Dilahirkan di dalam keluarga Diraja tidak bermakna kebahagiaan.
Ya. Terutama bagi mereka yang mempunyai hak untuk merebut takhta Yang maha Agung.
Lan, putera kelima yang tiada kuasa. Lan tak pernah berminat dengan pergaduhan perebutan kuasa istana. Keinginannya kuat untuk hidup harmoni bersama si adik.
Kedudukan status bonda gundik tidak tinggi, maka mereka berdua berada di antara yang terbawah berbanding putera yang lain.
Bagi Lan, kekayaan sebagai keluarga diraja sudah cukup untuknya. Dia tidak kisah dengan kedudukan yang rendah.
Namun.. Si adik, Han, mempunyai rupa paras yang cantik dan berjaya menarik perhatian ayanhda Maharaja.
Kerana kelincahannya, kerana kebijaksanaannya sejak kecil, Han menjadi kesayangan ayahnda Maharaja.
"Abang, kenapa semua tak suka Han? Apa salah Han?"
Si kecil berlari mengadu pada Lan.
"Han tak salah. Mereka cuma cemburu. Han kena tabah. Jangan biar diorang buli Han."
Han mula menjadi target gundik lain. Kedudukan Putera Mahkota yang masih kosong menyebabkan kesemua mereka tidak senang hati.
Keadaan jadi semakin tegang apabila Han diburu pembunuh upahan. Hidupnya mula diselubungi ketakutan.
Setiap makanan Han perlu diperiksa asal usul. Sudah berkali kali Han kritikal akibat racun. Dalang yang merancang semuanya pandai melarikan diri, tidak dapat dikesan. Setiap tidur malamnya tidak lena, khuatir kehadiran orang berbaju hitam yang tidak diundang.
"Jangan risau, Abang akan lindungi Han. Jangan risau." Lan memberi janji. Luluh hatinya melihat Han sentiasa cedera.
Luluh lagi hatinya apabila dia tiada kuasa untuk lindungi satu satunya keluarga tersayang.
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
CasualeSini semestinya bukan syurga.. Bukan pula Neraka. Mereka dibawa ke Rumah Agam tersebut selepas mati pada kehidupan lalu, mencari jawapan pada penyesalan yang disimpan. Peluang Kedua.