R O S E
PROMISE ARE MEAN TO BE BROKEN
Rose memanjangkan lehernya ke luar pintu biliknya mencari kelibat seseorang.Dah lima minit berlalu namun masih belum nampak muka orang yang di cari.Tak nak keluar bilik ke apa ni?Ke masih tidur lagi?
"ROSE!"sergah seseorang.Kepala Rose terhantuk di pintu akibat terlalu terkejut. Aduh,sakit!Rose memandang orang yang telah membuat kepalanya terhantuk.Nak kena sekeh ni.Sesuka tok nenek dia je terkejutkan orang.
"Eh...mak long.Bu..buat apa kat sini?macam mana ada kat sini?Bila masanya mak long kat sini?Dah lama ke?"soalnya bertalu-talu and sejak bila aku jadi parkinson ni tergagap-gagap.Terkejut sangat nih.Rasa serba-salah pon ada sebab ada niat nak sekeh kepala tadi.
"Mana satu dulu yang Rose nak mak long jawab?"terangkat kening Pn.Aina dengar soalan yang banyak dari Rose.Macam jet je lajunya.Agaknya masa mengandungkan Rose adiknya banyak mengidam makan bertih jagung kot.
Rose hanys tersengih-sengih.Agaknya mak longnya perasan tak apa dia buat tadi?Harap-harap tak lah.Buat malu je kalau mak longnya tahu.Mana dia nak sorok muka kalau terkantoi.Tak pasal pulak nanti jadi bahan ketawa je.
"Rose dah kenapa ni?terjegul-jegul kepala tu.Macam kambing hilang anak je."Pn.Aina memandang sekeliling kawasan hadapan bilik Rose itu.Mana tahu ada sesuatu ke.
"Tak ada apalah mak long...Tadi Rose macam ada dengar bunyi kat luar bilik.Nak tengok apa benda.Takut-takut hihi tu ade boleh tolong halaukan tapi macam tak de je.Dia dah lari kot sebab takut Rose baca ayat kursi."bohongnya.Padahal nak tengok cinta hati.Cinta hatilah sangat.haha.
Tergeleng-geleng kepala Pn.Aina melihat telatah Rose ni.Ada-ada je.Macamlah dia tak tahu Rose tengah cari anak terunanya yang seorang tu.
"Mak long tak nampak apa pon.Ke Rose cari abang Yan?"Pn.Aina cuba serkap jarang.
"Ehhhh...mana ada.Betullah Rose dengar bunyi sesuatu.Buat apa Rose cari abang.Buang karan je mak long." balas Rose laju.Takut tertangkap.Rose palingkan mukanya ke tepi.Tangan sudah menutup muka.Malu oi terkantoi.Mana nak letak muka yang tak berapa cantik ni nyah.
"Yelah tu"Terangkat-angkat kening Pn.Aina.Dah macam kening Kak Ziana Zain dah.
"Ye mak long...tak cari abang pon.Hah mak long cakap pasal abang Yan ni,dia mana?Tak nampak pon"soal Rose.Dah alang-alang mak long cakap ni baik tanya terus daripada buat hatinya yang sesuci kain putih sutera ni tetanya-tanya.Masalahnya suci sangat ke hatinya ni.hahah.
"Kan betul mak long cakap.Rose ni tengah cari abang Yan.Kura-kura dalam perahu,macam mak long tak tahu."usik Pn.Aina.
"Mana adalah...mak long yang sebut sebab tu Rose tanye"Rose cuba buang rasa gagap yang datang.Kantoi sudah🤦🏼♀️.
"Ye ye oo je.Aryan keluar pagi tadi.Pergi mane?Mak long tak tahu.Katanya nak jumpa kawan.Katanyalah.Tak tahu pulak kalau dia jumpa cinta hati."terang Puan Aina.Dia sengaja kata bergitu kerana mahu melihat riaksi anak saudaranya ni.
Senyum Rose mati.Kekasih hati?Tiba-tiba hatinya rasa sesuatu.Betul ke abang saudara yang dia sayang sangat tu ada kekasih hati?Habis tu dirinya mahu di campak ke mane?Dalam longkang gamaknya jika pujaan hatinya itu sudah ada kekasih hati.Wajah mak longnya di pandang.
"Mak long rasa abang dah ada kekasih hati ke?"soalnya.Dipaksa bibirnya mengoyak senyum kecil walaupun hatinya rasa berdebar-debar tunggu jawapan mak longnya.Huh macam tunggu result SPM pulak dah debarnya.
"Manalah mak long tahu.Ada kot."balas Pn.Aina.Sedaya upaya dia sorokkan rasa hendak ketawanya itu.Tahu takut juga si Rose ni kalau anak lelakinya ada kekasih.
"Mak long ni seriuslah abang Yan dah ada kekasih ni?kenapa dia tak pernah cerita dekat Rose pon yang dia ada kekasih dah?"soal Rose tak puas hati.
"Tak kan lah semua bende dia nak cerita kat Rose?"Pn.Aina masih mahu menyakat Rose lagi.
"Tapikan Rose rapat dengan die..." bibirnya mula dicebikkan.
"Tak payah nak cebik sangatlah.Buruk sangat muka tu" usik Pn.Aina lagi.Bukannya dia tak dapat kenal pasti muka jealous anak buahnya itu.
"Yelah...yelah...Mak long menang!"
"Hahahaha...Rose ni ,Mak long melawak je pon.Manalah mak long nak tahu abang Aryan Rose tu ade mak we ke tak.Dia bukan banyak cerita pon kat mak long" Pn.Aina mula memujuk Rose.Kesian pula die tengok muka sedih Rose.
"Ish mak long ni.Mati-mati Rose percaya." Rose mula rasa lega.Kalau betul abang Aryan ade makwe mahu die meraung.
"Yelah Rose. Sudahlah tu. Jom turun bawah tolong mak long masak. Kejap lagi baliklah abang kamu tu." Tangan Rose, Pn.Aina tarik keluar dari bilik.
"Apani mak longgggg....Kenapa Rose kena masak pulak!"
Inilah benda paling Rose tak gemar...
MEMASAK.Bukannya Rose tak reti masak cuma dia rasa memasak ni leceh.Nak basuh pingganlah,hidanglah, itulah inilah...Kan leceh tu."Tak de...Rose kena jugak tolong mak long masak. Awak tu perempuan kenalah masuk dapur." Bebel Pn.Aina.
"Yelah...." Balas Rose.Dah malas nak bantah. Mana tahu die masak nanti abang Aryan nya akan lebih bangga ada bakal bini yang pandai masak kan? Hehe..
#R O S E🌹
YOU ARE READING
ROSE
Romance"Tunggu abang habis belajar.Jaga hati Rose untuk abang.Insyaallah abang akan jadikan Rose isteri abang.Itu janji abang" -A R Y A N Kerana sebuah janji yang di buat oleh seorang Aryan,Rose menjadi seorang penunggu yang setia.Kerana janji itu juga,seo...