" daegu , i'm back "↭
Sudah seminggu berlalu , Musim bunga juga sudah tiba . Jihyo dan Nora berada di dalam Kereta Api yang terus menuju ke Daegu . Dalam kereta api , Jihyo tidak putus berharap bahawa tujuh orang lelaki yang berjanji akan menunggunya hadir .
" perhentian seterusnya adalah Bandar Daegu "
Jihyo menggenggam erat tangan Nora meminta semangat yang kian rapuh . " kau kuat ! "
Sorakan Nora sedikit sebanyak menaikkan semangatnya .
↭
Terasa gegar lutut Jihyo apabila melihat ruangan menunggu di Stesen Kereta Api Daegu kosong . " No..Nora diorang dah putus asa.. diorang tak tunggu aku pun.. "
Perlahan-lahar air mata Jihyo menitis satu demi satu . Nora di sebelahnya memeluk rakannya itu dan memujuknya dari terus menangis .
Jihyo menarik nafas dalam .
" bodohnya aku , 12 tahun tu bukannya masa yang kejap .. mestilah diorang dah lupa aku .. aku yang tipu diorang .. aku kata aku pergi kejap .. tapi lama .. " , Makin pilu hati Jihyo apabila teringat kata-kata janji 8 orang budak kecil dahulu .
" shh hyo , takpe , aku ada kan ? dah taknak nangis-nangis . habis compact kau tanggal " ,ujar Nora sambil berusaha mengelap air mata Jihyo yang terus terusan mengalir .
Akhirnya Jihyo mengambil keputusan untuk melangkah pergi .
↭
Di satu situasi yang lain , ahli Bts berada di dalam pesawat menuju ke Jepun . Hoseok melihat ke bawah . Keindahan kota Seoul yang di taburi bunga menarik pandangannya sehinggalah perlahan-lahan lenyap dari mata .
" Song Jihyo , kami sentiasa tunggu kau "
↭
Jihyo mencari kunci di sekitar rumah lama nya . Segala habuk debu dari robok lama berterbangan menyapa hidung Jihyo dan Nora . " Hyo kau cari ape ! hachiuuu "
" HAHH JUMPAA ! "
Di tangan Jihyo adalah segugus kunci yang masih elok bentuknya tanpa sebarang karat .
ianya kerana dia tersimpan elok di bawah bekas yang berat .
Jihyo membuka pintu rumah . Maka keluarlah segala habuk di dalam rumah yang sudah lama di tinggalkan . " Uhuk uhuk ! dah jom masuk ! tolong aku bersihkan "
Nora memasuki rumah itu diikuti Jihyo . Mereka meletakkan barang setempat .
↭
Jihyo dan Nora menyimbah kan air ke lantai bersama sabun setelah penat memindahkan barang . Mereka berdua bersuka ria membersihkan rumah itu . Nora berbuat begitu untuk memastikan Jihyo lupa akan kesedihannya .
Jihyo sedang elok mengelap gambar-gambar lama yang tergantung di dinding . Gambar dia dan tujuh orang budak lelaki , gambar dia dan keluarga . " Nora .. aku rindu diorang "
Jihyo menangis lagi . Nora pantas berlari ingin mendapatkan Jihyo , namun sayang , kerana lantai yang licin dia terjatuh di tengah-tengah .
Jihyo tergelak melihat Nora yang terjatuh bagaikan nangka busuk itu .
" yah ! ketawakan je ! tolong ah !" jerit Nora sambil menggosok punggungnya yang bagaikan retak terhentak lantai .
Jihyo membantu Nora bangun bersama cebisan tawanya yang masih berbaki .
" aigoo tulah berlari lagi ! "
"takdelah tadi tu .. aku tengok kau nangis .. aku dengan beriyanya pergi nak selamatkan kau . tapi last-last jatuh macam.. "
" macam nangka busuk " teka jihyo .
" Salah ! Macam bidadari jatuh dari syurga " , berdekah mereka berdua ketawa .
