21 💔

6.2K 799 35
                                    

"Jungra..." aku menoleh ke belakang apabila Taehyung memanggil. Dia berbaring di sebelah aku, tetapi jaraknya sangat jauh. Seakan-akan ada tembok besar antara kami.

"Apa?"

"Saya nak cakap sesuatu."

Aku mengangguk sahaja dan diam tanda aku dengar suaranya tanpa memandang ke belakang.

"Saya nak cakap pasal kita."

"Dan awak nak kita bercerai?"

Aku terus menoleh pantas. Emosi aku terganggu, dengan kesihatan tak memuaskan, aku jadi tak keruan dan malas. Tak boleh berfikir jauh lagi dah.

"Saya tak cakap pun soal cerai."

"Then sampai bila kita nak jadi macam ni?"

Taehyung diam. Sebelum dia sambung semula.

"Tolong beri saya masa untuk pulihkan keadaan kita." Katanya. Tertawa sinis aku.

"Masa? Pulihkan keadaan kita? Saya tak nak." Aku tekad dan berkeras. Walau apa yang terjadi, aku tetap mahu berpisah.

"Jadi awak nak kita macam mana?"

"Kita buat haluan masing-masing selepas saya bersalin." Kata aku. Lega.

Taehyung agak terpana. Dia seperti tidak menyangka bahawa aku akan sebut tentang perpisahan.

"Saya tak nak terseksa, saya tak nak anak saya pun terseksa tengok keadaan kita macam ni." Suara aku bergetar apabila memikirkan tentang sisa-sisa masa yang berbaki 3 bulan 10 hari sebelum aku melahirkan anak dan berpisah dengan Taehyung.

"Jadi awak nekad untuk bercerai?" Soalnya. Aku angguk tanpa ragu.

"Ya. Saya nekad. Jangan risau, Taehyung. 3 bulan je lagi."

"Jungra..."

"Satu lagi saya minta, awak bahagiakan saya selama 3 bulan tu walaupun secara berpura-pura. 3 bulan je, Taehyung. Berikan kasih sayang kepada anak awak. Supaya suatu hari nanti, dia tak akan lupa siapa papa dia." Air mata aku bergenang mengenangkan permintaan aku.

"Dan kemudian awak boleh berbahagia denga Yooha dan anak awak lagi satu." Aku menangis dan terus sahaja bangun dari katil. Tanpa menunggu lagi, aku keluar bilik dengan air mata yang berderai.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now