia beralaskan jerami.
Tiada lagi makanan hangat untuk dimamah.
Tiada lagi katil dan selimut yang setia meneman tidurnya.
Tiada lagi pembantu rumah mengemas dirinya untuk sentiasa nampak kemas dan cantik.
Itu semua, dia boleh terima. Tetapi hatinya telah berkecai apabila Han tidak pernah sekali melawat dirinya.
Hina sangat kah dirinya?
Mungkin ini semua adalah balasan atas kekejaman yang telah dia lakukan dahulu.
Selama tiga bulan dia dipenjarakan, Lan dipukul, dihina dan disimbah air sejuk yang kotor.
Dirinya dilayan seperti sampah, sehingga dia jatuh sakit, tiada yang datang untuk mengubatnya.
Seperti semua menanti kematiannya di dalam penjara. Malang, nyawa Lan terlalu liat menyebabkan dia terpaksa menerima penyeksaan hari demi hari.
Kalaulah dia tutup matanya lebih awal, mungkin Lan akan lebih bahagia.
"Hehe.. Nasib Lan si syaitan dunia berakhir dengan lebih teruk dari pengemis tepi jalan. Kau mesti tak sangka kan? Tuanku Han sendiri yang rancang kejatuhan kau. Tahniah, tarikh hukuman gantung kau dah ditetapkan. Tahniah Tahniah."
Lan sedaya upaya mengangkat kepalanya, dengan lemah, merenung Pembesar yang sedang gembira dengan derita yang dia lalui.
".. Han tak mungkin buat macam tu." dengan suara yang hampir hilang kerana kehausan, Lan menepis tuduhan si lelaki.
Menyebabkan pembesar itu ketawa besar. Mengejek dirinya yang terlalu bodoh.
"Tuanku siap aturkan majlis keraian untuk sambut kau masuk penjara, tahu tak? Macam mana rasa kena khianat dengan orang yang paling kau percaya?"
Lan tunduk. Dia tidak mahu dengar lagi. Cukup!
Cukuplah.
Hukuman ni terlalu kejam buat dirinya.
Mengapa? Mengapa wahai adik?
Pernahkah abang aniaya kamu? Pernahkah abang sakiti kamu?
Akhirnya.. Air mata syaitan jatuh menitis. Menitis ke atas jerami jerami yang kering.
Tangisannya tiada bunyi, hatinya lebih sakit dari badan badan yang dipenuhi luka.
Pada hujung bulan itu, dia akhirnya dibawa keluar dari penjara yang tiada cahaya.
Dibawa ke plaza khas untuk hukuman gantung.
Lan memandang kosong tali gantung di depannya. Tali yang bakal menamatkan riwayat hidupnya.
Ah.. Hari ini, dia akan mati. Pada saat saat akhir ini, Han masih tidak tunjukkan muka.
Ternyata.. Tiada keluarga DiRaja yang tidak kejam.
Dia mengeluh.
Segalanya berlaku dengan pantas. Tiada lagi sakit dia boleh rasakan semasa hukuman dijalankan.
Hanya kecewa.
Hanya kecewa yang menghantui dirinya.
Namun.. Dia tidak pernah sangka dia akan membuka matanya sekali lagi.
Di hadapannya, sebuah bangunan megah yang misteri berdiri kukuh. Dengan perlahan, dia menolak pintu rumah di hadapannya.
Tiada orang.
Kosong.
Lan berjalan mengelilingi rumah agam tersebut. Salah satu bilik dipilih, kemudian dia membaringkan diri ke atas katil.
Hari demi hari dia masih berada di rumah besar tersebut.
Dia tidak tahu berapa lama telah berlalu, seperti beratus tahun lamanya.
Dia bersendiri di dalam rumah kosong itu. Bosan.
Sehingga satu hari, rumah agam tersebut tiba-tiba bergegar.
Ya.
Gegaran menyambut kehadiran pendatang baru.
Arc 1
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
RandomSini semestinya bukan syurga.. Bukan pula Neraka. Mereka dibawa ke Rumah Agam tersebut selepas mati pada kehidupan lalu, mencari jawapan pada penyesalan yang disimpan. Peluang Kedua.