Prolog 💣

78K 2.5K 73
                                    


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 11 tahun setia menunggu ibunya. Dia memeluk erat beg sekolahnya sambil anak matanya melilau ke kiri dan kanan, dia begitu resah. Dia berharap ibunya segera datang mengambilnya ke situ.

Senja semakin menghampiri menginjak ke malam hari. Dia takut dengan keadaan sekeliling tidak lama kemudian muncul seorang wanita. Kanak-kanak itu tersenyum riang melihat wanita dihadapannya. Pantas dia berlari ke arah wanita tersebut.

Anak matanya tajam menikam wajah mulus kanak-kanak itu. Ada sesuatu yang ada pada kanak-kanak itu menarik perhatiannya. Dia tersenyum sinis sejak dari itu dia mengawasi kanak-kanak tersebut. Hatinya terjentik untuk melindungi gadis kecil itu.

"Tolong!"

"Tolong jangan apa-apakan saya, jangan rogol saya."kata gadis itu takut-takut.

Tubuhnya menggeletar hebat. Wajahnya dipenuhi manik-manik putih dalam ketakutan melihat lelaki didepan matanya itu. Peluh menitik satu-persatu membasahi wajah yang nampak polos tersebut.

"Bila masa aku nak rogol kau?"soal lelaki itu sedikit kasar.

Wajah bengisnya menambahkan lagi ketakutan si gadis. Dia belum pernah lagi berhadapan dengan mana-mana lelaki. Ibunya sahaja yang dia biasa bergaul dan bukan dengan orang luar. Apatah lagi orang asing dia sama sekali takut.

Dalam hidupnya hanya ada ibunya sahaja.

Dunianya hanya wanita itu.

Wife Of Mafia ©Where stories live. Discover now