R O S E
PROMISE ARE MEAN TO BE BROKEN
Seorang gadis merenung lama batu nisan di hadapannya.Matanya merah dan pedih akibat terlalu banyak menangis.
"Daddy.."panggilnya sayu.Dia kemudian meletakkan mukanya ke tanah merah itu.
"Kenapa Daddy tinggalkan Rose? Rose dah tak ada siapa kat dunia nih"sambungnya.Air matanya mengalir pelahan di pipi.
Mak Munah dan Pak Samad hanya memerhati di pintu tanah perkuburan itu.Sudah setengah jam mereka menunggu Rose.
Mak Munah menghela nafas berat apabila melihat Rose yang semakin hanyut dalam tangisan.Pelahan-lahan dia berjalan mendekati Rose.
"Rose.." panggil Mak Munah lembut.
Rose hanya membeku tanpa memandang.Air matanya semakin deras mengalir.
"Daddy.." serak suaranya memanggil.
"Rose cukuplah tu Rose.Kalau Rose terus macam ni,nanti Daddy Rose lagi sedih dekat sana"pujuk Mak Munah.Matanya turut berair mengenangkan nasib budak yang baru berumur 17 tahun itu.
"Kenapa Daddy tinggalkan Rose,Mak Munah? Dia dah tak sayangkan Rose ke Mak Munah."esak Rose.Kepalanya diangkat.Habis mukanya kotor kerana penuh dengan tanah.
"Daddy Rose sayangkan Rose.Tapi Rose kena faham yang Allah lagi sayang Daddy Rose"Mak munah cuba untuk memujuk Rose lagi.
"Rose dah tak ada siapa dah Mak Munah..Semua orang dah tinggalkan Rose."tangannya mula mengesat air mata yang tidak berhenti mengalir.
"Siapa cakap Rose tak ada sesiapa? Rosekan ada Mak Munah,Pak Samad"Mak Munah mula mencangkung sebelah Rose.
"Jom Rose..kita balik.Dah nak maghrib ni"sambung Mak Munah.
Perlahan-lahan Rose berdiri sambil dipapah oleh Mak Munah menuju ke kereta.
«»«»«»«»«»««»
Rose hanya duduk di dalam biliknya.Gambar ayahnya di dakap seperti dia memeluk ayahnya.
Rose memandang langit daripada jendela di dalam biliknya.
Mak Munah membuka sedikit pintu bilik Rose.
"Rose..."panggilnya lembut.
Rose berpaling memandang pembantu rumahnya itu.
"Mak long dengan Pak long Rose datang."maklumnya kepada Rose.
"Nantilah Rose turun." Rose hanya tersenyum hambar kemudian memandang jendela biliknya kembali.
"Rose.."seru seseorang.Yang pastinya bukan suara Mak Munah kerana suara itu garau.Rose termenung,tidak menyedari suara itu.
"Rose..."serunya lagi.
"Jangan kacau Rose...Rose tak nak kena ganggu!"jerit Rose.Cukup untuk didengari seluruh rumah.
"Walaupun abang yang panggil Rose?"balas jejaka itu.
Rose berpaling memandang gerangan yang memanggilnya.Rose terus bangun dan memeluk lelaki itu.Air matanya mengalir kembali.
"Abang..."Rose mula teresak-esak kembali.
"Ye Rose.Abang ada ni...Untuk Rose."kata lelaki itu.
"Daddy dah tinggalkan Rose."katanya sambil teresak-esak.
Si jejaka hanya senyap memberi peluang si gadis meluahkan perasaan.Belakang Rose diusap perlahan.
"Abang Ryan...Daddy dah tak ada!Siapa nak jaga Rose?Macam mana Rose nak hidup sorang-sorang"sambungnya lagi.
"Abangkan ada Rose...Abang akan jaga Rose."pujuknya.tangannya madih menggosok belakang gadis itu untuk menenangkan tangisan gadis itu.
Apabila tangisan si gadis mula reda.Rose mula mengangkat muka memandang si jejaka yang di gelar abang.
"Bila abang sampai?"soalnya perlahan.
"Baru je tadi.Rose dah makan?"soalnya lembut.Tanganya naik ke pipi Rose,mengesat air mata yang bersisa.
"Belum."jawabnya sepatah.Sejak dari pagi tadi dia tidak menyentuh makanan.Tekaknya rasa perit dan perutnya tiada selera untuk makan.
"Kenapa tak makan.Nanti kalau sakit siapa yang susah?Abang jugak.Jom turun bawah,kita makan"pujuknya.
"Nantilah.Rose tak ada selera nak makan sekarang."balas Rose.
Aryan memandang Rose.Dia tahu Rose masih bersedih.Dia juga bimbang akan kesihatan Rose.
"Rose...Jom makan...Ke Rose nak abang dukung Rose turun makan?"ugutnya.Rose kalau tidak diugut memang tak akan berganjak daripada keputusannya.
"Abang ni suka ugut Rose.Yelah Rose turun"katanya seraya bangun menuju ke arah pintu mahu turun.
Aryan hanya tersenyum melihat Rose yang mendengar katanya.Sekurangnya Rose masih mahu bercakap.
Setibanya di meja makan.Wajah Mak longnya dulu yang terlihat.
"Rose.."tegur Pn.Aina,pandangan sayu diberikan.
Rose hanya tersenyum kecil.Tangan Mak longnya disalam.
"Rose dah makan?"soalnya lembut.
"Belum ibu sebab tu Ryan ugut dia turun makan.Kalau tak,tak adanya dia makan "celah Aryan.
Rose hanya tersenyum kecil.Memang betul kata abang sepupunya itu.
"Duduklah.Mak long ambilkan nasi ye."
"Terima kasih Mak long."ucap Rose.Suaranya sedikit serak malah mukanya juga sembab akibat terlalu banyak menangis.
Puan Aina meletakkan sepinggan nasi di hadapan Rose.Rose hanya memandang.Tiba-tiba dia teringatkan daddynya.Air matanya mengalir perlahan.
Aryan yang sedar akan perkara itu hanya memandang sayu.
"Rose...Jangan macam ni" bahu si gadis di di peluk.Cuba memberikan kekuatan.
"Rose rindu daddy..."
"Shuhhh...abangkan ada.Abang akan jaga Rose."
#ROSE
YOU ARE READING
ROSE
Lãng mạn"Tunggu abang habis belajar.Jaga hati Rose untuk abang.Insyaallah abang akan jadikan Rose isteri abang.Itu janji abang" -A R Y A N Kerana sebuah janji yang di buat oleh seorang Aryan,Rose menjadi seorang penunggu yang setia.Kerana janji itu juga,seo...