▪ lapan ▪

3.3K 228 2
                                    

■ ♡♡♡♡♡♡♡♡

MASA SEPERTI berputar terlalu pantas sejak Nana melangkah ke tahun terakhir pengajiannya sepuluh bulan yang lalu. Pejam, celik, hanya berbaki seminggu saja lagi sebelum dia tiba di penghujung semester.

Masa untuk bersama pensyarah kesayangan, dan sahabat seuniversiti juga sudah semakin suntuk. Nana mula terasa kosong dan sunyi.

Tetapi perasaan ini mungkin tak seteruk saat pertama kali dia terpandangkan gerai Waffle kegemarannya yang berbungkus dan lengang di sebelah pondok bas utama universiti.

Satu nafas panjang dilepaskan apabila dia sedar yang masa emas itu tak mungkin boleh diulang kembali. Saat dia masih ada di depan mata.

"Na, kau tunggu siapa sebenarnya?"

Soalan Madiha, rakan serumah Nana itu dibiarkan sepi. Dia tak berani menjawab. Jawab, bererti dia memberi ruang kepada insan lain untuk mengetahui isi hatinya.

Nana tak sukakan pendekatan itu, jika melibatkan soal hati dan perasaan. Biarlah hanya Tuhan saja yang tahu.

"Aku dengar kau reject Fahrin budak Law satu Kelab Kembara dengan aku tu. Kenapa?"

"Aku tak suka dia, Madi," ringkas balasan Nana.

Madiha mengeluh sambil melontarkan sebiji batu ke Tasik Cendekia di hadapan, sebuah tasik buatan di tengah kawasan universiti mereka. Niat Madiha mengajak Nana beriadah petang ini memang mahu membongkar isi hati sahabat baiknya itu. Dia tak akan berundur, sebelum mendapatkan jawapan dari mulut Nadia Farhana itu sendiri.

"Salah aku ke, Madi?"

"Tak."

Sepi mengisi mereka.

"Kau tunggu seseorang?"

Nana diam lagi. Hampir setahun dia tidak bertemu lelaki itu, namun perasaannya masih belum berubah. Masih seperti dulu.

Nana diberi peluang untuk bersemuka dengan King di hari konvokesyen lelaki itu tujuh bulan lalu, namun terpaksa disiakan kerana tugas yang jauh lebih penting.

Mungkin nasib memang tidak menyebelahi Nana apabila dia diarahkan oleh pensyarah subjek tesisnya pada hari itu ke Terengganu untuk mendapatkan maklumat berkaitan projek kajiannya.

Tetapi sempat juga Nana titipkan mesej berbaur tahniah ke telefon pintar King.

Cuma, sampai ke hari ini, dia masih belum menerima sebarang balasan dari lelaki itu walaupun hanya sekadar ucapan: terima kasih. Siapa sangka a simple blue tick boleh membuatkan Nana hampir separuh gila memikirkan tentang keberadaan King.

Telefon? Langsung tak diangkat, menyebabkan Nana menyimpulkan bahawa King benar-benar ingin memutuskan persahabatan mereka. Mungkin juga lelaki itu sudah bertemu dengan 'isteri' yang dicari-cari selama ini.

"Betul kan?" desak Madiha.

"Tak."

"Oh come on, Nana." Suara Madiha naik seoktaf. "Aku kenal kau sejak dari zaman matrikulasi lagi, sampailah kita sama-sama ambil Degree sekarang. Aku tak pernah sekalipun dengar kau bercerita pasal lelaki yang kau suka atau menggatal dengan lelaki. Semua lelaki kau tengok macam tengok kambing. Kenapa? Sebab hati kau kat orang lain kan?" tebaknya.

Nana tak menjawab. Mengiyakan tidak, menidakkan pun bukan. Dia cuma membongkokkan badan, sambil tangannya mula mengutip batu-batu kecil yang terdampar di tepi tasik itu.

"Sejak bila ni, Na?" Madiha senyum sambil mencuit lengan sahabatnya.

"Excuse me?" Nana memandang Madiha dengan pelik. "Aku tak kata apa pun kan?" dalihnya. Batu yang pertama dibaling ke tengah tasik.

Kalau Jodoh [✔]Where stories live. Discover now