Lazy

71 9 3
                                    


Name : ZiLan. Panggilan Lan.

Age : Lan mati pada umurnya 27 tahun. Tetapi dia dihidupkan semula dengan wajah berumur 18 tahun.

Date of birth : 01/01

One word discribe : Pemalas

😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴

Lan sentiasa tidur. Kalau sekali dia tidur, paling cepat dia akan sedar dalam 10 hari, dan paling lama adalah sebulan.

Kalau dia tersedar dan tak lalu untuk tidur lagi, dia akan habiskan masa membaca buku. Dalam rumah ini, ada pelbagai jenis buku dari pelbagai zaman.

Ada masa dia akan cuba memasak. Lan akan ikut buku resepi yang tersusun cantik atas rak. Dah banyak kali juga Lan menyebabkan dapur terbakar kerana tertidur semasa menunggu masakkan.

Dia terkurung seorang diri selama beratus tahun. Sehingga dia mula lupa wajah Han. Sehingga dia mula lupa.. Namanya sendiri.

Rambutnya semakin memanjang. Sehingga lebih dari kakinya. Sehingga bergulung di dalam bilik. Menyebabkan Lan pernah tersadung atas rambutnya sendiri.

Kalau dia rajin, dia akan potong rambutnya. Kalau dia malas, dia biarkan sehingga rambut hitamnya tersangkut pada mana mana, barulah dia potong.


🐾🐾🐾🐾


Gegaran yang tak pernah berlaku pada rumah agam tersebut buat Lan tersedar dari lenanya. Apabila dia nampak 'manusia' selain dari dirinya, Lan jadi teruja dan berlari turun tangga untuk menegur si gadis.

Dan Lan mula sedar... Dia.. Dia dah lupa cara untuk bercakap!

"Aa.. E.. Aa.."

Sebab tu lah, pertama kali Maya bertemu Lan di ruang tamu, dia menjerit ketakutan. Dengan rambut Lan berserabai menutup muka, dengan baju hitam yang lusuh...

"Aaahhhhhhhh!!  Hantu! "

Apa lagi, Maya berlari selamatkan diri hingga ke dapur. Bila Lan cuba dekati, Maya capai kuali dan ketuk kepala Lan dengan sekuat hati.

Lan yang dah lama tak rasa sakit terjelupuk jatuh ke lantai. Sehingga rasa sakitnya hilang, barulah Lan bangun semula dan bersembunyi di dalam biliknya.

... Disebabkan itu, Lan jadi takut nak dekati Maya.

Ditariknya selimut, cuba sembunyikan diri. Sedikit memori dirinya dipukul di dalam penjara datang kembali, buatkan Lan mengingil ketakutan.

Manusia memang menakutkan.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 14, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

PELUANG KEDUATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang