B A B 3

4K 123 20
                                    

R O S E

PROMISE ARE MEAN TO BE BROKEN


3 TAHUN KEMUDIAN

Rose tersenyum sendiri.Hari ini hari yang ditunggu-tunggukan.Aryan akan balik ke Malaysia.

"Rose!Rose!Nak ikut mak long tak?"jerit Puan Aina dari bawah.

"Jap mak long,dah nak siap dah nih."balas Rose.Handbagnya diambil di dalam almari kemudian berlari-lari anak turun ke bawah.

"Jom mak long!Rose dah siap.Nanti lama pulak abang Yan tunggu."tangan Puan Aina ditariknya.

"Ish budak ni.Sabar boleh tak?Tak adanya nak larilah abang awak yang sorang tu."

"Tapi kesian abang Yan nanti kena tunggu kita lama."bibirnya dicebikkan dam matanya di kelip-kelipkan banyak kali.Harap termakanlah pujuknya.

"Comellah tu kononnya...yelah Rose,jom kita gerak jom"

Rose yang tengah rasa senang hati tu terus menuju ke garaj kereta.

Puan Aina hanya tersenyum memandang anak buahnya itu.Dia lagi suka tengok Rose yang sebegini berbanding Rose tiga tahun yang lepas.
Pintu pagar rumahnya dikunci.Anak buahnya itu sudah mula start enjin kereta.Tak sabar gamaknya jumpa abang kesayangannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang lelaki berjeket kulit hitam memandang sekelilingnya.Mana ibunya nih?Kata nak ambik.Tapi batang hidung pon tak nampak.Matanya kembali menerawang ke sekitar kawasan balai ketibaan.

"Zafieyyy..."tiba-tiba ada tangan yanga memaut lengannya.Aryan memandang kearah gadis di sebelahnya.

"Min...what are you doing here?Ingatkan dah lupakan I.Maklumlah balik Malaysia awalkan.

"Mana da I lupakan you.Youkan kesayangan I."pipi ayan diusap lembut.

"Aryan.."Aryan berpaling memandang gerangan yang memanggilnya.

"Ibu..."terus tangan Yasmine yang memautnya di tepis.Kalau Umi nampak ni mahu mati dia.

"Bila ibu sampai?"tubuh wanita kesayangannya itu terus di peluk.

"Baru je.."gadis yang tercegat di sebelah anaknya itu di jeling.Ingat dia tak nampak apa diorang buat tadi.Nasib Rose tak nampak.

"Ingatkan dah tak ingat kat Yan dah"Aryan cuba bergurau.

"Memang mak long dah tak ingat dekat abang dah tadi..."celah satu suara yang baru tiba.Rose singgah toilet sekejap tadi.

"Rose..."Aryan hanya tersenyum sumbing melihat Rose.Tiba-tiba dia rasa serba tak kena.

Ya.Tiga tahun.Masa yang cukup lama dia tinggalkan Rose.Telefon tak malah email apatah lagi.Dan dengan masa tiga tahun itulah yang banyak mendewasakan Rose.

"Kenapa dengan abang ni?Macam tak happy je balik Malaysia.BTW,hye orang belakang."Rose menyapa gadis di belakang Aryan yang sedari tadi hanya memerhatikan mereka.Hatinya tertanya-tanya juga siapa gadis itu.

"Oh Yan lupa nak kenalkan.Ni Yasmine.Kawan Yan dekat sana."Aryan memperkenalkan Yasmine.Si gadis terus menyalam Puan Aina dan Rose.

Puan Aina menyambut huluran itu walaupun hatinya kurang berkenan dengan cara gadis itu berpakaian.Malah bukan dia tak nampak masa sampai tadi yang si Yasmine ni peluk usap anak terunanya.

"You mesti Rosekan?Adik saudara Zafiey.Masa awal-awal kenal Zafiey ni dulu,dia selalu cerita pasal you."sapa Yasmine apabila bersalam dengan Rose.Tidak dinafikan apa yang pernah Aryan katakan padanya dulu.Rose memang cantik.Bukan hanya cantik tetapi sangat cantik.

"Dia cerita pasal I?Benda baik ke buruk?"Rose cuba mengurangkan rasa janggal diantara mereke.Bukan dia tak nampak cara jelingan Puan Aina terhadap gadis jelita dihadapannya ini.

"Abang cerita baik-baik je tau pasal Rose..Jangan main tuduh bukan-bukan cakap abang cerita buruk"Aryan menyampuk.

"Yes..Zafiey only cerita semua benda baik pasal you.Kadang-kadang I jelous jugaklah dengan you."balas Yasmine.

"You jelous min?Why?Adik I je pon."Aryan memandang Yasmine.Tak sangka selama ni Yasmine jelous dia cerita pasal Rose.

Rose yang dengar perkataan 'adik' yang disebut oleh Aryan terus memandang Aryan tajam.Adakah perasaan Aryan selama tiga tahun berpisah jauh sudah berubah?

"Ish dahlah tak payah nak berbahas tentang tu.Jom balik.Takkan nak berkampaung kat sini pulak."sampuk Puan Aina.

Dia dengar dan dia boleh nampak perubahan wajah Rose apabila Aryan menyebut perkataan adik.Bukan dia tak tahu Aryan pernah menyuarakan perasaannya kepada Rose tiga tahun yang lepas.Malah dia siap curi-curi dengar perjanjian mereka.

"Min...you balik naik ape ni?"soal Aryan prihatin.

"I naik kereta I lah."balas Yasmine tersenyum manis.

"You balik dulu.Sampai je rumah I text you okey?"kata Aryan.

"Okey bye...Jangan lupa text I"pesan Yasmine sebelum berlalu pergi.

Aryan hanya tersenyum sambil melambai Yasmine.Rose hanya memerhati.

"Dahlah...Jom"Rose mengajak balik.Hatinya tah kenapa mengatakan ada sesuatu antara Aryan dengan Yasmine.Namun dia masih cuba berfikiran positif.

vote...

ROSETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang