Episode 6

102 12 1
                                    

"KAI" eunha menutup mulut dengan kedua tangannya. Air matanya seakan mahu gugur. Orang yang pernah dia sayangi kini dihadapan matanya bukan itu saja, dia juga berkerusi roda.

"Hello, Eunha" sapa Kai.

"k-kai..."

"oh pasal ni" Kai faham akan maksud Eunha mengenai kerusi roda itu.

"Kai akan explain, Eunha duduk dulu"

Eunha akur lalu duduk di atas kerusinya.

"Lama tak jumpa Eunha.. Eunha makin cantik sekarang ni" puji Kai. 

"Kai..kenapa"

Kata-kata Eunha dipintas oleh Kai,  "Eunha.. Kita order makanan dulu.. Kai janji akan terangkan semua ni"

Kai dan Eunha memesan makanan. Selang beberapa minit makanan yang dipesan pun sampai.

"Jemput makan" kata Kai.

"ah ye" Eunha memotong steak dan masuk ke dalam mulutnya.

"macam mana?  Sedap tak?" soal Kai sedikit teruja.

Eunha menganggukkan kepalanya,  "sedap"

"ha lega bila tengok Eunha suka" Kai tersenyum puas.

"Kai.. Boleh Kai terangkan sekarang?" pinta Eunha.

Kai tersenyum lagi,  "macam ni.. Eunha ada dapat kan gambar kemalangan Kai?"

Eunha menganggukkan kepalanya.

"Gambar tu memang betul Kai tapi Kai terpaksa suruh pembantu Kai beritahu Eunha yang Kai dah mati" terang Kai.

"Tapi kenapa?" soal Eunha.

"Keadaan Kai teruk sangat masa tu, dan Kai tak nak Eunha tengok Kai dalam keadaan macam tu... Lepas tu Kai di bawa ke America untuk dapat rawatan dekat sana..Dan Kai disahkan lumpuh serta... " Kata-kata Kai terhenti apabila satu panggilan masuk.

"maaf, Kai terpaksa jawab panggilan ni" kata Kai.

"sila kan" balas Eunha.

Selang beberapa minit Kai selesai, "Eunha,  Kai terpaksa balik sekarang. Jom Kai hantar balik.. Hari pun dah lewat ni"

"ah okay" Eunha terus bersetuju dan mereka menuju ke kereta setelah pembantu Kai membuat bayaran.

Setiba mereka di apartment Eunha, "Kai terima kasih"

"tak.. Tak apa. Kai betul-betul minta maaf. Kai rasa bersalah sangat"

"hmm..  Selamat malam" ucap Eunha.

"selamat malam.. Terima kasih sebab sudi jumpa Kai. Lain kali boleh kan kalau kita berjumpa lagi" Kai tersenyum.

Eunha mengalihkan mata dari bertentangan mata dengan Kai,  "Ah okay.. Eunha naik dulu. Bye"

"aku dah balik" jerit Eunha dipintu masuk sambil membuka kasutnya.

"oh Eunha, macam mana tadi?" soal Yerin.

Eunha menarik Yerin ke ruang tamu dan menceritakan perkara yang terjadi pada Kai.

"omg!  Kesiannya dia.."

"tapi tadi... Aku rasa ada satu perkara lagi dia nak bagitahu tapi ada panggilan pula" kata Eunha sedikit kecewa.

"ermm kenapa kau tak tanya dia je? " soal Yerin.

"entah.. Aku rasa awkward pula..rasa macam baru first time jumpa"  jawab Eunha.

"hmm ye la orang tu sekarang dah suka orang lain" usik Yerin.

MR.  INSTAFAMOUS!  Where stories live. Discover now