Setelah selesai mengemas . Jihyo dan Nora mengamati panorama yang indah dan bersih . Akhirnya mereka tertidur di sofa .
↭
Namjoon termenung , barusan tadi mereka semua menghabiskan konsert mereka . Walaupun selepas ini mereka dapat bercuti di jepun , Dia bagaikan ingin pulang ke Korea dan menanti kepulangan si gadis di stesen .
" Jin , aku rasa .. nak baliklah "
Jin agak terkejut namun riak nya di kawal . " nanti kita tanya producer eh .. mintak balik awal "
Tiba-tiba Jimin menyampuk . " Takyah tanya .. aku dah tanya dah .. " pada mulanya wajah Jimin kelihatan sugul .
" and then ? "
" DIA BAGI !! "
Bagaikan mahu melompat semua ahli bangtan ketika itu . Selepas pulang ke hotel , mereka semua berkemas , tak sabar hati masing-masing menanti kepulangan Jihyo .
↭
Jihyo membuka kelopak matanya . Cahaya matahari yang memancar menyinari ruangan gelap ruang tamu itu . Nora yang masih tidak menyedarkan diri itu di pandang .
" Nora yah , bangunlah .. kita pergi cari makan jom .. "
Nora bangun dengan bermalas-malasan menuju ke bilik air . Nora pun nak makan cuma dia malas nak bangn mndi . Siapa je tak lapar lepas buat kerja semalam merek langsung tak menyentuh sebarang makanan .
Selesai sahaja Nora bersiap , Jihyo bergegas ke bilik air . Takut makcik tu mengamuk .
↭
Jihyo duduk berhadapan dengan Nora selepas memesan 2 potong kek bluevelvet dan 2 hot chocolate . Pelayan meletakkan pesanan Jihyi di atas meja . Dia juga meletakkan biskut . " e..em m ini hadiah saya sebagai seorang fans .. nikmatilah .. "
Ucap pelayan itu terus berlari ke arah kaunter . Sungguh dia tak sangka dapat jumpa bias depan-depan .
Jihyo dan Nora tergelak . Jihyo mengambil sticky note yang terlekat pada plastik biskut tersebut .
" biskut ni banyak khasiat tau ! makan dan jaga kesihatan ! saya sentiasa menyokong ! ❤ "
Jihyo mengusap kertas itu dan tersenyum . Di lipat kertas itu , dia memandang tepat ke arah pelayan yang berada di kaunter itu . " Terima kasih ! saya simpan ni ! "
Ucap Jihyo sambil meletakkan sticky note itu ke dalam beg sandangnya . Mereka berdua menikmati sarapan ringan mereka dengan senyuman yang tak lekang dari bibir .
Comel betul perangai peminat mereka . Sopan .
↭
Seoul
Bangtan mengejutkan berjuta ARMY kerana cuti mereka yang di awalkan . Sekarang , perkarangan Incheon airport sangatlah sesak dengan ARMY . Mereka melambai kan tangan mereka kepada ARMY .
Jin memboloskan badannya ke dalam kereta diikuti yang lain . " Cik , tolong terus ke Daegu "
Kata-kata yang muncul dari mulut Yoongi memeranjatkan pemandu . Perlahan-lahan pemandu itu mengangguk .
Namjoon sudah pun memberitahu produser mereka awal-awal bahawa mereka akan ke Daegu .
Di tengah perjalanan , pemandu melihat ke belakang , " Nak ke Daegu , nak saya henti dekat mana "
" Stesen kereta api Daegu "
Jawab mereka serentak .
🌸 To be continued 🌸
vote
and
comment
![](https://img.wattpad.com/cover/135033768-288-k733363.jpg)
YOU ARE READING
Till The Spring Day Come // BTS [C]
Cerita Pendek" tunggu aku tau ! aku akan balik bila tiba musim bunga nanti!! ttakh gidaryeo!! " " janji tau kau akan datang kitorang akan sentiasa tunggu kau !! " "" hari demi hari , minggu demi minggu , bulan demi bulan , tahun demi tahun , mereka bertujuh teta...