Episode 2

160 9 3
                                    

"Eunha okay tak ni?" soal Yerin.

"okay.. Tapi perut aku sakit" jawab Eunha lalu memegang perutnya.

Eunha di bantu Yerin untuk keluar dari bilik rehat.

"boleh berjalan tak? Risau aku tengok ni" soal Yerin risau.

"boleh.. Tolong aku jalan" Eunha letakkan  tangan kanannya dibahu Yerin. Mereka sama-sama berjalan keluar sekolah.

"ish kenapa ramai sangat dekat pagar depan tu?" soal Eunha. Terasa rimas pun ada seperti semut.

"tak tahu la... Ada artis ke?"  Yerin pula yang teruja.

"yerin jangan laju sangat" marah Eunha.

"ah sorry.. Bila kau nak cerita?" Yerin memandang Eunha.

"dekat rumah.. Kau ni, macam kita duduk berasingan je" sempat lagi tangan Eunha menarik rambut rambut Yerin.

"hey sakit la"

Saat mereka melepasi pintu pagar,  Eunha menoleh ke kiri dan melihat susuk tubuh lelaki sedang bersandar dan dikelilingi oleh ramai pelajar perempuan. Mata mereka bertentangan. Lelaki itu mencelah pelajar perempuan di depannya dan menghampiri Eunha.

"h-hyun?" segera Eunha menutup mulut dengan tangan kirinya dan melihat Yerin yang teruja melihat Baekhyun menghampiri mereka.

'fuhh aku tak rasa Yerin dengan aku panggil hyun tadi.. But lelaki ni?' Eunha menjeling Baekhyun yang semakin menghampirinya.  'bukan ke suruh balik tadi'

"Eunha.. Kenapa tak bagitahu yang awak teruk macam ni?" soal Baekhyun saat berdiri di hadapan Eunha.

"huh? Bagitahu? Bagitahu apa Eun?" soal Yerin hairan.

"err tak ada apa yerin.. Jom la balik"  kata Eunha dan cuba untuk mengelak Baekhyun.

"ishhh dia ni" Baekhyun sedikit marah lalu mengambil tangan Eunha yang berada di bahu Yerin.

"Dah biar Hyun hantar balik" Lalu Baekhyun mendukung Eunha.

"waaa Hyun.... Ramai orang tengok la" kata Eunha. Kedua tangannya memeluk leher Baekhyun lalu membenamkan mukanya didada Baekhyun bagi mengelak ramai orang melihat mukanya.

"eehhh Eunha" panggil Yerin yang sedikit hairan melihat kelakuan Baekhyun.

"biar aku hantar dia balik" kata Baekhyun kepada Yerin. 

"ahh o-okay a-aku pun nak pergj kedai dulu.. Bye Eunha" sempat Yerin melambai kepada Eunha.

"Yerin-ah" Eunha hanya dapat lihat Yerin pergi tinggalkan dia. 

"kenapa sorok dari Hyun?" soal Hyun saat melangkah menuju ke keretanya.

"tapi tak teruk sangat la" jawab Eunha.

"tak teruk apanya, nak jalan pun susah tu" marah Baekhyun.

"Eunha ..minta maaf" riak wajah Eunha sudah berubah.

Baekhyun dudukkan Eunha di bahagian hadapan sebelah pemandu. Dan kemudian Baekhyun pergi ke tempat pemandu sempat dia jeling Eunha yang bermasam muka kerana dia memarahinya.

Baekhyun mengambil tangan Eunha,  "Eunha , Hyun minta maaf sebab marah tadi"

Eunha menarik tangannya dan mengabaikan Baekhyun, dia terus melihat keluar tingkap. Melihat pelajar perempuan yang masih berdiri melihat mereka. Mujur cermin kereta gelap tak ada yang nampak.

Baekhyun membiarkan Eunha dan merajuknya lalu memulakan pemanduan ke suatu tempat.

Eunha berasa hairan, Baekhyun tidak tahu rumahnya macam mana hendak hantar dia,  "Hyun rumah Eunha dekat Apartment A, jalan Yoseo"

MR.  INSTAFAMOUS!  Where stories live. Discover now