Marah lagi ke?" jihyo ditempat duduk sebelah hanya menjeling si pemandu.
"Eleh, itu pun nak marah. Belum aku buat yang lebih advanced lagi. Dan nasib kau baik sebab aku belum belajar yang lebih 'advance' tu tau!" komen sehun bila pertanyaannya dibiar sepi tanpa jawapan. Jihyo merengus. Sejak bila otak si sehun tercalar ni? Harus aku clorox dan divanishkan berulang kali ni, biar hilang sikit kekuningannya.
"Kalau kau cakap lagi pasal hal ni, aku terjun dari kereta.. haa.."
"Terjunlah kalau berani!" sehun mencabar. Song jihyo empunya badan memang pantang dicabar orangnya. Nama pun peguam! Tapi cabaran yang satu ini, agak bodoh jika dibuat. Baik tukar strategi..
"Baik, aku takkan terjun. Aku cuma takkan teruskan majlis ni. Kau bersandinglah sorang-sorang! Nak?" uik! Memang suka main ugut-ugutlah dia ni!
"Tak nak tak nak.. Sorry sorry. Aku gurau aje tu." sehun mencuit hidung mancung jihyo . Gembira saja hatinya.
"Tau takut!" jihyo menjeling lagi.
Makin lama si sehun ni makin berani sentuh-sentuh dia. 'Memanglah halal, tapi aku dan dia dari dulu bestfriend. Kalau sampai sekarang kami stay sekadar bestfriend saja tak boleh ke? Although we are technically married. Jangan si sehun melebih-lebih sampai ketahap mahu meminta 'hak' dia sudah. Aku ceraikan jugak mamat ni dengan talak 5!' jihyo membuang pandang ke luar.'We are not just technically married. We are meant to be together. Tak boleh ke hyo terima saja yang aku ni memang jodoh yang sudah ditetapkan untuk dia?
Aku takkan meminta lebih-lebih selagi hati dia bukan milikku. I don't want to ruin everything we have now. Bestfriend pun bestfriendlah Song jihyo . Upgrading still gonna happen! 'sehun memandu tenang.
"WHAT? Hijau? Euw.. Aku nak pink!"
"Laa.. Takkan nak tukar last minit pulak? Kita datang ni nak cek saiz aje, bukannya tukar terus!"
"Tukar ajelah! Itu pun tak boleh ke?" sudah keluar aura-aura menyinga dari suara jihyo . Beberapa pasang mata mula memandang mereka.
"Bukan tak boleh. Tapi susahlah kalau.." tak sempat sehun menghabiskan ayatnya, jihyo sudah mencelah.
"Ah! Aku tak kira. Aku nak pink, aku nak pink jugak!" volume suara peguam memang macam ni agaknya. Tahu naik saja tak turun-turun! Untuk mengelakkan muka yang sedia malu ini makin menebal, cepat-cepat sehun menolak jihyo masuk kedalam fitting room itu sambil menekup mulut isterinya itu. Tabir hitam segera ditarik.
"Shh! Kalau tak suka pun tak payahlah jerit-jerit! Buat malu ajelah.."
"Wmhwmomnom!"
"Apa nom?" sehun pelik. Oh, tangan kasar sehun masih menekup bibir jihyo rupanya! Tangan dilepas dan jihyo segera menghirup oksigen. Lega!
"Nak bunuh aku ke apa?" Marah jihyo dengan nada yang perlahan. Tak mahu tangan masin sehun itu terasa dilidah lagi. Puihh!
"Kenapa taknak hijau?" sehun bertanya.
"Hijau ni macam pokok berjalanlah. Pink kan comel! Pink okey?"
"Pink tu kan girlish sangat. Kau nak, hubby kau nampak macam jambu? Jambu air?"
"Sweet apa! Daripada warna hijau..."
"Favorite colour arwah omma kau ..." sehun memotong kata jihyo . Kali ni jihyo kematian kata."Okay. Fine. Tapi kalau kita buat dua persalinan boleh? First hijau, pastu baru pink. Okay?" jihyo masih tidak mahu berputus asa. Sudahlah masa majlis dirumahnya dulu cuma pakai baju nikah warna putih tu aje! Jihyo nak jugak rasa pakai baju pengantin idaman dia. Boleh jadi ini first and last wedding dia.. eh?