~Bab 1:Termenung~

10.4K 251 3
                                    

10 tahun kemudian,

Sya's pov

Air mataku mengalir,mengingatkan kejadian hitam. 10 tahun yang lepas. Ikan yang hendak disiang dibiarkan sahaja.

"Hei,siang ikan menangis ke?" Kata Datin Hazierah. Aku dengan segera mengesat air mata untuk mengelakkan ibu nampak. Walaupun ibu sudah melihat dengan jelas lagi nyata.

"Mana adalah,umi. Ni ha,habuk masuk mata" Aku menafikan dan sambung menyiang ikan bawal dengan tekun. Cewah!!

"Ye la tu. Umi tahu kamu menipu kan?cer cite kat umi,kamu ada masalah ke?kalau ada,kongsilah dengan umi?"

Nak bagi tahu umi,yang anak angkat kesayangan dia tu buat aku macam...?

"Tak de pape,umi. Betullah habuk masuk mata"kataku sambil menunduk. Takut umi tahu aku menipu lagi.

"Hmm..yelah kalau macam tu. Kamu tak de kelas ke hari ni?" Umi menukar topik perbualan.

"Ada,pukul 3 sampai pukul 5"

"Ooo..bagus lah sebab umi ada jemput kawan lama umi dinner kat sini. And then, umi nak kamu ada sekali. No terperap dalam bilik" kata Umi.

"Ala..kawan umi mana satu?"tanyaku

"Kalau umi cakap,bkn kamu kenal pon" bohong umi. Padahal anaknya kenal sangat kawan dia ni.

"Hmm..yelah.." aku mengalah,bukan boleh melawan cakap umi.

"Umi naik atas dulu tau,nak solat zuhur. Kamu dah solat ke?"

"Sya cutilah umi"

"Ooo..bye"kata umi sebelum berlalu pergi.

"Bye"ujarku perlahan. Bukan umi dengar pon.

                         **************

Terkejut aku dibuatnya. Bila nampak keluarga angkatku. Setelah 9 tahun membawa diri ke luar negara,mereka muncul kembali. Terutamanya, Tengku Haris Iskandar!

Tan Sri Tengku Amar dan Puan Sri Rozana rancak berbuar dengan umi dan ayahku. Manakala Haris sedang khusyuk bermain telefon.

Aku berlagak tenang,melangkah masuk ke dalam rumah. Padahal dalam hati,gementar yang amat.

"Assalamualaikum"ujar ku. Semua orang yang berbual terhenti. Puan Sri Rozana bangun berdiri dan berjalan lalu memelukku. Aku membalas pelukannya. Walaupun anak dia perangai macam setan tapi aku tak pernah membenci ibu angkatku. Berbeza benor perangai mak ngan anak.

"Rindunya bonda dengan sya. Makin cantik sekarang ye" bonda melepaskan pelukan dan memimpin tanganku ke ruang tamu.

Aku perasan yang Haris melihatku macam nak makan. Aku berlagak tenang lagi.

"Sya pon rindu bonda" aku melabuhkan punggung di sebelah bonda selepas bersalam dengan umi dan abiku.

"Sya apa khabar?sihat?" Tanya Ayah,Tan Sri Tengku Amar.

"Sihat,yah" jawabku. Haris masih memandangku. Aku duduk bertentangan dengannya. Gementar.

"Sya buat air dulu ye?" Aku meminta diri. Sebenarnya nak elakkan diri dari Haris.

"Hmm...yelah" jawab umi. Nmpak akward sungguh situasi sekarang ni.

                     
Bersambung...






He Is Psycho!Where stories live. Discover now