SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun berjalan dengan tangan kanannya memegang tangan si ibu di sebelah kanannya manakala tangan kirinya memegang batang ais krim yang baru dibeli di sebuah warung.
"Ibu, boleh tak ibu masak lauk ayam masak kicap malam ni?" tanya si cilik itu.
"Boleh! Ibu masak special untuk anak ibu ni!" balas si ibu dengan senyuman manisnya.
Tiba-tiba, sebuah van berhenti mengejut di sebelah dua beranak itu. Tayar berdecit, menarik pandangan orang ramai yang berada di warung berhampiran. Pintu tengah van dibuka. Seorang lelaki bertopeng menarik si kecil itu masuk ke dalam van.
"ANAK AKU!" jerit si ibu cuba mengambil anaknya semula.
Si ibu ditolak secara kasar sampai tersungkur ke tanah. Pintu van ditutup cepat. Van terus dipandu pergi. Pelanggan di warung itu bangun, melihat ibu malang itu.
"Ibu, kenapa ni!?" kata seorang pemuda di warung itu.
"Along, Zul... Zul kena culik!" kata si ibu itu merintis.
"Hah!!? Kena culik!!" Berkerut dahi pemuda itu. Pandangan dialihkan ke arah kawan-kawannya yang melepak dengannya itu. "Geng, jom!"
Segerombolan remaja bangkit dari duduk. Mereka dan pemuda tadi terus menaiki motosikal. Enjin motosikal yang diubahsuai dihidupkan. Gear dimasukkan serta-merta. Pendikit dipulaskan segera. Motosikal-motosikal di situ terus bergerak, mengejar van penculik itu. Ada juga seorang penunggang yang sempat membuat wheelie.
Van dipandu laju di lorong kampung. Di belakangnya, sekumpulan mat moto sedang berlumba mengejarnya. Pemandu van itu melihat moto-moto di belakang. Si cilik tadi tidak habis menangis.
"BOLEH DIAM, TAK!!??" kata salah seorang penculik, geram.
Mulut si cilik itu ditutup dengan kain putih. Nafasnya turun naik lalu terhenti. Matanya berpejam serta-merta.
"Tahu, tak? Kalau orang tu culik adik, dia orang hantar adik kat Siam. Potong tangan, potong kaki! Jual kat orang. Organ dalaman pula bagi kat anjing. Bagi dia makan!" gurau si abang.
★★★
MATA kanak-kanak itu dicelik perlahan lalu melihat sekeliling. Badannya diikat di atas katil. Hendak melepaskan diri pun susah! Seorang lelaki bertopeng memasuki bilik itu. Sarung tangan dipakai. Pisau dikeluarkan dari laci. Kanak-kanak itu hendak menjerit tetapi mulutnya telah ditutup dengan pita pelekat. Lelaki itu menghampirinya. Budak kecil itu cuba menjerit meminta pertolongan.
"No one will hear you!" ujar lelaki berkaca mata itu.
Pisau pembedah dihulurkan ke arah tangan kiri si mangsa.
Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini! Desis hati si cilik itu bersungguh-sungguh.
Telefon berdering, menarik perhatian si pembedah itu lalu dikeluarkan dari poket. Lelaki itu mengeluh. Pisau diletakkan di atas meja sebelah katil bedah itu. Lelaki itu menjawab panggilan.
"Yes, boss!"
Sedang lelaki itu sibuk berbual, budak kecil itu cuba mencapai pisau dan itu dia, berjaya. Dengan pantas, tali yang mengikatnya dipotong.
"Okay, I will be there soon," kata pembedah itu lalu menamatkan panggilan.
Lelaki itu memusingkan badannya lantas diterkam tiba-tiba oleh budak 8 tahun itu. Mata kanannya ditusuk dengan pisau bedah. Dia meraung kesakitan lalu rebah. Budak kecil itu ketakutan dengan apa yang dia telah buat. Dia terus mencampak pisau ke lantai lalu berlari meluru ke pintu keluar. Pintu dibuka. Budak kecil itu melangkah keluar dari bilik itu, memasuki kawasan lorong yang gelap, dipenuhi orang-orang berwajah bengis.
"Hey! Stop right there!" arah salah seorang daripadanya, tegas.
Kanak-kanak itu membuka langkah seribu, berlari keluar ke hujung lorong yang dipenuhi orang ramai. Lariannya licik, mampu mengelak daripada ditangkap. Seorang lelaki yang kurus, cuba menangkap budak kecil yang betul-betul di depannya tetapi budak kecil itu sempat berlari keluar dari lorong gelap itu. Budak kecil itu membelok ke kiri lalu terlanggar perut seseorang. Dia terjatuh.
"Ouch!" keluh lelaki berusia 30-an itu.
Keluarga lelaki itu melihat budak lelaki yang tertutup mulut. Seorang kanak-kanak perempuan itu membuka pita pelekat yang masih di mulut budak lelaki itu. Si ibu kanak-kanak perempuan itu mengangkat kening kanannya.
"Hey! What's the matter?" tanya si ibu berkulit putih melepak itu.
"Oh! There you are!" ujar lelaki berbaju hitam mendekati kanak-kanak lelaki itu, mengukirkan senyuman palsu.
Lelaki itu memegang tangan budak malang itu tetapi tangannya sempat dipegang oleh lelaki yang dilanggar budak tersebut. Dia memandang si ayah kepada kanak-kanak perempuan itu.
"This is not your son, right?" kata si ayah itu, dingin.
"No,... I mean, yes! He is my son!" kata lelaki jahat itu.
"Help! Help! HELP! HELP ME!!" jerit si ibu berlakon, menguji lelaki itu.
Lelaki jahat tadi terus melepaskan budak kecil itu lalu melarikan diri. Si ayah itu duduk bercangkung menghadap budak itu.
"Are you okay, kid?" ujar si ayah berkepala botak itu.
Budak kecil itu mengangguk kecil. Si ibu membongkokkan badannya.
"What's your name, sweetheart?" soal si ibu pula.
Kanak-kanak Melayu itu berdiam, tidak berani bersuara. Dia memandang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya itu.
"What is your name? My name is Elizabeth," ucap kanak-kanak perempuan itu seraya menghulurkan tangannya.
Kanak-kanak Melayu itu menyambut tangannya lalu cuba bersuara. "My name is…"
#vote
YOU ARE READING
Coming Back: I'll be Back!
Aksiyon[DIALOG INGGERIS] Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Emy Zulkifli diculik ke negara asing. Sedar-sedar sahaja, dia berada di Los Angeles, bukannya negara Siam seperti dia sangka. Dia bertemu dengan keluarga Foxe secara tidak sengaja...