Dark Devil Villa
"Mana orang yang kau tangkap tu?" kata Amanda dengan dingin. "Dalam bilik seksaan" kata seorang lelaki atau dikenali sebagai Zack orang kanan Amanda.
Krek....
tak tahu la betul ke tak ejaan bunyi pintu tu"Lepaskan aku la" kata seorang lelaki yang diikat. "Hahahaha.. Kau ingat senang-senang macam tu je aku nak lepaskan" kata Amanda dengan sinis.
Sesiapa yang ada pun akan takut bila berhadapan dengan Amanda yang ini kerana dia bukan la orang yang pemalu, ceria mahupun penyayang lagi bila sisi gelapnya keluar.
"Kau nak apa dari aku" kata lelaki itu dengan marah tapi dalamnya hanya dia yang tahu berapa takutnya dia pada Amanda.
"Aku nak kau bagi tahu aku siapa yang upah kau untuk bunuh aku" kata Amanda dengan dingin. "Aku tak akan bagi tahu kau la bodoh" kata lelaki itu dan menahan sakit.
"Kau nak bagi tahu aku atau kau nak benda ni masuk lagi dalam" kata Amanda sambil menekan pisau di kaki lelaki itu. Sungguh kejam Amanda yang sekarang ini.
"Arghh.. aku tak akan bagi tahu" kata lelaki itu dan menahan perit yang makin mendalam. "Baik-baik aku bagi tahu siapa yang upah aku" kata lelaki itu lelaki lagi.
"Kan senang macam ni" kata Amanda lalu mengeluarkan pisau yang dia tikam di kaki lelaki itu dan meletakkan ia di tempat asal.
"Nama dia Shafiera Qistina. Dia ada suruh aku cuba bunuh kau lagi and mesti lepas dia tengok aku tak ada sekarang dia suruh orang lain yang bunuh kau sebab dia memang nak tengok kau mati" kata lelaki itu dengan panjang lebar.
"Kenapa dia nak sangat aku mati" kata Amanda dengan hairan. "Sebab dia kata kau ambil hak dia" kata lelaki itu lagi. "Hak dia? Hak apa ni aku tak faham" kata Amanda. "Tengku Danial Darwish" kata lelaki itu.
"Terima kasih bekerjasama dengan aku tapi buat masa sekarang aku tak boleh nak lepaskan kau sebab perempuan tu mungkin akan cari kau. Untuk keselamatan kau, kau cuma perlu duduk sini dengan budak-budak aku. Dorang akan bagi kau makan and rawat luka yang aku dah buat tadi. So aku cau dulu" kata Amanda panjang lebar dan terus keluar dari bilik itu.
"Buat apa yang kau dah dengar tadi" kata Amanda dingin. "Baik" kata Zack dengan muka yang tiada perasaan. "Dan aku nak kau cari perempuan tu dan perhatikan dia kalau boleh cuba rapat dengan dia" kata Amanda.
"Benda senang je tu" kata Zack dengan muka yang habis selamba. "Dah aku cau dulu" kata Amanda dan terus beredar.
......
Hospital
"Abang bila anak kita nak sedar ni? Dah 2 bulan dia masih tak sedarkan diri" kata Puan Sri Dania sambil menatap wajah satu-satunya anak teruna yang dia ada.
"Sabar la sayang, tak lama lagi sedar la anak teruna kesayangan awak tu. Kalau dia tengok awak lemah lagi la dia lemah" kata Tan Sri Danish dengan mengeratkan lagi genggamannya pada tangan isterinya untuk memberi kekuatan.
Krekk..
"Assalamualaikum uncle, aunty" kata Amanda lalu jalan mendekati katil Danial. "Waalaikumusalam Amanda" kata Tan Sri Danish dan Puan Sri Dania serentak.
"Amanda dari mana?" tanya Puan Sri Dania kepada Amanda. "Dari pejabat ada perkara yang harus diselesaikan tu yang datang lambat sikit harini" kata Amanda tanpa memandang Puan Sri Dania. Matanya hanya tertumpu pada tubuh Danial yang tidak bergerak langsung.
"Amanda, uncle dengan aunty balik dulu ye, dah lewat sangat ni. Nanti apa-apa terus call" kata Tan Sri Danish. Amanda hanya mengangguk kepalanya dan menyalam kedua-dua tangan orang tua Danial.
Setelah yakin yang Tan Sri Danish dan Puan Sri Dania telah pulang. Amanda menghampiri katil Danial dan duduk di kerusi yang telah disediakan hospital.
"Bila awak nak bangun. Dah 2 bulan saya tunggu awak sedar, tapi setiap kali saya datang mesti awak masih tidur" kata Amanda sambil memegang erat tangan Danial.
"Saya akan tunggu awak sedar Danial" kata Amanda lalu meletakkan kepala nya disisi katil Danial untuk melelapkan matanya.
Tiba-tiba Amanda dapat merasakan yang genggaman tangannya itu dibalas lalu dia mengangkat kembali kepalanya dan melihat Danial sudah membuka matanya. Amanda terkejut dan ingin menekan red button tetapi dihalang oleh Danial.
"Tak payah panggil doktor" kata Danial dengan tangannya masih memengang tangan Amanda dengan erat. "Tapi.." kata Amanda dipotong laju oleh Danial. "Saya nak bersama dengan awak untuk malam ni" kata Danial lagi.
Amanda hanya mampu menundukkan kepala nya kerana malu dan dia ingin menutup mukanya yang semakin merah.
"Boleh tak kalau harini awak tidur atas katil dengan saya?" tanya Danial sambil memandang muka Amanda yang menunduk malu itu. "Tapi kalau doktor or orang lain masuk macam mana" kata Amanda kerana dia takut itu akan menjadi buah mulut orang.
"Jangan risau la nanti pandai-pandai la kita kelentong diaorang" kata Danial lalu menarik Amanda untuk duduk disebelahnya. Amanda hanya akur dan duduk dia sebelah Danial.
"Jom tidur, saya tahu awak penat" kata Danial lalu memeluk Danial. "Bolehkan kalau saya nak peluk awak? Sebab one day nanti kita akan kahwin juga" kata Danial lalu mencium pipi Amanda yang kini semakin merah.
Amanda hanya diam dan membalas pelukkan Danial. Dengan kehangatan tubuh badan Danial, Amanda pun terlena.
"Ish pun rindukan Sya dan Ish nak Sya seorang je yang jadi queen to me and our child. And Ish akan pastikan orang yang cuba bunuh Sya tu merana" kata Danial lalu mengucup lembut dahi Amanda. Dan mereka pun sama-sama masuk ke dalam mimpi yang cukup indah buat mereka.
sorry la yan lambat update sebab banyak sangat assignment yang kena buat and sorry kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu cerita ni. btw thanks yang sudi tunggu and baca cerita ni dan tak lupa juga yang vote and comment.
YOU ARE READING
first or last?
RomanceTengku Danial Darwish seorang yang ceria, full package, penyayang dan bertanggungjawab tetapi itu dulu setelah kehilangan cinta pertamanya iaitu sepupu dia sendiri Tengku Aina Myra kerana terlibat dalam kemalangan ia menyebabkan Danial menjadi seor...