Bab 5 - 💣

35K 1.9K 32
                                    

Puan Nawwara jatuh terjelopok ke tanah akibat menahan sakit yang di tanggung di bahagian rahimnya. Dia tidak mampu berdiri memandangkan keadaan dirinya yang lemah.

"Mak cik okay ke?"seorang lelaki bertanya.

Lelaki itu yang baharu sahaja melalui kawasan warung tersebut melihat Puan Nawwara seperti kesakitan segera dia berhenti dan menolong wanita separuh umur itu. Sebenarnya dia sudah mengenali wanita itu sejak dahulu lagi.

"Sakit.."rintihnya perlahan.

"Mari saya bawa mak cik ke klinik ya.."ujarnya. 

"Tak apa nak, Mak cik kena balik anak mak cik tunggu dekat rumah tu. Takut dia risau."Puan Nawwara berkata.

"Macam ni saya bawa mak cik ke klinik dulu. Apa-apa hal nanti kita cakap kemudian. Jangan risau anak mak cik baik-baik je."Lelaki itu memujuk.

Puan Nawwara di sahkan menghidap penyakit kanser rahim. Keadaan dirinya semakin hari semakin tenat. Dia tidak mampu untuk mendapatkan rawatan yang sempurna memandangkan kewangan Puan Nawwara tidak mencukupi.

"Terima kasih tolong mak cik nak.."Puan Nawwara tersenyum kelat menahan sakit.

"Sama-sama mak cik, Mari.."Lelaki itu menolong Puan Nawwara untuk bangkit.

Lelaki tersebut memapah wanita itu masuk ke dalam keretanya. Dia perlu segera membawa wanita itu ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Usai sahaja rawatan tersebut lelaki itu perlu menghantar wanita itu ke rumahnya dalam keadaan yang selamat.

"Saya minta kawan saya hantarkan mak cik balik boleh? Mak cik tak kuat lagi nak bergerak ni."Lelaki itu berkata dengan wajah dinginnya.

Dia segera mendail nombor telefon salah seorang anak buahnya. Dia sengaja membahaskan anak buahnya itu dengan gelaran kawan kerana bimbang nanti wanita tersebut syak apa-apa tentang dirinya. Identitinya perlu di sembunyikan dengan sebaik mungkin.

"Tolong mak cik nak, Tolong jaga anak mak cik. Janji dengan mak cik.."tiba-tiba Puan Nawwara berkata merayu.

"Hah?"Lelaki itu agak terkejut.

"Tolong jaga anak mak cik.. mak cik merayu sangat-sangat.. mak cik dapat rasakan mak cik tak hidup lama.. mak cik tak mampu nak rawat penyakit mak cik ni.."Wanita itu berkata sayu mengenangkan nasib diri.

"Tapi mak cik tak kenal siapa saya. Macam mana kalau saya ni orang jahat mak cik?"Lelaki itu berkata pula.

"Mak cik tahu, kamu anak yang baik."Puan Nawwara berkata sambil merenung ke dalam anak mata lelaki itu.

"Macam mana mak cik tahu saya baik."Lelaki itu menyoal kembali.

"Mata kamu nak menunjukkan kamu anak yang baik. Kalau tidak kamu tak akan tolong mak cik bawa mak cik pergi klinik."jujur Puan Nawwara berkata.

"Siapa nama anak mak cik tu?"soalnya lagi.

"Nawwar Khaulah.."Puan Nawwara tersenyum manis menyebut nama anaknya.

Puan Nawwara menceritakan semua kisah hitam yang di laluinya kepada lelaki itu. Tidak ada satu pun yang tinggal. Demi keselamatan anaknya, wanita itu telah menitipkan amanah kepada lelaki tersebut untuk menjaga satu-satunya anak yang dia ada.

Aku janji aku akan lindungi anak kau dan menjaganya. Itu tekadnya di dalam hati.

7. 27 am
5 June 2018

Wife Of Mafia ©Where stories live. Discover now