Sya povAku perlahan2 melangkah menuruni tangga. Orang-orang yg dibawah semua tertumpu memandanku. Naik segan aku dibuatnya. Lagi malu bila Haris tunggu aku di depan tangga sambil merenung aku bagai nk telan. Sesampai anak tangga terakhir,Haris memgang lenganku yg dibaluti baju. Suka hati je pegang anak dara orang depan bapak aku pulak tu.
Haris membawa aku ke tempat makan dimana umi,bonda,ayah dan abi sedang rancak berbual sambil menikmati minuman petang.
Haris menarik salah satu kerusi kosong. Seperti menyuruh aku duduk di situ. Aku teragak2 untuk duduk. Malu sebenrnya. Lagi2 melihat umi menyenggol-nyenggol siku bonda manakala ayah dan abi tersengih-sengih. Haris mengambil tempat duduk di sebelahku.
"Uishh..belum kahwin dah tunjuk kesweetanyer. Ni yang tak sabar nak dapat cucu ni" seloroh bonda. Terhambur gelak masing2 kecuali aku dan Haris hanya tersenyum.
"Apalah awak ni,Rozana"kata ayah kepada bonda.
"Tapi,betul ke sya terima lamaran Haris?" Tanya umi dengan lebih prihatin. Aku yang sedang minum terus tersedak. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Haris yang acah2 caring itu memberi air kosong dan menepuk2 belakang badanku.
"Baru tanya tu dah tersedak. Kalau tanya bila nak dapat anak dah tersekik agaknya" kata abi sambil tergelak2 diikuti ayah.
"Tak baiklah,abi ni" ujar aku selepas sedikit tenang.
"Sya..tak jawab lagi soalan umi. Sya setuju ke tak?" Tanya umi serious.
"Sya..sya..sya terima,umi. Lagipon sya kan dah kenal abang Haris lama"kataku teragak2.
"Alhamdulillah. Bagus lah tu" kata Puan Sri Rozana sebelum menghirup air teh o panas.
"Tapi sya ingat nk tunang dulu baru kahwin" jawabku. Aku menoleh ke arah Haris. Mukanya seperti menahan geram. Aku segera berpaling ke lantai.
"Ish..buat ape nk tunang kahwin jelah terus. Kan dah lama kenal" Bantah Datin Sakinah. Ceria terus muka Haris bila mendengar bantahan umi.
"Biar je lah dorang nak buat pertunangan dulu. Tak nak lah nampak gelojoh sangat" Jawab Abi tenang. Muka Haris nampak keroh semula.
"Aku tak kesah. Asalkan dorang disatukan. Betul tak,bang?" Tanya Puan Sri Rozana.
"Haah..betul lah tu" kata Ayah dengan acuh tak acuh sebab ayah tengah main telefon sebenarnya.
"Ish,abang ni" kata bonda. Seperti merajuk.
"Yelah. Betul lah tu"kata ayah bersungguh2.
Umi dan abi hanya tersenyum melihat gelagat suami isteri itu.
Mereka bersembang itu dan ini. Hanya aku sahaja yang mendiamkan diri. Kadang2 saja aku menyelit. Haris pon turut bersembang rancak.
Kira2 pukul 5:30 pm. Mereka pulang selepas menunaikan solat asar. Leganya rasa hati ni!
Walaupon hanya seketika...
Bersambung...

YOU ARE READING
He Is Psycho!
AléatoireAku benci dia. lelaki psycho. Dalam ramai2 lelaki,kenapa keluarganya harus memilih lelaki psycho tu? Nasib si gadis malang,Auni Batrisya bt Dato'Halim yang dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Tengku Haris Iskandar bin Tan Sri Tengku Amar. Buka...