Tengku Danial Darwish POV
Balik sahaja dari menghantar Amanda ke pejabatnya. Danial masih berfikir tentang kejadian yang berlaku di cafe tadi. "Agaknya siapa mamat tadi tu eh? Tak kan la tu ex boyfriend dia. Kalau ex boyfriend muka dia tak mungkin takut macam tadi" kata Danial dengan perlahan.
Tok..Tok..Tok
"Masuk" kata Danial tanpa memandang orang yang memasuki pejabatnya. "Maaf saya ganggu Tengku tapi cik Shafiera buat kacau dekat depan sana" kata Tania dengan takut kerana dia sudah pernah melihat Danial marah.
Tanpa banyak kata Danial bangun dan terus pergi ke tempat yang di katakan oleh Tania tadi. Dan dia nampak yang Shafiera Qistina di tahan oleh 2 orang pengawal keselamatan.
"You tengok diaorang ni tak kasi I masuk" kata Shafiera dengan gedik setelah nampak Danial. "Lepaskan dia dulu" kata Danial dengan malas. "Kan aku dah cakap dia kenal aku" kata Shafiera lalu menjeling 2 orang pengawal itu dan memeluk lengan Danial.
"Yang kau ni dah kenapa tak ada kerja ke nak buat sampai buat kacau dekat office aku ni ah" tengking Danial lalu menepis tangan yang dipeluk oleh Shafiera itu. "I just nak ajak you pergi lunch" kata Shafiera dengan gedik.
"Aku tak ada masa nak layan kau and tak ada masa untuk lunch dengan kau" kata Danial tanpa memandang Shafiera. "Oh, you breakfast dengan perempuan dari SB Holding tu boleh. Ada pula masa you untuk dia" kata Shafiera dengan sinis.
"Kau jangan sesuka hati nak cakap dia betina eh. And lagi satu mana kau tahu yang aku ada dengan dia" tengking Danial lagi. "Tak perlu tahu mana I tahu tapi kalau I tak dapat you jangan harap perempuan tu dapat you" kata Shafiera dengan marah.
"Bawa betina ni keluar aku dah tak nak tengok dia ada dalam office ni and jika dia datang lagi jangan bagi dia masuk" kata Danial dengan marah.
"Ergh lepaskan aku la. Aku tahu jalan sendiri. Ingat pesan I Danial if I tak dapat you, perempuan tu pun tak kan dapat you and I akan buat perempuan tu merana" kata Shafiera dengan sinis dan berlalu pergi.
"Tania cancel kan semua meeting saya and buat emergency leave untuk saya" kata Danial lalu mengambil barangnya di pejabatnya dan keluar.
......
SB Holding
"Tengku Amanda Syazrina ada?" tanya Danial kepada PA Amanda. "Boleh saya tahu siapa encik dan encik ada buat appointment dengan Tengku Amanda?" tanya Sarah dengan sopan.
"Saya Tengku Danial Darwish dari DD Holding dan saya tak ada buat apa-apa appointment dengan Tengku Amanda tapi saya perlu jumpa dengan dia" kata Danial. "Sekejap ye" kata Sarah dan berlalu pergi ke pejabat Amanda.
Tok..Tok..Tok
"Masuk" kata Amanda yang sedang menyiapkan kerjanya. "Maaf saya ganggu Tengku tapi Tengku Danial dari DD Holding nak terjumpa dengan Tengku" kata Sarah.
"Bagi dia masuk" kata Amanda tanpa memandang Sarah. "Apa dia nak sampai datang office aku ni" bisik hati Amanda. "Hai, Ish ganggu Sya ke?" sapa Danial dengan suara yang lembut.
"Eh tak ada la. Btw kenapa Ish nak jumpa Sya ni and bukan ke hari perbincangan tentang projek kita tu esok?" kata Amanda sopan. "Ye Ish tahu. Cuma Ish nak pastikan Sya selamat" kata Danial dengan matanya tertumpu pada muka bersih Amanda.
Amanda yang perasan akan pandangan Danial itu menjadi tidak selesa kerana dia tidak pernah Di pandang begitu ketika bersama ahli keluarganya. Danial perasan akan tidak keselesaan Amanda lalu dia mengalihkan pandangannya.
