54 💔

5.1K 636 12
                                    

Itali, 26 September

Hoseok, Nara dan Jung Hyun tiba di lapangan terbang Itali sekitar jam 6 petang. Ketika itu keadaan agak sesak sedikit kerana angin kencang dan hujan renyai. Berlari pasangan ini masuk ke dalam kereta.

"Dove andare, signore?" Soal pemandu teksi lapangan terbang kepada Hoseok. Hoseok yang kebetulan pernah menghadiri kelas bahasa antarabangsa ketika menyambung pelajaran dahulu mudah sahaja menangkap soalan pemandu itu yang bermaksud, 'Hendak pergi ke mana, encik?'

"Qui." Hoseok menayangkan skrin telefonnya di hadapan wajah pemandu teksi ini.

"Ahh.. va bene (baiklah)." Maka, kereta pun bergerak menuju ke apartment Jungra yang terletak lebih kurang 49 KM dari sini.

Sesampai sahaja di sana, Nara dan Hoseok ke kaunter lobi.

"Awak dah call Kak Jungra?" Soal Nara. Tangannya membetulkan dukungan Jung Hyung.

"Sudah. Banyak kali. Tapi tetap not in service juga." Kata Hoseok. Nara mengeluh. Ke mana Jungra pergi ni?

Setelah mendapat access card dari kaunter, Hoseok dan Nara sama-sama naik ke tingkat atas yang telah ditunjuk. Entah kenapa, masing-masing mengira denyutan jantung. Rasa risau pula yang bertandang.

"Awak tunggu sekejap. Saya buka." Nara mengangguk. Baru tangan Hoseok hendak meletakkan access card pada pengimbas seseorang menegur.

"Hi."

"Seok..." Nara cuit bahu Hoseok. Hoseok menoleh.

"Yes? May I help you?" Soal Hoseok. Wanita tua yang dalam umur 80-an tersenyum dia.

"Kamu berdua datang dari jauh, nak jumpa tuan rumah?" Seakan-akan tahu, Hoseok dan Nara sama-sama mengangguk. Wanita itu senyum lagi. Tapi kali ini senyuman itu kelat dan tidak berperisa. Kosong.

"Mari masuk rumah makcik."

"Eh?"

"Mari..."

Nara tiada pilihan, tangannya telah di tarik dahulu. Hoseok melangkah. Sehinggalah tiba di hadapan pintu rumah wanita tua itu.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now