CHEVROLET Impala '57 berhenti di depan bengkel yang ditutup itu. Nissan GT-R Prototype yang dipandu Elizabeth Foxe turut berhenti di situ, sebelah kereta klasik milik Troy Budden. Masing-masing bergerak turun dari kereta lalu terlihat seorang lelaki berdiri di depan bengkel itu. Amy Foxe yang menumpang kereta cintanya tadi memerhatikan lelaki tersebut, seperti pernah berjumpa.
"Hi, there! Anything help?" ucap Daniel Krieger kepada lelaki itu.
Nate Denver memandang punca suara itu lalu tersenyum. "Oh! Hi, my name is Nate Denver! I want to buy this workshop. Who's the owner?"
Brian Lee hendak mengangkat tangan, mengatakan dia pemilik bengkel tersebut tetapi dihalang Amy Foxe tiba-tiba.
"Yes, I am," kata Amy Foxe tersenyum.
Nate Denver melihat lelaki yang pernah mengalahkannya dulu itu. Dahinya dikerut. "You… again!"
"Nice to meet you… again!"
"I don't want to race… again. I wanna buy this workshop. How much is it?"
"I changed my mind. I don't want to sell this workshop." Dengan selambanya, Amy Foxe mencabut papan tanda 'For Sale' lalu mematahkannya.
Nate Denver berdiam sahaja, melihat 'pemilik' bengkel itu memusnahkan papan tanda itu. Amy Foxe kembali memandang lelaki kaya itu.
"Now, get out from here!" arah Amy Foxe, dingin.
Nate Denver mengeluh kecil. "Are you challenge me?"
"Oh! Come on, man! If you want this workshop, we race… like before."
Nate Denver berwajah dingin. "As you wish."
Jari Nate Denver dipetik. Pintu treler belakang lori yang diletakkan di tepi jalan, dibuka, mencuri pandangan ramai. Mata Amy Foxe terbeliak melihat kereta Lamborghini Aventador versi litar muncul di depan mata. Elizabeth Foxe turut terkejut. Tiga lelaki yang lain, hilang kata. Nate Denver kembali memandang Amy Foxe, tersengih angkuh.
"Now, what? Do you wanna race or sell your workshop?" ujar Nate Denver, sombong.
Amy Foxe hilang kata.
"I would race against you," kata Elizabeth Foxe mencelah, selamba.
Pandangan dialihkan ke arah wanita itu. Masing-masing terpegun dengan pilihannya.
"I got my GT-R back. So, what are we waiting for?" tambah Elizabeth Foxe.
"Alright, let's go!" balas Nate Denver, tersenyum.
★★★
ENJIN kereta mengaum di garis permulaan. Elizabeth Foxe vs Nate Denver. Nissan GT-R Prototype vs Lamborghini Aventador. Litar jalanan vs jalanan. Amy Foxe berdiri di antara dua kereta itu.
"Alright, racer. The rule is go around this downtown. The winner will get a workshop and the loser have to say 'bye-bye' to that workshop. You got it?" kata Amy Foxe, jelas.
Enjin mengaum, mengiakan kata-kata Amy Foxe. Dua pelumba itu sudah bersedia.
"Alright, here we go! Ready? Go!" kata Amy Foxe menepuk tangan lantas menunduk ke bawah.
Gear dimasukkan. Brek tangan diturunkan. Pendikit ditekan habis. Kereta bergerak ke depan, meninggalkan kesan tayar. Enjin mengaum dengan derasnya, jelas didengar dari jauh.
Bandaraya Los Angeles yang sentiasa sesak dengan lalu-lintas, memberi cabaran untuk dua pelumba itu. Kenderaan-kenderaan dipintas dengan lajunya. Adakalanya mereka melalui laluan pejalan kaki bagi mengelak kesesakan itu. Mujurlah tiada seorang pun yang dilanggar hidup-hidup dengan dua jentera itu. Elizabeth Foxe memintas Nate Denver yang mendahului perlumbaan itu tetapi terpaksa batalkan hasratnya kerana sebuah kenderaan melalui lorong bertentangan. GPS dalam kereta diperhatikannya. Mereka memasuki pekan Little Tokyo. Elizabeth Foxe amat mengenali selok-belok pekan ala Jepun itu. Dia memecut masuk ke lorong kecil, menggunakan jalan pintas. Nate Denver tidak menyedari perbuatan pesaingnya, terlalu fokus pada perlumbaan. Dia memintas kereta-kereta yang lain seperti dia memintas pesaing-pesaingnya ketika berlumba di litar antarabangsa. Kereta Lambo betul-betul dapat dilihat di sebelah sebaik Elizabeth Foxe melintasi jalan, memasuki lorong lain. Entah siapa di tempat pertama buat masa sekarang.
Kereta GT-R dipandu keluar dari lorong kecil, mengambil posisi pertama lalu menghalang kereta Lambo kuning itu. Nate Denver terpegun melihat pesaingnya berada di depan. Dia cuba memintas, berjaya juga. Elizabeth Foxe kaget. Baru sahaja lima saat di depan, sudah dipintas semula. Elizabeth Foxe mengeluh.
Selekoh terakhir dihampiri. Nate Denver memperlahankan kereta litarnya. Elizabeth Foxe mendapat idea licik. Ketika Nate Denver membelok dengan perlahan, Elizabeth Foxe membuat drift di sebelahnya, memintasnya terus. Nate Denver terpegun.
"KANSEI DURIFTO!"
Nate Denver melihat lawannya memecut ke hadapan lalu cuba memecut lebih laju. Gear automatik (D) dimasukkan. Pendikit ditekan habis sepenuhnya. Elizabeth Foxe melihat pesaingnya cuba memecut di belakang lalu melihat ke depan. Garisan penamat di depan mata sekarang, hanya 200 meter lagi. Pecutan terakhir dibuat. Nate Denver cuba memintas Elizabeth Foxe, menukar lorong. Jarak mereka makin dekat. Dua kereta itu terus melepasi garis penamat, kelihatan seri. Empat lelaki yang melihat mereka tiba, terpegun.
"Whoa!" ucap Troy Budden, kagum.
"Who's the winner?" tanya Daniel Krieger.
Brian Lee yang merakam perlumbaan dengan telefon pintarnya, memainkan semula rakamannya. Semua orang terpegun dengan keputusannya.
★★★
LORI treler dipandu pergi bersama kereta Lambo litar itu. Nate Denver meninggalkan kawasan itu serta-merta. Amy Foxe memeluk bahu kekasihnya yang sudah menewaskan Nate Denver.
"Great race!" ucap Troy Budden, kagum.
"You're awesome!" ucap Daniel Krieger pula.
"Alright, you got my workshop now!" ujar Brian Lee tersenyum.
"Yes!" sorak Elizabeth Foxe, teruja.
Amy Foxe berfikir sejenak. Elizabeth Foxe melihat cintanya itu.
"What are you thinking about?" soal Elizabeth Foxe kehairanan.
"I think, this will change everything," jawab Amy Foxe mendapat satu idea.
#vote
YOU ARE READING
Coming Back: I'll be Back!
Action[DIALOG INGGERIS] Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Emy Zulkifli diculik ke negara asing. Sedar-sedar sahaja, dia berada di Los Angeles, bukannya negara Siam seperti dia sangka. Dia bertemu dengan keluarga Foxe secara tidak sengaja...