Bab 3

112 8 1
                                    

Tengku Amanda Syazrina POV

"Mummy, adik pergi dulu nanti adik breakfast dekat luar ok. Bye mummy" kata Amanda lalu menyalam mummy nya. "Ye la, bawa kereta tu elok-elok jangan macam nak race sudah la ye" perli mummy Amanda.

"Hehehe, tak la mummy" kata Amanda dengan malu kerana itu benar jika dia ingin cepat sampai. "Take care ok sayang" kata mummy lalu mencium pipi satu-satu anak perempuannya.

......

SB Holding

"Sarah, saya nak keluar. If ada sesiapa yang nak jumpa saya suruh diaorang tunggu" kata Amanda dengan tegas. "Baik cik" kata Sarah lalu menunduk hormat kepada Amanda.

(skip)

Qaseh Cafe

"Qaseh, bagi aku macam biasa" kata Amanda kepada kawannya. Tanpa banyak kata Qaseh melakukan kerjanya dan di bantu oleh pekerja yang ada.

"Hai, you seorang je ke" kata lelaki itu lalu duduk di hadapan Amanda. "You nak apa lagi Daus. I rimas la dengan you ni" kata Amanda sambil menjeling Firdaus. Ye lelaki yang berada di depan Amanda itu ialah Firdaus Amir.

"Ala you ni macam tak biasa pula" kata Firdaus lalu memegang tangan Amanda yang ada di atas meja. "Ish!! Apa you ni" kata Amanda dengan cuba untuk melepaskan tangannya.

"Bro, macam ni ke kau layan perempuan" kata Danial sambil memegang tangan Firdaus. Amanda terkejut dengan tindakan Tengku Danial itu.

Tengku Danial Darwish POV

Semasa ingin masuk ke dalam Qaseh Cafe dia ternampak Tengku Amanda dengan seorang lelaki tetapi lelaki itu memegang tangan Amanda dengan kasar dan dia rasa amat marah dengan kelakuan lelaki itu.

Dia masuk dan terus ke meja yang menempatkan Amanda dan terus memegang tangan lelaki itu dan berkata "Bro, macam ni ke kau layan perempuan" kata Danial sambil menahan geramnya.

"Kau siapa nak halang aku" kata lelaki itu dengan angkuh. "Aku boyfriend dia. Kau ada masalah ke" kata Danial dengan sinis. "Tak payah nak tipu la. Amanda mana pernah rapat dengan lelaki" kata lelaki itu dengan senyuman sinisnya.

"Yes, dia memang boyfriend I" kata Amanda lalu memegang lengan Danial. Danial terkejut tetapi dia pandai mengawal reaksi mukanya.

Firdaus menarik tangannya dan cuba untuk menumbuk Danial tetapi Danial lebih cepat bertindak dan terus menumbuk Firdaus. "Ergh.. Tak apa kali ini aku lepaskan kau and aku akan pastikan yang Amanda jadi milik aku" kata Firdaus lalu keluar dari situ.

"Awak ok?" tanya Danial sambil melihat badan Amanda takut ada luka. "Saya ok. Btw thanks selamatkan saya dari dia" kata Amanda dengan malu kerana Danial menilik badannya.

"Erm awak buat apa dekat sini?" tanya Amanda segan. "Saya nak makan la sebab tadi tak sempat nak breakfast" kata Danial. "Oh kalau macam tu jemput la duduk kita makan sekali" kata Amanda sambil menjemput Danial duduk bersamanya.

"Tak apa ke?" tanya Danial walaupun hatinya berbunga-bunga kerana Amanda mengajaknya untuk makan sekali. "Tak apa, lagipun saya juga yang mengalu-alukan awak makan sekali bukan?" kata Amanda dengan lembut.

"Thanks sebab mengalu-alukan saya makan sekali dengan awak" kata Danial lalu mengeyitkan matanya manakala Amanda sudah tersipu malu.

"Korang jemput la makan, tak payah nak buat drama depan aku eh and kau Danial jangan pandai-pandai nak sakitkan hati kawan aku" amaran Qaseh kerana dia tahu yang Danial mulai suka pada kawan baiknya itu hanya dengan pandangan mata Danial terhadap Amanda.

"Aku janji tak sakitkan hati kawan baik kau ni ok" kata Danial yang masih menatap muka Amanda yang tertunduk menahan malu itu. "Erm Qaseh, tak nak join sekali ke?" tanya Amanda kerana dia segan bersama Danial.

"Tak apa aku dah breakfast tadi. So jemput la makan ok" kata Qaseh lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Dan tanpa banyak kata mereka makan dengan senyap.

(skip)

"Boleh saya nak hantar awak?" tanya Danial dengan hati yang berdebar. "Erm, boleh" kata Amanda dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh Danial.

"So, jom" kata Danial lalu menarik tangan Amanda. Muka Amanda sudah merah seperti tomato kerana ini kali pertama dia dengan lelaki.

Masuk sahaja dalam kereta Danial membuka mulut untuk beramah dengan Amanda. "Amanda" panggil Danial tetapi matanya masih menumpukan sepenuhnya di jalan raya. Tanpa menjawab panggilan Danial, Amanda memandang Danial.

"Can I call you Sya" kata Danial dan memandang Amanda untuk seketika. "Oh... sure" kata Amanda lalu memandang ke luar. "And I want you to call me Ish" sambung Danial lagi.

Amanda hanya menganggukkan kepalanya kerana dia masih mengingati kata-kata Danial kepada Firdaus itu.

"Thanks sebab hantar saya sampai office" kata Amanda lalu tersenyum manis. Danial terpaku dengan senyuman manis dari Amanda itu. "Erm.. Danial are you okay?" tanya Amanda dengan lembut.

"Eh I'm ok" kata Danial dengan jantung yang berdegup laju seperti tengah berlagu marathon. "Ok bye I got to go" kata Amanda lalu pergi meninggalkan Danial.

"I akan buat you suka dekat I macam mana I suka dekat you Sya. Walau apa pun halangan yang perlu I hadap" bisik hati Danial lalu dia memandu pulang ke pejabatnya.

Firdaus Amir POV

"Ergh.. I akan buat you jadi milik I Amanda. I tak kan sesekali bagi mana-mana lelaki dapatkan you selain I sebab you milik I" kata Firdaus lalu menumbuk dinding di sebelahnya sehingga retak.

"And I akan buat apa saja sehingga you jadi milik I" sambungnya lagi sambil senyuman sinisnya.






sorry yan edit sikit sebab ada masalah sikit pada chapter ni btw thanks siapa yang baca and vote tu ok.

first or last?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang