Episode 9

112 13 0
                                    

"jumpa di Hangang Park"

Seperti biasa setiap pagi Baekhyun bersiap. Tapi kali ni bukan ke sekolah kerana  cuti hujung minggu. Baekhyun akan ke Hangang Park untuk berjumpa dengan orang yang menelefonnya pada tengah malam.

Caption : "meeting someone 😗"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Caption : "meeting someone 😗"

Setelah selesai mengupload Baekhyun melangkah keluar rumah dah menuju ke destinasinya.

"mana dia ni" bebel Baekhyun.

"maaf saya lewat.. Ada hal yang tak dapat saya elak"

Baekhyun pusing ke arah suara tersebut dan melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya dengan berpakaian formal.

" k-kau boleh berjalan?" soal Baekhyun hairan.

Baekhyun sebenarnya selalu mengekori Eunha selepas waktu sekolah apabila melihat Eunha keluar bersama lelaki dihadapannya. Apa yang buat dia hairan ialah lelaki dihapannya ini berdiri seperti lelaki yang sihat tanpa menggunakan wheelchair .

"ya aku boleh jalan" balas Kai.

"tapi... "

Kata-kata Baekhyun di potong oleh Kai,  "Aku tau kau mengekori aku dan Eunha bila kami keluar makan selepas sekolah. Dan yes aku guna wheelchair bila keluar dengan dia"

Kai melabuhkan punggungnya di bangku berdekatan diikuti Baekhyun,  "aku ada sebab buat macam tu bila jumpa dia"

"kenapa?" soal Baekhyun.

"sebab aku penah kemalangan dulu. Dan aku tak rasa aku dapat bahagiakan dia macam dulu" jawab Kai.

"huh? Apa maksud kau?" Baekhyun bertambah hairan.

"2 tahun lepas aku kemalangan teruk. Masa tu aku dan Eunha suka sama suka. Dan masa itu juga dia dapat berita yang aku dah mati di tempat kejadian. Tapi tu semua tipu, aku dapat rawatan di luar negara. Dan sekarang aku kembali untuk jumpa dia saat akhir ni"

"huh?"

Kai tersenyum melihat wajah Baekhyun, "Masa aku dapat rawatan. Doktor juga mendiagnos aku menghidap kanser stage 4, wheelchair  tu pun berguna juga bila aku perlukan.. Haha"

"tapi kenapa kau bagitahu aku semua ni?" soal Baekhyun.

"aku nak kau jaga dia... Aku sayang dia sangat-sangat tapi aku tak tahu la perasaan dia pada aku masih wujud ke tidak tapi tolong lindungi dia. Aku mungkin akan balik 2 hari lagi. Dan tak akan kembali" kata Kai panjang lebar.

"tapi kenapa kau tak nak bagitahu dia semua ni?" Baekhyun myenyoal  lagi.

"aku tak nak dia murung seperti sebelum ni" jawab Kai.

"tak. Lambat laun dia akan tahu juga. Kau kena bagitahu dia" Baekhyun berkeras.

"kalau macam kau tolong bagitahu dia tapi jangan sekarang. Bila tiba masanya nanti" Kai berdiri.

MR.  INSTAFAMOUS!  Where stories live. Discover now