Semakin mereka membesar, Lan mula menjadi seorang yang licik. Demi melindungi dirinya, juga adik kesayangannya Han, Lan mula bermain api.
Satu demi satu, musuh mereka dihapuskan. Malah, setiap keluarga yang telah kalah pada kelicikkan Lan akan dihukum pancung dan gantung.
Dia memastikan tiada sisa sisa dendam yang tinggal. Kini Lan menjadi pemburu, menghapuskan semua yang menghalang kejayaan Han.
Lan tidak kisah apabila orang memanggilnya ditaktor. Dia tidak hairan membabitkan orang tidak bersalah. Apa yang Lan mahu, sudah terang dan nyata.
Takhta. Kuasa.
Impian Lan hanya satu, mengangkat Han sebagai Raja Agung, dan hidup mereka tidak lagi terancam apabila memiliki kuasa tertinggi.
Dia boleh gunakan sesiapa yang boleh digunakan. Semua tunduk pada ketakutan, memanggilnya syaitan dunia.
Lan si syaitan dunia.
Kejayaannya menghapuskan putera lain tanpa belas kasihan. Semua demi memastikan Han menjadi pemerintah, adik beradik sebapa yang lain menjadi mangsa.
Dan disaat Ayahnda Maharaja jatuh gering, Lan tersenyum besar. Ayahnda Maharaja memilih Han sebagai Putera Mahkota.
Akhirnya musuh utama Lan akan mangkat. Dan.. Pada tahun kemangkatan Ayahnda Maharaja, Han ditabalkan menjadi Maharaja baru.
Pada itu, Lan mula mengundur diri dari pentadbiran. Dia tidak lagi macampuri politik istana. Bagi Lan, tugasnya telah selesai.
Segala tanggungjawab jatuh pada Han, dan Lan mula bersara di rumah yang dibina dihujung kota. Kini, dia hanya perlu mencari bakal isteri untuk dirinya, tidak lagi merisaukan Tuanku yang berada di kedudukan paling teratas.
Inilah ketenangan yang Lan cari. Tanpa gangguan luar, hanya berada di taman mini yang dia reka sendiri.
Selama enam tahun, dia bebas. Selama itu juga dia tidak bertemu dengan orang dari luar. Termasuk Han si adik kesayangannya yang sentiasa sibuk menguruskan isu negara.
Lan fikir, dia akan kekal tenang sebegitu sehingga masa dirinya telah tamat.
Malangnya.. Semua usaha Lan ternyata sia-sia.
Ketenangan yang dia cari lesap begitu sahaja, apabila pengawal DiRaja menyerbu masuk kediamannya yang telah dianggap seperti syurganya sendiri.
Dan Lan ditangkap, digari dan ditolak untuk di bawa berjumpa pemerintah negara di singgahsana istana. Maharaja Agung Han.
Dia ditolak jatuh, tersungkur di hadapan Tuanku Han yang dengan megahnya duduk di atas berangga.
Lan memandang pembesar yang berada di kiri dan kananya, kemudian kearah Tuanku Maharaja Han yang juga adalah kebanggaan dirinya. Adik kesayangannya.
Mengapa dia dilayan seperti pesalah? Apa yang telah dia lakukan?
Seperti menjawab persoalannya, pembesar kanan Maharaja menapak ke hadapan, membuka titah Maharaja.
" Putera Lan disyaki bekerjasama sama dengan Putera negara sebelah untuk menjatuhkan negara. Maka, sepanjang penyiasatan, Putera Lan akan dihukum penjara sehingga bukti telah ditemui."
Tergamam Lan mendengar tuduhan yang jatuh pada dirinya. Sungguh dia tidak percaya. Ia hanyalah tuduhan tanpa bukti kukuh.
"Tuanku, semua ini mengarut. Tak mungkin Lan ini akan merancang kejatuhan negara, apakan lagi kejatuhan Tuanku. Lan.. Lan menolak tuduhan ini. Semoga Tuanku siasat perkara ini sepenuhnya!! "
Tetapi.. Dia tidak menerima jawapan.
Apabila dia mengangkat wajahnya, dia melihat bertapa tajamnya mata Han, memandang dirinya dengan penuh benci.
Mengapa?
Sungguh begitu kecilkah kepercayaan Han pada dirinya?
Disekelilingnya, kesemua pembesar cuba menyimpan senyum. Akhirnya si syaitan jatuh pada tangan adik sedarahnya sendiri.
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
DiversosSini semestinya bukan syurga.. Bukan pula Neraka. Mereka dibawa ke Rumah Agam tersebut selepas mati pada kehidupan lalu, mencari jawapan pada penyesalan yang disimpan. Peluang Kedua.