OY 6

4.7K 157 26
                                        

Khai P. O. V

Genaplah seminggu kes aku bertumbuk dengan Faisal, dan maknanya sudah seminggu juga aku tidak bertegur langsung dengan Syakila. Selepas je aku blah macam tu je, esoknya Syakila dah tak bertegur dengan aku. Jangan kan nak tegur, pandang aku pun tidak.

Entah, tawar hati agaknya sebab aku tinggalkan dia macam tu je. Aku pun malas nak kisah, cukuplah dapat pandang dari jauh sahaja kecantikan dia. Hehehe...

"Baiklah, saya dah bahagi-bahagi kan kamu dalam kumpulan. Tiap kumpulan 2 orang sahaja memandangkan dalam kelas ni cuma ada 22 orang sahaja." Beritahu Prof. Kamal.

"Ala Prof, kalo kitorang pilih groupmate sendiri tak boleh ke?" Tanya Nadia, sepertinya mengeluh.

"Saya tak nak, sebab saya tahu subjek korang yang lain korang boleh pilih ahli sendiri kan? Jadi saya nak, untuk subjek saya ni korang bekerjasama dengan orang lain pula. Tak nak dengan orang2 yang kamu dah biasa." Aku mengangguk setuju dengan cadangan Prof. Kamal.

Betul juga!  Tak mencabar lah kalau kita buat kerja dengan orang yang sama, sebab kita dah tahu perangai diorang sendiri.

"Korang boleh tengok senarai nama ni dengan class rep. Kelas sampai sini sahaja, jumpa minggu depan." Hilang sahaja kelibat Prof. Kamal, semua terus bangun kearah Najmi, class rep kami.

Aku masih lagi duduk, malas hendak berebut. Ada suara mengeluh, ada yang gembira. Dah serupa terima result SPM diorang ni. Tapi yang paling menarik perhatian aku semestinya Syakila. Reaksi mukanya aku tak dapat nak agak,  senang kata seperti tak ada reaksi.

"Ni mesti dia dapat satu kumpulan dengan orang dia tak suka, sebab tu tak gembira." Bila tengok keadaan dah semakin reda, barulah aku bangun kearah Najmi.

" Weh Mi!  Aku nak tengok nama." Najmi menyerahkan senarai nama tersebut kepada aku. Bersungguh aku cari nama aku sendiri.

Kumpulan 8
1.Khairun Rafiqi Binti Ahmad Ali
2.Nur Syakila Binti Kamarul

Nak terkeluar biji mata bila baca nama groupmate aku. Seriuslah weh!?

"Mi, betul ke ni nama yang satu kumpulan dengan aku? Ke aku salah baca?" Aku siap tanya Najmi lagi, sebab tak percaya.

"Betullah, Syakila satu kumpulan dengan kau." Dengar je Najmi sebut nama Syakila, aku terus tersenyum. Oh tuhan!  Inikah dinamakan jodoh. Hahaha...

Aku terus berlari ke kerusi aku  untuk ambil beg, dan terus berlari keluar hendak mengejar Syakila. Tapi  sayangnya kelibat dia dah tak ada. Aduhai!!!

'Tak apa lah, nanti aku chat je dengan dia.' Pujuk hati aku. Aku berjalan ke arah bustop, hendak pulang ke kolej.

Kuliah? Kuliah petang ni cancel, sebab pensyarah ada kerja lain dekat luar. Tengah aku berlenggang kangkung ke bustop, tengok-tengok bas dah sampai. Apa lagi~ aku pecut lah lari, tak nak kena tinggal. Sampai depan pintu bas aku dah mengah, dan abang driver tu tersenyum tengok aku. Ni mesti dia nampak aku lari macam nak mati. Hahahah..

"Thank you bang sebab tunggu." Ucap aku sebaik naik bas, dan abang driver balas dengan anggukan. Aku tengok tempat duduk, ada satu kosong. Aku terus bergerak kearah tersebut dan duduk.

Bila aku pusing nak tengok siapa sebelah aku, orang tu pun tengah pandang aku. Kami berdua terdiam. Hanya mata terkebil-kebil saling  memandang satu sama lain.

Tapi tak lama, selepas itu dia terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Terkulat-kulat aku tak tahu nak buat apa. Sudah lah seminggu tak bertegur langsung,  ni pula jadi groupmate. Memang awkward~.

"Syakila." Aku panggil dia untuk menarik sedikit perhatian. Dia pandang aku, tapi hanya dari ekor mata.

"Kita satu kumpulan kan?" Tanya aku, takut-takut.

"Hmm..." Balas dia.

"Awak marahkan saya sebab minggu lepas ke?"

Dia diam, tidak menjawab. Hurmm... Confirm sebab tu. Apa orang kata, kalo perempuan diam tandanya betul. Ye ke?

"Mesti awak marah sebab saya tinggalkan awak tanpa bagitau awak kan?" Masih cuma aku yang bersuara. Syakila kekal diam.

"I'm sorry, Sya. I'm so sorry. Please forgive me, Sya! " Rayu aku.Aku menyusun jari jemari aku dan sedikit menunduk, tanda aku bersungguh memohon maaf.

Masih tiada jawapan~

"Baiklah, mulai dari hari ni. Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi macam minggu lepas. Saya janji!" Aku mengangkat tangan seperti orang berikrar dan gaya ku kali ini berjaya menarik senyum di wajah Syakila.  Dia tergelak sedikit dan terus memandang aku.

"Dah, dah. Turun tangan tu. Orang tengok." Syakila menurunkan tangan aku yang masih tegak seperti berikrar tadi. Aku turut tersenyum.

"Jadi awak maafkan saya?" Syakila mengangguk, tersenyum. Alahai~ cair nya tengok dia senyum.

"Kira kosong-kosong lah ni?" tanya aku lagi.

"Iya, kosong-kosong." Dia mengangguk.

"So, kawan? Sudi tak berkawan dengan saya? " aku hulurkan tangan hendak bersalam. Dia pandang tangan aku lama~

"Kawan!" Jawab dia yakin dan membalas huluran tangan aku. Kami berjabat tangan.

*****
Dan itulah permulaan detik perkenalan kami secara rasmi, yang aku tahu aku tak akan boleh lupa sampai bila-bila. Sehinggakan ke saat ini, aku tak pernah lupakan kau Syakila. Only you, my love!

#support#vote#comment

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang