34 💔

5.2K 676 13
                                    

Aku dah mula sihat sedikit selepas dua bulan menjaga makanan, langkah kaki. Bosan betul aku duduk rumah. Taehyung.. haih. Hampir tertekan aku dibuatnya. Pesanan dia langsung tak lekang!

Walaupun dia bekerja, tapi dia balik awal, mengulit Jung Hyung dan kemudian tengok aku atas bawah. Macamlah aku jenayah.

Dan hari ni akhirnya.. aku bebas!

"Awak..." aku datang dekat dengan Taehyung yang sedang membutangkan baju kemejanya di hadapan cermin meja solek. Aku peluk pinggangnya dari belakang.

"Ya, wifey?"

"Boleh tak nanti... saya nak keluar?" Soal aku. Cukup berhati-hati supaya aku diberi kebenaran untuk keluar.

"Keluar pergi mana?"

"Beli barang baby. Alah, Jung Hyung gatal-gatal pakai diaper tu. Boleh eah?" Kali ni aku dah pusingkan tubuh menghadapnya pula. Taehyung tayang muka biasa.

"Boleh tak? Macam tak boleh je ni..."

"Boleh. Pergilah." Kata dia. Menjerit aku.

"Yeah! Terima kasih." Spontan aku memeluk lehernya seketika dan mencium pipi Taehyung sekilas. Haih.. makin sayang!

"Jangan balik lambat. Elok-elok, bawa Jung Hyung." Aku mengangguk-angguk. Akur.

"Yelah, shuben." Dia tersenyum. Hidung aku dicuitnya.

"Dah, jom turun."

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now