"Abang, cantiknya.."si adik teruja melihat sosok tubuh seorang gadis didalam gambar tersebut.
Matanya tidak lepas memandang gambar yang berada ditangannya itu. Si abang tersenyum dalam diam tidak menampakkan riak wajahnya dihadapan si adik. Sedingin si abang pun dia punya hati dan perasaan itu hakikatnya memang tidak dapat dinafikan.
Lagipun dia seorang lelaki yang normal bukan LGBTQS.. ahahahaha..
"Bila abang nak bawa dia jumpa mama dengan papa?"soal adiknya sambil tersenyum penuh makna.
"Hurm.."si abang menggaru belakang batang lehernya yang tidak gatal itu.
Belum tiba masanya dia membawa gadis tersebut bertemu kedua orang tuanya. Dia mempunyai rancangan tersendiri untuk membuatkan gadis tersebut jatuh ke tangannya terlebih dahulu.
"Adik tahu, ni mesti girl yang abang selalu perhatikan dan jaga sejak dari dulu kan?"si adik mengaju soalan kepadanya.
"Mana adik tau?"soalan dibalas dengan soalan pula.
Denizz Lee sengaja berbuat demikian.
"Adik tau lah, hee.."sengih si adik manja.
Semua pasal si abang dia, dia tahu dan gadis itu! Ya gadis itu dia cam wajahnya sejak hari pertama lagi dia melihat abangnya selalu memperhatikan gadis tersebut dari jauh. Sejak hari itu si adik mengetahui apa yang tersirat didalam hati abang sulung dia itu.
"Dah, baik adik keluar sekarang abang nak tidur, penat.."si abang bingkas bangun dari kerusi dan mula menggeliat kecil.
"Eleh!"
"Tidur lah sangat, abang saja kan nak mengelak dari adik?"adiknya berkata dengan memek muka tidak puas hati.
"Mana ada abang mengelak, nampak ni abang penat tau?"si abang menayangkan wajah keletihan.
"Tak nak, adik nak tidur dengan abang."aduhnya begitu manja.
"Adik tidur dengan mama dan papa lah sayang, dah besar panjang pun nak juga tidur kat bilik abang! tak kesian ke abang tidur atas sofa. Adik tu selesa je tidur atas katil abang."rungut si abang pula memancing fikiran adiknya.
Ya tuhan! Kenapa adik aku ini manja sangat sejak dari kecil hingga sekarang perangai tidak pernah berubah. Kalau dibiarkan melarat pula jadinya nanti perangai budak ini. Nasib baik papa dengan mama layankan saja. Hanya itu satu-satunya anak perempuan mereka.
"Yalah!"
"Yalah!"
"Selamat malam abang, sweet dream, cepat-cepat tau bawa sister in law untuk adik jangan lambat sangat nanti girl abang dikebas orang!"
"Hahaha.."
Gelak adiknya mengusik.
"Amboi!"
bukan main kau kenakan aku bisiknya dalam hati.
"Adik, nak kena ni?"si abang bersuara.
Belum sempat si abang mendapatkan adiknya Cara Mia Daniella. Adiknya terlebih dahulu marathon lari keluar bilik dan sempat mencium pipi abangnya.
"Adik.. adik.."
Denizz Lee hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah adik perempuan dia yang mencuit hati.
Mujur kau adik kesayangan aku.
Kalau orang lain dah lama aku campak dalam sungai. huhu..
1 Jun 2018
4. 97pm
YOU ARE READING
Wife Of Mafia ©
Action[COMPLETE]✔ - MAFIA | ACTION Nawwar Khaulah Seorang gadis lahir tanpa bapa Maruah ibunya di robek Harta keluarganya di rampas Hidupnya bertemankan ibunya sahaja. Nawwar sangat takutkan lelaki Hidupnya sentiasa dalam ketakutan bila berhadapan denga...