▪ tiga ▪

3.3K 239 5
                                    

■ ♡♡♡

MENJUAL WAFFLE tak pernah sekalipun terlintas di fikiran King ketika menempuh alam universiti. Malah belajar membancuh tepung sekalipun, tak terjangkau dalam perancangan masa depannya.

Siapa sangka idea gila yang pada mulanya diutarakan oleh Muiz dengan niat untuk bergurau, ketika mereka di tahun dua dalam pengajian, boleh bertukar menjadi satu aktiviti yang paling menyeronokkan dalam hidup King.

Kerana melalui bisnes mereka, King berubah menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan sekeliling. Pemerhati, dan mungkin pendengar yang setia.

Contohnya, jika dia tidak membuka gerai di tepi perhentian bas ini, mustahil King berjaya menyelamatkan anak kucing yang hampir dilanggar bas satu ketika itu.

Dan jika Muiz tidak pernah menyuarakan cadangan untuk menjual Waffle, mana mungkin juga King tahu tentang kewujudan seorang pelajar Tahun Tiga bernama Nadia Farhana dalam satu universiti yang sama.

Gadis yang perlahan-lahan menarik perhatiannya, seperti sekarang.

"Peanut Butter, satu," pesan gadis itu tanpa mengangkat muka, sedangkan King sudah benar-benar rindu untuk menatap mata bundar milik pelanggan tegarnya.

Apatah lagi sudah lebih seminggu gadis itu tak berkunjung ke gerainya membeli Waffle seperti biasa. Gadis itu seperti cuba mengelak dari bersua muka dengannya sejak pertemuan mereka di perpustakaan universiti minggu lalu, atau mungkin ini cuma firasadnya saja.

Tangan King mula lincah membuat kerja, sambil matanya tak lepas memerhatikan pipi Nadia Farhana yang tampak merah jambu.

"Topping nak—"

"Chocolate Syrup, I know." King memintas dengan bangganya. Dia menayangkan sengih, tetapi apabila gadis itu terlalu cepat melarikan sinaran matanya, serta-merta senyum di bibir King mula pudar.

Tetapi, sebaik saja telinga King menangkap suara tawa Nadia Farhana yang bagaikan muzik melankolik di telinganya, automatik perasaannya kembali melonjak gembira dan tanpa sedar mengeluarkan kata pujian di depan gadis itu, "Nice."

What the hell, King?

"Kenyang ke lunch makan Waffle aje?" soal King, cuba mengubah suasana kekok sebentar tadi.

"Err, bolehlah." Nadia Farhana menjawab seperti tak berperasaan.

King tersenyum simpul. Hatinya tiba-tiba bersuara nakal, "Ke awak kenyang tengok saya?" Cuma tanpa sedar, mulutnya turut mengucapkan setiap bait kata itu dengan kuat dan lantang!

Mata King terbuntang.

WHAT'S WRONG WITH ME?!

"Ap-apa.. maksud awak?"

King panik. "Entah." Dia mengangkat bahu dan mula melalut macam orang hilang punca. "Saya rasa macam awak kenal saya, betul ke? Saya tahu awak selalu datang beli Waffle kat sini, tapi kita pernah kenal ke sebelum terjumpa kat library hari tu?"

Nasib baiklah waktu ini tiada pelanggan lain selain si cantik manis ini.

Tak berapa lama menanti jawapan yang belum kunjung tiba, timer mesin pemanggang tiba-tiba berbunyi. King menyumpah dalam hati kerana masanya bersama Nadia Farhana sudah semakin suntuk.

Butter dan Peanut mula disapu ke atas kek Waffle dengan lemah gemalai. Sengaja dia ingin melengahkan masa. Baik juga Jimi dan Muiz belum sampai ke gerai. Kalau tidak, tentu aksinya sudah dipersoalkan oleh dua binawe itu.

"Lama lagi ke ni?" soal Nadia Farhana.

"Sekejap lagi. Awak boleh tunggu kan?" King mengukir senyum.

Kebiasaannya, 20 minit pun gadis itu sanggup menunggu. Dan sifat sabar yang mencapai tahap dewa itulah yang hingga ke saat ini membuatkan King tertanya-tanya tentang motif Nadia Farhana datang membeli Waffle di gerainya.

