B A B 2

3.6K 81 0
                                    

R O S E

PROMISE ARE MEAN TO BE BROKEN


"Abang nak pergi jugak ke?"soal Rose perlahan.Matanya memandang Aryan yang memasukkan pakaiannya ke dalam beg.Rose hanya menjadi pemerhati.

Ikutkan hati dia mahu melarang abang sepupunya itu dari pergi.Namun apakan daya keputusan telah dibuat.Lagipon tujuan jejaka itu adalah untuk melanjutkan pelajaran.

"Rose abang pergi tak lama pun.Just 3 years.Pejam celik dah dua tahun."pujuk Aryan.

"Siapa nak jaga Rose dekat sini?Takkan Rose nak tinggal dengan Mak Munah pula?"balas Rose.Bibirnya mula mencebik.

Aryan hanya tersenyum melihat gadis itu.Ikutkan hati memang dia tidak sampai hati mahu tinggalkan Rose.Tapi demi mencapai cita-citanya,dia terpaksa juga.

"Okey macam nilah.Kita buat perjanjian.."Aryan mula duduk di sebelah Rose.Tangan kanan Rose dicapai dan digenggam.

"Perjanjian apa?"

"Rose sayangkan abang?"soal Aryan bersahaja.

"Mestilah Rose sayangkan abang!"balas Rose.

"Abang pon sayangkan Rose"mata Aryan tunak memandang Rose.

"Mestilah abang sayangkan Rose!Rosekan adik abang"mata Rose membalas pandangan Aryan.

"I love you more than that Rose.Abang cintakan Rose"kata Aryan perlahan namun cukup untuk Rose dengar.

Rose terus berdiri.Dia terkejut sebanarnya.Aryan yang masih duduk di atas katilnya dipandang.

"Abang mengarut apa ni?Tiba-tiba je cakap sayang cintakan Rose."soal Rose pelik.

"Abang tak merepek Rose!Rose ingat abang nak main-main ke soal hati dan perasaan ni?"jawab Aryan tegas.Orang cakap betul-betul dia ingat main-main pulak.

"Abang...se..sebenarnya...rose pon sayangkan abang lebih daripada sayang seorang adik."Rose tundukkan kepalanya.Perasaan malu mula bertandang.

Aryan tersenyum melihat Rose yang tertunduk malu itu.Tak sangka perasaannya selama ini tak bertepuk sebelah tangan.

"Rose.."

Perlahan-lahan Rose mengangkat muka apabila namanya diseru oleh Aryan.
Aryan terus menarik Rose ke dalam dakapannya.Dia akan rindukan Rose nanti.

"Tunggu abang habis belajar.Jaga hati Rose untuk abang.Insyaallah abang akan jadikan Rose isteri abang nanti"bisik Aryan.

"Rose janji akan tunggu abang"

Perlahan-lahan Aryan meleraikan pelukan antara dirinya dengan Rose.Wajah Rose dipandang dengan penuh rasa kasih.

"Tunggu abang..."

---------------------------

"Yan...jaga diri kat sana.Kamu jangan buat benda pelik-pelik kat negara orang sana"pesan Puan Aina.Risau pula rasanya nak lepaskan anak sulungnya pergi nagara orang.

"Umi...rileks.Yan janji tak buat benda pelik-pelik kat sana nanti..."Aryan hanya tersenyum nipis mendengar pesanan ibunya itu.

"Abang..."

Aryan terus memandang kearah Rose.Wajah cinta hatinya yang sedih itu ditatap.Ini yang lemah ni nak pergi.

"Jangan stay sana lama-lama sangat tau.Nanti sapa nak jaga Rose.."tangannya sibuk mengesat air matanya yang tak nak berhenti mengalir.

"Yee...abang janji.Rose tu tak nak lah kuat nangis sangat.Susah hati abang ni nak pergi jauh-jauh."tangannya diangkat menggosok rambut Rose.

"Apa ni habis serabut rambut Rose.."

Aryan tergelak kuat.Dalam nangis tu boleh dia sebok fikir pasal rambut dia tu.comel.

"Dah lah Aryan pergi cepat naik pesawat tu.Banti kene tinggal jugak kalau asyik layan si Rose ni."Tok Aki menegur.Bukan boleh si Rose ni.Daripada orang tu jadi nak pergi nanti terus tak jadi sebab kesian tengok die.

"Yelah Aki.Bye..."Aryan menarik bagasinya menuju ke balai berlepas.

Rose yang memerhati mula menjerit

"ABANG!!!INGAT JANJI ABANG..ROSE TUNGGU.."dengan air mata yang lebat mengalir,Rose tetap menjerit.

Aryan yang mendengar mula menoleh dan menjerit kembali

"INGAT JANJI ROSE UNTUK ABANG JUGAK"Aryan melambai dari jauh kemudia teruskan berjalan.

bye-bye Rose...my Rose...

vote.

ROSEWhere stories live. Discover now