~Bab 4:terpaksa~

9.6K 207 0
                                    


Sya pov

Aku duduk di buaian yang berada di bawah sepohon pokok rendang di kebun mini buatan aku sendiri. Ya,bila fikiranku serabut atau bosan aku akan meluangkan masa di kebun mini ini. Nyaman sahaja. Terdapat sebuah kolam ikan yang diatasnya terbina jambatan kecil dan dikelilingi pokok bunga mawar yang pelbagai warna dan jenis. Banyak pokok-pokok bunga yang ku tanam. Di sana dan di sini juga di situ. Boleh dikatakan semuanya pokok bunga import yang susah di jamumpai. Semuanya cantik-cantik belaka. Semua hasil jagaan aku.

Tapi bukan itu tajuk aku yang mahu aku ceritakan tapi ialah...aku buntu. Apakah?! Memori hitam yang bermain di kepala membuatkan aku makin serabut.

Aku nak terima lamaran seorang lelaki yang pernah merogolku dan menyakitiku? Oh,tidak! Semestinya aku tak nak dan takkan terima.

Kenapa dia hadir saat aku hampir melupakan segalanya? Kenapa dia muncul saat aku sudah hampir hilang trauma yang aku alami? Kenapa?kenapa dan kenapa,Haris??

Sedang aku khusyuk termenung,aku terdengar bunyi orang memijak ranting-ranting. Aku segera menoleh untuk melihat gerangan itu. Umi...

"Boleh umi duduk?" Tanya umi sopan santun. Aku mengangguk. Disebabkan buaian kayu itu kayunya besar dan lebar yang boleh memuatkan 3 orang duduk,aku pun memberi ruang untuk umi duduk. Aku hanya diam.

"Sya masih pikirkan tentang lamaran tu?" Tanya umi lagi. Aku menggangguk,masih tak bersuara.

"Umi tak paksa sya pun. Kalau sya nak terima,sya terima lah kalau tak nak,cakap je dengan umi. Tapi..kalau boleh umi nak jugak tengok dengan mata kepala umi ni bila anak bongsu umi naik pelamin sebelum umi pejam mata" kata umi dengan sebak. Aku bersalah. Wajah tua umi aku pandang sayu.

"Umi jangan cakap macam ni. Sya takut lah. Sya bukan tak terima tapi sya masih muda. Sya takut sya tak dapat galas tanggungjawab sebagai isteri lagipon Sya tak kenal sangat dengan Haris tu" balasku setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Sya sayang,mati tu pasti. Semua orang akan menghadap Yang Esa satu hari nanti. Sya...sya dah 23 tahun. Dah cukup umur tau kalau nak kahwin. Sya kena yakin yang sya boleh galas tanggungjawab tu. Boleh sya kata yang sya tak kenal sangat dengan Haris? Dah 5 tahun sya kenal dengan dia. Rapat pulak tu. Haris pun apa kurangnya. Dahlah sopan,handsome pulak tu" ayat yang akhir tu aku tak boleh terima. Memang dia sopan tapi depan umi dengan abi je. Dengan aku?😞😒

"Itu dulu,umi. Mana tahu sekarang perangai dia berubah?" Saja aku menyoal begitu.

"Tak adalah..baik ja umi tengok. Macam dulu jugak tapi makin hensem pulak. Hehehe" umi tergelak kecil. Aku pun gelak jugak tapi agak hambar kedengarannya.

"Ada-ada je umi ni" kataku.

"Dah lah,umi pergi dulu. Banyak lagi kerja kat dapur. Nak masak untuk petang ni pulak. Bye..mama dah tunggu dah tu kut" Belum sempat aku kata apa2  umi sudah pun pergi.

Setelah beberapa minit aku duduk di sini. Aku ambil keputusan untuk naik ke bilik tapi nak pergi dapur dulu. Tolong apa yang patut. Aku masuk ke rumah menggunakan pintu belakang. Tanpa sedar,Haris dari sebelum umi datang lagi memerhatikan tindak-tandukku. Dan dia dengar segala yng dibualkan dengan umi tadi. Haris tersenyum sinis.

'You will be mine,Auni Batrisya'

                         _________________

Haris pov

Aku memasuki dapur setelah memastikan sya ada di dapur juga.(teruk betul kau ni Haris)Kelihatan sya tekun memotong carrot sambil duduk di kerusi yang disediakan di depan kabinet. Senang kata dapur ni berkosep kan open kitchen. Jadi, ada satu meja kabinet panjang ditengah2 dapur yang disediakan singki dan beberapa buah kerusi. Ala..pandai2lah korang bayangkan ek?

Umi dan mama rancak berborak sampai tak sedar kehadiranku. Umi sedang mengupas bawang manakala mama sedang memotong kentang dan membelakangi aku. Mereka membuat kerja di singki sebelah sana bukan di kabinet yang aku cerita tadi.

Aku menggeleng kepala. Tujuan aku bukan nak berjumpa mereka tetapi...jeng jeng jeng. Aku nak jumpa buah hati.(ceh)

Aku melabuhkan punggung di kerusi sebelah Sya. Dia seperti terkejut dan mengangkat muka. Selepas melihat wajahku terus dia menunduk dan  meneruskan memotong carrot. Comel. Aku menongkat tangan di atas meja kabinet. Daguku diletakkan di atas tangan sambil memerhatikan dia. Sya seperti tersedar aku memerhatikan dia. Makin gelabah dia membuat kerja. Sampai aku nampak tangan comelnya menggeletar. Comel la dia ni. Hahaha.

"Kenapa abang pandang sya macam tu?" Tanya dia tanpa melihat mukaku.

"Saja" jawabku

Aku memerhatikan dia sampai carrot yang dia potong siap. Dia bangun dari tempat duduknya.

"Umi,ni..carrot nya. Sya naik atas dulu ek?tak selesalah badan. Sorry, tak boleh tolong banyak" aku tersentak. Kenapa awal sangat naik atas?takut ke dengan aku?

"Ok. Eh,Haris..dah lama ke kamu sampai?" Tanya umi. Sya sudah hilang dari pandangan.

"Dari tahun tahun lepas lagi. Perempuan kalau jumpa...hmm.." selorohku sambil memasukkan sedikit sindiran.

"Ish..kamu ni" kata mama pula.

"Haris pergi dulu ye?" Tanpa mendengar apa-apa jawapan dari umi dan mama,aku terus berlalu pergi. Sebenarnya nak kejar sya. Saja,nak kacau.

😈😈😈😈😈😈😈

Bersambung..







He Is Psycho!Where stories live. Discover now