BAB 12-SELONGKAR

39 3 0
                                    

DUA remaja berdiri di hadapan rumah Cindy Hawk sekitar Compton. Mereka melangkah menghampiri pintu depan rumah kecil itu. Mata Elizabeth Foxe meliar melihat sekeliling, takut-takut ada sesiapa nampak. Amy Foxe membuka pintu secara kasar, merempuh kuat dengan bahu. Pintu terbuka luas. Pasangan itu memasuki rumah itu. Amy Foxe melangkah ke bilik tidur Cindy Hawk sedangkan Elizabeth Foxe meninjau sekeliling rumah. Mata Elizabeth Foxe melihat gambar-gambar Cindy Hawk yang berbingkai kecil lalu mengambilnya. Dia melihat gambar Cindy Hawk berciuman pada hari perkahwinan.

"Did you know that she was married?" tanya Elizabeth Foxe masih melihat gambar tersebut.

Tiada sahutan. Pandangan Elizabeth Foxe dialihkan ke arah lain. Amy Foxe sudah tiada di ruang tamu itu.

"Amy? Where are you?" kata Elizabeth Foxe kehairanan.

Pintu bilik yang terbuka luas, menarik pandangan wanita itu. Langkah diatur ke bilik itu. Dia berdiri di muka pintu lalu melihat Amy Foxe menaip papan kekunci komputer milik Cindy Hawk. Wanita itu menghampiri lelaki itu.

"What you got? Any information?" kata Elizabeth Foxe berdiri di belakang cintanya.

"What did Hawk say was true! Nate Denver is Ray's brother. He's blacklisted. You know what? He is a circuit racer," terang Amy Foxe, jelas.

"So, that Lambo is…"

"Yes, it's ours. They stole it!" kata Amy Foxe, yakin lalu mengeluh tiba-tiba. "I want my Vanquish back!"

Dakapan diberikan dari belakang Amy Foxe, membuatkan lelaki itu kaget. Elizabeth Foxe membelai rambut lelakinya.

"Don't worry! We still have that Mustang GT and GT-R. We will get back your car and Lambo," kata Elizabeth Foxe menenangkan kekasihnya.

"How?" balas Amy Foxe, dingin.

★★★

LANGKAH diatur masuk ke dalam garaj yang mewah. Nate Denver berjalan di koridor, dikelilingi kereta-keretanya yang hiperlaju. Antaranya, Pagani Huayra, Ford GT, Lexus LFA, Porsche Spyder dan Bugatti Veyron. Semuanya sudah diubahsuai menjadi kereta litar, bukan kereta jalanan mahupun litar jalanan. Kereta Lamborghini Aventador yang baru siap diubahsuai, dinaikinya.

Ngeengg! Ngeeeeeeenngggg!!

Enjin kereta itu jelas bergema. Gambar potret Ray Denver yang tertampal pada stereng kereta, dilihat lelaki itu.

"I will beat him, Ray! I promise!" monolog Nate Denver.

★★★

AMY Foxe memandu kereta Ford Mustang GT '15 yang diminatinya sejak kecil itu. Dia memberhentikannya di depan lampu isyarat merah. Kereta Nissan GT-R Prototype yang dipandu Elizabeth Foxe, berhenti di sebelahnya. Mereka saling berpandangan, mengukirkan senyuman. Mata Elizabeth Foxe yang melihat jejaka itu, terlihat sesuatu di belakang lelaki itu lalu terbuka luas. Jari telunjuk ditunding ke arahnya. Amy Foxe yang melihat kekasihnya tergamam, kehairanan lalu memandang hujung telunjuknya. Mata lelaki itu terbeliak terus melihat kereta Aston Martin Vanquish S Volante miliknya diletakkan di tengah kawasan pembuangan besi buruk.

"No!" tempik Amy Foxe kaget.

Amy Foxe menuruni keretanya lantas berlari masuk ke dalam kawasan itu. Pagar tinggi dipanjat masuk. Larian dibuka ke arah kereta itu sebaik selamat masuk. Elizabeth Foxe hanya memerhati lelaki itu bertindak. Kereta mewah itu diangkut dengan piring magnet.

"Hey! Stop!" jerit Amy Foxe melambai tangan ke arah jurumudi kren itu.

Jurumudi itu tidak mendengar jeritan itu dek mendengar lagu menerusi fon kepala. Dia membuat kerjanya dengan baik lalu terlihat Amy Foxe melambai-lambai tangan ke arahnya. Kren diberhentikan. Jurumudi itu bergerak keluar dari kren lalu berdiri melihat Amy Foxe di situ.

"Good!" kata Amy Foxe berasa lega melihat kren diberhentikan lalu melihat keretanya diangkut tinggi melangit, betul-betul di atas mesin pemusnah, kembali kurang lega. "Not Good!"

"Hey! What are you doing here!?" ujar jurumudi kren itu menghampiri Amy Foxe.

"Oh! I want that car." Amy Foxe menunding jari ke arah keretanya.

Jurumudi itu melihat kereta yang diangkut tinggi itu. "Oh! Sorry, kid! That's junk! The oil always spill out. The bumpers are messy. The tire are worn out. It's no use now!"

Amy Foxe mengeluh. "Okay! I have 1,200 to get it back!" Duit terus dikeluarkan.

Jurumudi itu melihat duit yang banyak itu. Dia berjabat tangan dengan Amy Foxe. "My name is Alan Francesco. Nice to meet you!"

★★★

KERETA Aston Martin Vanquish S Volante ditarik ke garaj rumah agam dengan trak penunda.

"Thank you, sir!" ucap Amy Foxe kepada lelaki tadi.

"You're welcome," balas Mr. Franscesco.

Trak penunda itu dipandu keluar dari kawasan rumah agam itu. Dua remaja itu kembali memandang kereta terbengkalai itu. Kunci kereta masih di dalam. Amy Foxe membuka pintu keretanya itu tetapi tercabut pula, tercengang terus. Elizabeth Foxe terpegun melihat cintanya mendapat 'kuasa'.

"Wow!" ucap Elizabeth Foxe, dingin.

#vote

Coming Back: I'll be Back!Where stories live. Discover now