Sewaktu makan aku selalu duduk bersila di ruang tamu sambil menonton televisyen. Kalau orang lain makan bersila lebih sopan dan nampak ayu gitu, tapi aku makan bersila sebab tak nak ada hantu yang merangkak bawah meja makan sambil mecari sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas lantai.
Sewaktu tidur selalunya aku akan biarkan lampu bilik terpasang.Kalau orang lain supaya dapat menghindari rasa takut atau fobia akan suasana gelap, tapi aku tak tutup lampu supaya aku dapat melihat hantu mana pula yang bertenggek di birai katil aku pada malam ini.
Sewaktu mandi aku hanya akan habiskan lima minit sahaja di dalam bilik air. Kalau orang lain supaya dapat menjimatkan penggunaan air, tapi aku mandi cepat-cepat supaya tangan yang keluar daripada lubang jamban tidak sempat untuk menarik ku kedalam lubang tersebut.
Sewaktu memandu kereta berseorangan aku akan memasang radio dengan kuat. Kalau orang lain supaya dapat menghilangkan rasa bosan dan melayan perasaan sepanjang perjalanan, tapi aku pasang radio kuat-kuat supaya tidak mendengar bisikan-bisikan halus dan bunyi budak menangis di tempat duduk penumpang.
Sewaktu aku hidup dahulu sudah tentu aku akan pesan kepada adikku supaya jangan tutup lampu bilikku sewaktu aku tengah tidur, kalau aku pesan awal-awal benda ni takkan berlaku.
Tapi itu la, kalau.
Kalau.
YOU ARE READING
BAHAYA
Horrorsemua orang pernah rasa seram tapi bukan semua pernah rasa BAHAYA. -cerpen-