Dia membuka laci meja mini pejabatnya dengan perlahan. Kelihatan sekeping gambar seorang gadis tersenyum riang dengan wajah polosnya berbaju kurung dan bertudung. Hanya gambar itu menjadi tatapan buat dirinya setiap kali dia inginkan ketenangan.Dia mengambil gambar itu dan menatapnya penuh minat sambil tersenyum nipis. Mukanya yang dingin jarang sekali mempamerkan senyuman. Namun gadis didalam gambar tersebut mampu mengukirkan senyuman dibibirnya dalam diam.
"One day! you will be mine my girl!"dia mengusap perlahan gambar si gadis.
Tanpa dia sedari dalam khusyuk merenung sekeping gambar ditangannya itu muncul adik kesayangan dia dengan tiba-tiba. Seperti biasa mengganggu-gugat ketenangan dan ketenteraman dia berehat.
"Abang!"jerit si adik.
Si abang pula terkejut gambar yang berada diatas tangannya itu jatuh ke lantai dengan pantas dia memungut semula gambar tersebut. Dia cepat-cepat memasukkan gambar itu ke dalam laci meja semula.
Kantoi nanti!
"Ada je budak ni nak kacau aku, sabar je lah nasib baik kau adik kesayangan aku."bisiknya dalam hati.
"Abang buat apa tu? gambar awek abang eh!"kata si adik bersama sengihan dihujung bibir.
"Tak ada apa lah, sibuk je dia! adik nak apa ni masuk bilik abang tak ketuk pintu?"Lelaki itu berkata sedikit kasar.
"Hehe."
Gadis itu tersengih kecil.
"Saja nak kacau abang."si adik mula mengusik.
"Nak kacau abang baik pergi jauh-jauh, tak habis-habis nak kacau abang kan?"rungut si abang kepada adiknya.
"Alah!"bibirnya mula memuncung ke depan.
"Hah!"
"Biasa mulut tu, kang mama buat penyangkut baju papa baru tau!"si abang berkata selamba.
"Abang ni kan, benci tau!"si adik mula membuat muka sambil memukul manja lengan abangnya.
"Okay! Okay! adik nak apa ni?"tanya abangnya pula.
Hee,
Gadis itu tersengih lagi.
"Siapa perempuan dekat gambar abang pegang tadi? girlfriend abang ke?"adik kesayangan dia mula menyoal ingin tahu.
"Tak ada siapa lah."jawabnya dingin.
"Nak tengok.. hehe.."si adik berkata teruja.
"No! tak boleh!"si abang bersuara.
"Please.. abang.."rengek adiknya manja.
Rayuan manja si adik membuatkan dia mudah mengalah dan beralah. Sejak dari dulu lagi sikap si adik tidak pernah berubah dan tetap sama manja tidak kira tempat. Mama dengan papa mereka pun pening melayan karenah adik kesayangan dia itu.
"Yalah! adik ni kan."Lelaki itu membuka laci mejanya dan mengambil sekeping gambar didalam laci tadi.
"Nah!"Denizz Lee menghulurkan sekeping gambar kepada gadis tersebut.
Adiknya dengan pantas mengambil gambar tersebut dengan mulut ternganga luas dia berkata.
"Abang! biar betul?"si adik tidak menyangka.
Abang sulung dia hanya mampu memberikan senyuman penuh makna.
24 Mei 2018
11. 17pm
YOU ARE READING
Wife Of Mafia ©
حركة (أكشن)[COMPLETE]✔ - MAFIA | ACTION Nawwar Khaulah Seorang gadis lahir tanpa bapa Maruah ibunya di robek Harta keluarganya di rampas Hidupnya bertemankan ibunya sahaja. Nawwar sangat takutkan lelaki Hidupnya sentiasa dalam ketakutan bila berhadapan denga...