Aku membaca surat yang diberikan oleh bibik kepada aku. Esok aku dijemput ke sebuah majlis makan-makan di sebuah rumah agam. Tuan Rosli orang besar kawasan Bukit Bintang menjemput orang-orang ternama untuk datang ke majlisnya. Surat jemputan dihias butir-butir berlian aku tinggalkan diatas meja marmar ruang tamu.
Petang itu aku meminta pemandu aku membawa aku ke sebuah butik mewah di Kuala Lumpur. Aku menghabiskan setengah juta untuk pakaian dan aksesori tambahan. Seusai membeli belah aku pulang ke rumah dan berehat sambil menanti hari esok.
**************
Jam rolex bertatahkan berlian putih ku menunjukkan tepat jam 10 malam. Aku mengambil keputusan untuk bertolak ke majlis Tuan Rosli sebelum terlambat.Tibanya di perkarangan rumah Tuan rosli yang maha besar. Aku meminta pemanduku memarkir limo milikku di luar sahaja disebabkan laman rumah agamnya sudah dipenuhi kereta-kereta mewah milik Dato dan Datin.
Agak terlambat rasanya.
Aku disapa mesra oleh penyambut tetamu upahan. Mesra orangnya diimport barangkali.
Dari jauh kelihatan Tuan rosli melambai-lambai kearah ku. Aku menuju kearahnya dengan penuh mesra. Tuan rosli memberikan sekotak cenderamata yang diikat kemas kepada ku. Tertulis padanya 'buka bila tiba masanya'
Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Tuan Rosli berdiri diatas pentas. Semua tetamu senyap dan memerhati Tuan Rosli yang kelihatan seperti mahu memberi ucapan."Assalammualaikum Dato dan Datin sekalian, selamat datang ke majlis ni...........sudah tiba masanya. Saya minta semua tetamu mengeluarkan senjata masing-masing."
Tuan rosli mengeluarkan sepucuk pistol miliknya.
Kelihatan Dato dan Datin masing-masing mengeluarkan senjata mereka.
"Semua diminta bertenang terlebih dahulu.......saya menyorokkan semua harta saya......1 billion ringgit, gran tanah bernilai 80 juta, semua aset rumah, kereta dan barang berharga di dalam rumah ni. Itu saja, selamat mencuba dan selamat tinggal."
Tuan rosli melepaskan satu das tembakan tepat mengenai dadanya sendiri.
Aku membuka kotak cenderamata yang diberikan oleh Tuan rosli. Terdapat sekeping nota tertulis padanya dan suis bom.
"Didalam rumah ini saya turut menanam sebutir bom. Hanya yang tamak sepatutnya mati."
Semua tetamu memerhati antara satu sama lain. Mereka sanggup berbunuh-bunuhan demi harta. Pangkat mereka, darjat mereka disia-siakan.
Aku melangkah keluar dari perkarangan rumah agam milik Tuan rosli lalu menekan suis bom tersebut.
Tumpahnya darah disebabkan harta maka yang tamak tidak sepatutnya hidup.
YOU ARE READING
BAHAYA
Horrorsemua orang pernah rasa seram tapi bukan semua pernah rasa BAHAYA. -cerpen-