Tajuk : Sape nak? Angkat Tangan
Pada suatu hari , terdapat satu kelas murid darjah 3 sedang belajar Pendidikan Islam. Ustazah bertanya anak - anak muridnya.
Ustazah : Baik , semua siapa nak masuk Syurga angkat tangan?
Kesemua murid angkat tangan , tetapi hanya seorang murid sahaja tidak mengangkat tangan. Ustazah berasa hairan. Lalu , Ustazah membuka soalan lain.
Ustazah : Baik , siapa nak masuk Neraka angkat tangan?
Kesemua murid tidak mengangkat tangan termasuk murid yang tidak mengangkat tangan tadi. Lalu Ustazah bertanya kepada murid tersebut.
Ustazah : Kenapa kamu tidak mengangkat tangan sewaktu saya memberi kedua - dua soalan sebentar tadi.
Murid yang tidak mengangkat tangan itu berkata.
"Mak kata tak boleh pergi mana - mana selagi tak habis sekolah".
Ustazah : ?!!? Ceh!
Hahaha😂😂😂
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Lawak
FanfictionHarap anda terhibur dengan koleksi - koleksi lawak ini. ✌🏻 Start : 28/11/2017 End : -