AIR JAHAT

2.3K 157 23
                                    

Kami sekeluarga bercadang untuk dinner di luar malam ini. Bukan emak tak memasak di rumah tapi saja nak luangkan masa bersama keluarga katanya. Kami bersetuju,bukan senang nak kumpul ramai-ramai kan.

"Restaurant mana mak?"

"Restaurant Chongdall dkt sebelah syarikat Tiong Huatan tu."

Kereta dipandu laju membelah kesunyian lalu lintas malam itu. Kami sampai, kami disambut mesra oleh pelayan mat salleh dan membawa kami terus ke meja yang telah ditempah.

Menu diteliti kami sekeluarga. Semua telah memesan makanan kecuali aku yang masih terkial kial memilih makanan kegemaran. Uhhh banyak pilihan.

Akhirnya aku memesan segelas sirap, mushroom lambchop with cheesy bread dan panna cotta sebagai pencuci mulut.

........

Emak kelihatan sedikit terkejut dengan pesanan aku sebentar tadi. Emak merapatkan dirinya lalu membisik sesuatu kepada aku.

"Kenapa order air sirap?"

Aku hairan. Emak masih berbisik.

"Tau tak, air sirap tu air jahat."

"Maksud mak, air sirap tu boleh bawa bencana.

Aku hanya mendiamkan diri. Kata-kata emak tadi masih terngiang ngiang di fikiran.

Selepas hampir setengah jam menunggu, akhirnya pesanan kami tiba. Dari jauh kelihatan pelayan tadi membawa segelas air sirap kearah aku. Aku sedikit cuak.

Kemudian pelayan tersebut meletakkan segelas air sirap tersebut di atas meja kami. Sejurus selepas pelayan tersebut berlalu pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Tiba-tiba air sirap tersebut jatuh ke lantai. Kaca gelas memenuhi sebahagian lantai sehingga menyebabkan seorang pelayan restaurant terjatuh kerana terpijak kaca tersebut. Suasana sedikit huru hara ketika itu apabila satu letupan kuat kedengaran di dapur restaurant. Asap memenuhi segenap ruang sehingga melemaskan semua pengunjung termasuk kami sekeluarga.

Aku melihat seorang demi seorang pengujung rebah menyembah bumi akibat sesak nafas. Aku......a...aku

Aku benci air sirap.

Sial.

BAHAYAWhere stories live. Discover now