OY 11

4.4K 159 9
                                        

Khai P. O. V

Aku tolak pintu wad Syakila perlahan, dan menapak masuk ke dalam. Aku duduk diatas kerusi menghadap kearah Syakila yang mata nya masih terpejam rapat.

Kemudian aku mengalihkan pandangan kearah tangan kanan aku yang berbalut. Pedih kerana kulit aku tersiat kesan aku tumbuk cermin tadi.

Nak dijadikan cerita, lepas aku tumbuk cermin ada seorang makcik cleaner masuk ke dalam tandas. Bila nampak tangan aku dah berdarah, dia terus tarik lengan aku bawa jumpa doktor. Membebel juga dia sepanjang dia tarik aku tu, tapi aku buat bodoh je. Tak tahu nak bagi reaksi apa waktu tu. 

Namun, sepedih- pedih tangan aku belum mampu nak hilangkan perasaan bersalah dalam hati aku ni. Aku tekup muka aku dengan kedua tapak tangan.

"Haih!" Aku mengeluh berat.

"Kenapa dengan tangan tu?" Kedengaran suara Syakila menampar gegendang telinga aku.

Aku tersentak sekejap, kemudian cepat-cepat aku tarik tangan kanan aku ke belakang. Aku lempar kan senyuman untuk dia, semanis mungkin.

"Awak dah bangun! Baguslah." Ucap aku, bernada teruja yang mungkin dibuat-buat. Entahlah~

Aku bangun menghampiri Syakila.

"Kenapa tangan tu, Khai?"

"Awak dah sihat ke? Kalau penat, sambung je tidur. Saya temankan." Aku tidak ingin menjawab soalan Syakila.

"Khai!  Sya tanya ni kan. Kenapa tangan tu?" Suara Syakila sudah berubah tinggi. Aku menelan liur.

"Saya... " Aku menunduk, tak sanggup untuk memandang Syakila.

"Khai apa? "

"Saya tertumbuk cermin." Jawab aku perlahan.

"Tertumbuk atau sengaja tumbuk?" Tanya Syakila, masih mendatar.

"Se... Sengaja." Dah macam budak kecik kena marah je aku ni. Tunduk je.

"Mari sini!" Tiba-tiba sahaja Syakila bangun dan menarik tangan aku untuk sama duduk dengannya diatas katil. Aku cuma mampu diam.

Dibelek-belek penumbuk aku, dan aku pandang dia yang menunduk tengok tangan aku.

"Auch!!!  Sakitlah!" Aku terus tarik tangan aku dari pegangan Syakila. Boleh pula dia tampar penumbuk aku yang luka tu, tak ada perasaan ke apa dia ni~

"Tahu pun!!!  Waktu buat tak fikir sakit? Hah?" Bebel Syakila. Kejap! Sekarang ni siapa yang kena tahan dekat hospital? Aku ke dia? Dah kenapa gaya macam aku yang kena tahan dekat wad.

Aku geleng perlahan~

"Sebab tadi tengah marah." Balas aku pendek, mulai memandang kearah dinding dihadapan aku.

"Sebab?" Nada suara Syakila mula berubah mendatar.

"Tak ada apalah." Aku pandang ke sebelah kiri aku pula. Tidak mahu Syakila perasaan airmata aku yang mula bergenang.

"Khai~" Panggil Syakila lembut, bersama sentuhan lembut dia pada pipi aku. Menarik wajah aku untuk memandang dia yang kini berada dihadapan aku.

Terpandang wajah dia yang masih ada kesan lebam, terus airmata aku menitis. Semakin lama semakin lebat airmata aku.

Syakila menghampiri aku, dan terus memeluk kepala aku erat. Aku semakin teresak. Perlahan-lahan aku angkat tangan aku, dan membalas pelukan dia. Lebih erat.

"Maafkan aku Sya, maafkan aku. Aku tak jaga kau. Aku tak ada di sisi kau waktu kau perlukan aku. Maafkan aku Sya." Ucap aku didalam pelukan dia. Aku teresak-esak.

*****

Syakila P. O. V

Sumpah! Aku takut nak lelapkan mata. Terbayang kejadian pagi tadi. Aku cuba untuk pejam kan mata aku, tapi~

Aku rasa nak nangis. Aku kalih ke kiri, aku kalih ke kanan. Aku pandang siling bilik wad ni. Serba tak kena, aku asyik terbayang benda tu. Aku bangun dari pembaringan dan memeluk lutut aku.

Aku takut~ Aku tak suka perasaan ni. Aku tak suka! Aku menangis lagi dalam diam.

Terdengar bunyi pintu wad dibuka dan derap langkah seseorang melangkah masuk.

"Eh! Kenapa tak tidur lagi?" Soal orang itu. Sudah pastinya Khai.
Aku dongak pandang dia.

"Hei! Kenapa ni, dia pula nangis. Tadi kata saya cengeng. Dia pun sama." Terasa tangan dia menggosok kepala aku. Terasa sedikit tenang.

Tadi, selepas aku berjaya memujuk Khai menangis aku minta dia balik untuk rehat. Tapi faham-faham lah budak ni, degil. Nak juga datang jaga aku katanya. Malas hendak bertekak, aku suruh dia balik mandi dan tukar baju. Kemudian datang sini semula. So yeah!  Sebab tu dia masih dekat sini.

"Tak boleh tidur lah. Asyik terbayang benda tadi." Rengek aku. Khai tersenyum lalu duduk di sisi aku. Bahu aku dipeluk dengan sebelah tangan.

"Tak ada apa lah. Jangan risau, diorang takkan kacau awak lagi. Sebab mula dari saat ni, saya takkan sekali pun jauh dari awak. Kiranya macam awak ni separuh dari nyawa saya lah. Kalo awak jauh dari saya, boleh nazak saya dibuatnya." Pujuk Khai. Entah pujuk ke apa tu,  tapi aku tetap tersenyum membalas.

"Dah, awak tido. Saya temankan awak dekat sini." Khai bangun lalu duduk diatas kerusi yang terletak ditepi katil. Sempat lagi dia menolak tubuh aku untuk berbaring.

"Goodnight sweetheart." Ucap dia dan dimalapkan sedikit lampu bilik wad ini.

"Khai~" Aku pandang dia. Dalam kesamaran cahaya.

"Yeap!" Balas dia cepat.

"Tidur dengan Sya malam ni." Pinta aku.

Sorry sbb lmbt update ~

#comment#vote#support
#jgn jadi silent readers.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang