Keadaan haikal hakimi*
"Aduhhhh, apa yang Adam buat tadi Aduhhhh. Mamposlah, mesti minah tu ingat bukan2 " getus hati Haikal.
Mana tidaknya,diberi peluang untuk muncul buat hal pula.
" mmmmm orang tu nampak macam baik,ok kot aku tegur dia " bisik hati haikal. Matanya liat memerhatikan gerak geri roh di hadapannya.
Roh tersebut memakai baju putih yang koyak rabak, berdarah sana sini namun senyuman manis masih terukir di bibirnya yang merah bak delima. Rambutnya panjang mengurai.
" Maafkan saya, saya nak tanya. Ada nampak tak seorang minah baru ? Budak baru masuk , kalau ada boleh bagi tau dia ke mana tak?" Tanya Haikal dengan takut2 .
Roh wanita tersebut memandang haikal dengan senyuman yang manis. Dia mengangguk. Jari jemari runcingnya menunjukkan ke arah Cafe.
Haikal mengucapkan terima kasih, wanita tersebut hanya mengangguk lalu berlalu pergi.
Menyeramkan bukan? Nasib roh itu baik. Dari kecil lagi haikal sudah dilahirkan dengan mata yang tidak berhijab.
Dari kecil lagi dia sudah dididik agar menjadi berani. Bukan sahaja aib mata yang terbuka, Haikal juga mempunyai satu penyakit.
Penyakit haikal ialah penyakit D.I.D. Penyakit tersebut telah muncul pada diri Haikal sejak kematian ayah tercinta nya.
D.I.D bermaksud di dalam badan pesakit tersebut mempunyai banyak personaliti -personaliti. Personaliti tersebut hanyalah imaginasi si pesakit.
Di dalam badan Haikal mempunyai 5 Personaliti yang berbeza.
Personaliti pertama bernama Adam,seorang lelaki yang selalu mempermainkan perasaan wanita.
Personaliti kedua pula bernama Izwais, lelaki yang baik, sopan,bijak.
Personaliti ketiga bernama Haidar,seorang yang tegas,bijak ,kemas dan mempunyai disiplin yang tinggi .
Personaliti keempat bernama Danial, seorang lelaki yang sangat nakal,romantik dan berani.
Manakala yang terakhir iaitu personaliti kelima bernama Rayyan, nakalnya hampir seperti Danial namun Rayyan merupakan pelajar yang pintar dan aktif bersukan.
Peristiwa yang menyebabkan Haikal menjadi pesakit D.I.D
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Papa!!! Haikal rindu papa. Mana papa pergi papa" rengek seorang budak lelaki yang masih kecil sambil memeluk papanya .
"Papa ..pergi cari mama lah sayang"
"Papa dah jumpa mama ke?! Mana papa?" Ucap Haikal yang masih kecil itu dengan teruja.
" Ada dalam bilik lah sayang, Haikal dengan sini. Bila papa dah xde nanti papa nak Haikal belajar betul-betul. Cari Syasya kawan sewaktu kamu kecil tu dan kahwin dengan dia ya" ucap papa Haikal dengan lembut lalu mencium rambut Haikal.
"Boleh2, Haikal suka Sya😀. Haikal akan kahwin dengan dia . Promise " kata Haikal lalu mencium pipi papanya.
"Dan satu lagi, jaga syarikat papa elok2 tau. Tu semua hasil titik peluh papa dengan atuk tu. Janji ya sayang"
"Janji papa" ucap Haikal dengan riang.
Papa Haikal hanya tersenyum melihat Haikal,tanpa sedar air mata jatuh jua.
"Papa kenapa papa menangis? "
" Tak ada apalah,mari sini peluk papa. Kita tengok animasi Jepun ni same-same" ucap papa haikal langsung memeluk haikal dengan erat sekali.
Haikal yang masih kecil itu gembira kerana dipeluk begitu. Papanya memeluk haikal seperti mereka tidak akan berjumpa lagi.
"Ok haikal duduk sini dulu,papa panggil mama"
" ok papa" ucap Haikal.
Papa haikal mencium kedua pipi haikal dan mengusap rambut Haikal. Dia naik ke atas untuk memanggil isterinya.
Tanpa Haikal sedar masa berlalu dengan pantas,sudah berpuluh puluh minit papanya berada di atas memanggil isterinya.
Tiba2.
"PANG!"
Bunyi kaca yang pecah itu berbunyi dengan kuat dan membuat haikal terkejut.
Di fikirannya hanya terlintas satu perkara.
Mama Papa.
Haikal naik ke atas untuk melihat keadaan mama dan papanya.
Kelihatan dua mayat di hadapan haikal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry2 tengah takut ni. Hujan tak tapi petir menyambar. Abaikan typo yah. Yang hantu tu ingat nak buat seram tapi takut sebab duduk rumah sorang2 haha. Dah baca bayar lah,
Murah jerkk.
Vote aja sayo mintok hihi
YOU ARE READING
Cinta Miss Blue
Romance"Jangan kacau bakal boyfried aku lah perempuan kampung!!!"_Alisya "Aku pon tak hingin lah ayam! But sejak bila haikal milik kau? Aku tak nampak pun kata dahi dia tulis "Alisya" or "Ayam Betina Sial" _Syasya "Ehh betina,sejak bila aku bakal boyfriend...