Awalnya, King ingatkan gadis misteri itu memang peminat tegar Waffle. Tetapi firasatnya mula ragu-ragu apabila Nadia Farhana tidak pernah sekali pun mengadu, atau membantah apabila King dengan sengajanya – niat ingin menguji – menyiapkan pesanan Waffle pelanggan yang datang lebih lewat dari gadis itu.

Musykil, bukan? Sesuatu sangat.

"Not today," jawab gadis itu sambil terburu-buru mengeluarkan dompet. "Saya ada kelas sekarang. Ini duit ganti rugi. Bye!" sebaik saja wang kertas itu diletakkan di atas kaunter, Nadia Farhana langsung lenyap dari pandangan King, membuatkan rahangnya jatuh, melopong.

No way!

King langsung bertindak. Sepantas kilat Waffle yang sudah siap dilimpahi demgan sirap Coklat Hershey® itu disumbat berhati-hati ke dalam pembungkus.

Sempat juga dia menuliskan pesanan ringkas di atas kertas pembungkus itu, sebelum bergegas ke bangunan kuliah.

Sepuluh minit kemudian, King sudah melangkah keluar dari bangunan itu dengan satu senyum kemenangan bergayutan di bibirnya. Dia tak tahu apa namanya perasaan ini, tetapi yang penting dia gembira.

Gembira membuat gadis itu gembira.

Ya, dia yakin gadis itu gembira, kerana dari mata Nadia Farhana saja King sudah dapat membaca perasaan yang bergolak dalam hati gadis itu.

Ada sesuatu tentang King, yang gadis pemalu itu ingin tahu. Dan jika perasaan yang muncul dalam hati Nadia Farhana itu adalah C.I.N.T.A buatnya, King akan pastikan yang gadis itu tak akan bertepuk sebelah tangan.

Kerana, percaya atau tidak, dia juga mula merasakan yang sama. Gosh!

Sekembalinya King ke gerai Waffle, pandangannya terus bertembung dengan dua muka bengis seakan naga. Kalau dalam cerita kartun, boleh nampak kot asap yang keluar dari telinga dan hidung mereka.

Ops!

"Kau pergi mana King? Biar gerai tak berkunci! Duit atas kaunter! Kalau kena tibai tadi dengan entah siapa-siapa macam mana?!" amuk Jimi macam kucing hilang anak.

Muiz di sebelah Jimi menyokong sambil bercekak pinggang.

King menarik sengih. "Err... tandas?"

"The hell, pergi tandas!" Muiz menyampuk dengan sumpah seranah. "Tandas arah sana," sambil menggawangkan jari telunjuk ke arah yang bertentangan dari bangunan kuliah. "Kau muncul dari sana!"

King melepaskan keluhan, sambil mengira duit keuntungan niaga mereka sebelum dia memecut keluar mengejar Nadia Farhana tadi. "Tandas sana tak ada air. Aku pergilah tandas lain," dalihnya, kerana sejujurnya, dia masih belum bersedia untuk berkongsi perasaan aneh ini dengan sesiapa.

"Duit tak berusik pun, see. Semua ada, jangan risaulah," tambahnya selepas menyimpan keuntungan mereka dengan selamat.

"Last warning, King."

Tawa King terhambur ke arah Jimi yang paling bersungguh antara mereka bertiga dalam perniagaan separuh masa mereka.

"Yeah, whatever." King menjulingkan mata sebelum memalingkan muka ke arah Muiz yang sudah berdiri di depan meja pemanggang. "Futsal malam ni, still on ke dengan geng Abu?"

Muiz ketawa seharkat. "Gila tak on."

"Cun."

"Rule 'kalah belanja mamak' boleh pakai lagi tak?" tanya Jimi sambil menambah stok perisa ke dalam bekas sedia ada.

"Mesti. Itu aje pun rule yang ada."

Ketawa mereka bergabung, menggegarkan satu gerai, menarik beberapa pasang mata dari pondok menunggu bas.

May the best man wins.

Bab 3 - Edited

Kalau Jodoh [✔]Where stories live. Discover now