■ ♡♡♡♡♡
BEKU, TERPAKU Nana dalam posisinya. Mata langsung tak lepas merenung manusia di hadapan yang dengan selamba bersandar sambil memeluk tubuh di sisi Myvi biru itu.
King.
Pandangan Nana jatuh pula ke arah Anne, Dora dan Fiziani yang turut berdiri sama di sebelahnya, berceloteh – memberi komen masing-masing tentang personaliti lelaki yang hanya berjarak lima langkah di depan mereka.
"Korang boleh tutup mulut sekejap tak?" saran Nana tajam ke arah tiga rakan sekelasnya.
Fiziani tergelak besar. "So, itulah dia? Not bad, Nana. Big catch!"
"Bakal arkitek kau kata? Pergh, Nana. Pergh!" Dora yang bertubuh tinggi dan gempal menyenggol bahu Nana sampaikan dia rasa nak tersungkur menyembah bumi.
"Tolong, guys! Dia pun masih student kat sini okey? Lagipun, dia cuma tolong hantar aku aje," sangkal Nana dulu, sebelum rakan-rakannya cuba menyimpulkan sesuatu yang tidak benar.
Sudah tentu, Nana tak pernah menceritakan kepada sahabat baiknya tentang Waffle dan anak kucing yang menjadi asas hikayat ini bermula.
Kalau boleh Nana tak mahu sesiapapun tahu, kerana baginya, perasaan yang muncul seiring dengan itu terlalu istimewa untuk dikongsikan dengan orang lain.
Apatah lagi, Nana masih keliru kerana ini merupakan pengalaman pertama yang dia alami dan rasai sendiri.
Jadi biarlah dia kongsikan kesucian perasaan itu hanya dengan Yang Maha Mengetahui, supaya niatnya tidak dicemari dengan bisikan negatif.
"Dia datang! Dia datang!" tingkah Anne mula menggedik membuatkan Nana menjulingkan mata.
"Dah... habis kelas ke?" suara King berkumandang sedikit gugup. Dia pun tebal muka sebenarnya.
Macamlah King tak boleh agak apa yang dibincangkan oleh Farhana dan kawan-kawannya tadi. Kalau mata tu asyik menjeling aku, sahlah tu mengumpat aku!
Nana berdehem. "Awak buat apa kat sini?"
"Tunggu awaklah."
Anne, Dora dan Fiziani mula gamat dengan sorakan dan siulan, sambil bertepuk-tampar sesama mereka. "Encik King, kalau nak bawa balik Cik Nana, silakanlah sebelum Cik Nana kita ni lari," usik Anne sebelum ketawa terkepit-kepit.
"Lari?"
Tanpa mengendahkan pertanyaan King, Nana terus berpaling ke arah tiga orang sahabatnya. "Eh korang, aku balik tumpang kereta kaulah Dora. Kan aku dah cakap tadi." Tangan gadis sebayanya itu laju dicapai dan digenggam seerat yang boleh.
"Farhana, saya hantar awak baliklah. Kan kita duduk satu tempat tinggal aje." King mencelah dengan rasa bersalah yang menggunung kerana mempermainkan gadis itu dua jam yang lalu.
Anne dan Fiziani makin galak. "Uwuu."
"Err... maksud saya satu kawasan apartment." King membetulkan kata-katanya supaya tak disalahertikan.
"Kitorang fahamlah kalau pasal tu Encik King. Tak payah gelabah," balas Fiziani bersulam tawa. "Erm, okeylah Na, kitorang pergi dulu. Jumpa kat kelas esok. Tata! And Good Luck, Mr. King!" Fiziani, Anne dan Dora sudah melambaikan tangan sambil menjauhi pasangan itu.
Membuatkan Nana menjerit, "Eh, korang, tunggulah!" Dia ingin mengejar, tetapi...
"Farhana."
"Apa?" soal Nana dengan gaya menengking. Tajam matanya merenung ke arah lelaki itu.
King terkebil-kebil, seriau sekejap. "Err... kereta saya kosong?"
"Tadi kata tak nak tumpangkan!"
"Saya gurau ajelah!" King tergelak. "Kenapa? Awak nak tunggu saya bentangkan karpet merah dulu ke baru awak sudi nak naik Myvi cabuk saya?" cabarnya sambil menyang sengih.
"Diamlah!" Nana menjeling garang sambil meluru ke arah kereta yang dimaksudkan.
•
•
•
RASA BERSALAH Nana terhadap King datang bertimpa-timpa kerana telah menengking lelaki itu tadi tanpa usul periksa.
Nana menggigit bibir sambil menjeling orang di luar yang sedang mengangkat ibu jari kanan ke arahnya.
Tiba-tiba tingkap Kancil Nana diketuk lelaki itu. Enjin terus dimatikan, sebelum dia meluru keluar dari kereta.
"Macam mana? Dah okey kan?"
Nana mengangguk. "Bila awak baiki kereta saya ni, King?"
"Tadi, lepas hantar awak, saya balik nak ambil member ajak sarapan. Masa tengah tunggu tu, saya nampak kunci kereta awak tertinggal kat dalam kereta. So, saya pun tolonglah panggilkan mekanik yang saya kenal. Serius, tak susah pun," beritahu King sambil bersandar pada sisi kereta Myvi yang diparkir di sebelah Kancil putih milik Nadia Farhana.
"Terima kasih, King." Nana menarik senyum. "And sorry, sebab marah awak tadi. Saya—"
"Kasih diterima," pintas King laju. "Sekarang baru nak senyum. Tadi dalam kereta bukan main ketat lagi muka tu. Pandang saya pun macam tak sudi," usik lelaki itu lagi.
"Sorry, okay?"
"Itu aje ke yang awak pandai cakap? Sorry, bye, thank you, okay," balas King dengan mimik muka mengejek.
"Habis tu awak nak apa lagi? Oh! Awak nak saya belanja makan ke? Waffle?"
"Waffle kan saya yang nak belanja awak, Farhana."
Nana menjulingkan mata. "Okey, awak nak makan apa? Pilihlah."
Bola mata King automatik bersinar persis bulan purnama. "Seriously?"
"Hmm." Nana mengangguk.
"Apa-apa pun tak kisah?"
"Ya, King. Apa saja yang awak nak."
King tersenyum menang. "It's a date, then."
Nana bungkam seketika. Wajah riang ria King dipandang lama, memproses agenda di sebalik maksud kata-kata itu. "Cis," tuturnya rendah tanpa berfikir.
Sekurang-kurangnya, itu berjaya membuatkan lelaki itu ketawa besar.
•
•
•
Bab 5 - edited
YOU ARE READING
Kalau Jodoh [✔]
Короткі історії----- [C] ----- Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, tak siapa boleh menghalang takdir Tuhan. Dulu, Kerana aiskrim, Nana sanggup jadi pengantin perempuan Kai. Kalau cinta, lepaskan Kalau sayang, doakan Sekarang, Kerana anak kucing, Nana jatuh cinta p...