"Kenapa Ish cakap pasal keselamatan Sya pulak?" tanya Amanda dengan pelik. "Tak ada apa. Btw boleh tak Ish nak ajak Sya lunch and boleh tak harini Sya ambil emergency leave sebab Ish nak bawa Sya ke satu tempat?" tanya Danial dengan sopan.
"Erm.. kejap Sya tanya Sarah if Sya tak ada meeting yang penting Sya akan ambil emergency leave" kata Amanda dan pergi ke meja PA nya.
"Harap tak ada la dia meeting yang penting sebab aku nak lamar dia jadi isteri aku and aku harap aku boleh jaga dia dari Shafiera" bisik hati Danial. "Erm.. ok kita pergi lunch then pergi tempat yang Ish nak pergi" kata Amanda lalu mengemas barang-barangnya.
(skip)
......
Green Garden
"Kita nak buat apa dekat sini?" tanya Amanda. "Kita pergi duduk dulu" kata Danial lalu meneruskan perjalanan ke bangku yang disediakan di Green Garden.
"So kita nak buat apa dekat sini?" tanya Amanda lagi. "Boleh Ish nak tanya Sya beberapa soalan dan mengenai peribadi Sya" kata Danial lalu memandang Amanda buat seketika.
"Erm.. tanya la" kata Amanda sambil memandang pemandangan yang indah itu. "Sya ada boyfriend?" tanya Danial dengan hati yang berdebar. "Ish tengok Sya ni macam ada boyfriend ke?" soalan berbalas soalan.
"Pada pandangan Ish, Sya mungkin ada boyfriend sebab Sya kan cantik, sopan senang cerita full package la" kata Danial dengan hati yang masih berdebar. "Sya tak pernah layan lelaki selain keluarga Sya sendiri" kata Amanda yang masih leka dengan pemandangan yang indah di hadapannya.
Lalu Amanda terkejut kerana Danial tiba-tiba melutut di hadapannya dengan memegang kotak yang berbentuk hati. "Tengku Amanda Syazrina, sudikah awak menjadi pemaisuri di hati saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?" kata Danial dengan jantung yang berdegup laju.
"Ish apa awsk buat ni bangun la" kata Amanda lalu memandang sekelilingnya takut ada yang melihat Danial yang masih melutut itu.
"Saya serious Sya. Dari pertama kali saya jumpa awak saya mula jatuh cinta dan saya yakin dengan hati saya yang saya telah mencintai awak dengan sepenuh hati saya dan saya harap awak terima lamaran saya ini" kata Danial dengan suara yang makin sayu.
"Bagi saya masa untuk berfikir Ish sebab saya tak boleh terus menerima awak tanpa berfikir dan tanya hati saya" kata Amanda dengan lembut kerana dia takut melukai hati Danial.
"Em tak apa la saya faham yang awak perlukan masa" kata Danial dengan lemah. "Jom la saya hantar awak balik" kata Danial dan bangun untuk berlalu pergi ke kereta. "Ish" kata Amanda lalu memegang lengan Danial.
"Ye" jawab Danial dengan senyum kelat. "Bagi saya sedikit masa untuk berfikir dan saya harap jawapan saya tidak mengecewakan awak" kata Amanda entah kenapa dia rasa yang dia juga amat mencintai Danial.
"Baik la" kata Danial dengan senyuman yang manis. Semasa berjalan ke kereta ada sebuah van yang memandu laju ke arah Amanda. "Sya.." jerit Danial.
adakah amanda akan selamat dan adakah lamaran danial akan diterima jika amanda selamat? so kalau nak tahu kita tunggu next chapter and jangan lupa comment and vote my story.

ANDA SEDANG MEMBACA
first or last?
RomanceTengku Danial Darwish seorang yang ceria, full package, penyayang dan bertanggungjawab tetapi itu dulu setelah kehilangan cinta pertamanya iaitu sepupu dia sendiri Tengku Aina Myra kerana terlibat dalam kemalangan ia menyebabkan Danial menjadi seor...