bab 15

76 12 0
                                    

Hyo… kau tak apa ke?” jihyo mengerutkan dahi mendengar pertanyaan suaminya. Kepala diangkat tinggi memandang sehun

“Apanya?”

“Ye lah, baru seminggu nikah dah ditinggalkan suami. Kau okey aje kan?” sehun menyentuh kedua pipi jihyo . Jihyo menepis. Over pulak laki aku ni. Seminggu nikah apanya! Short term memory lost ke apa?

“Apa yang tak okey nya? Kau pergi kerja aje pun, bukannya cerai dengan aku ke apa. Aku sendiri pun dah start kerja balik ni..” jihyo kembali menghadap cermin membetulkan mekapnya.

Ingatkan kenapalah si cik suami ni panggil nama dia tadi. Hari ini dia akan masuk kepejabat seperti biasa semula. Takpayah nak cuti lama-lama sangat walaupun kerja dekat syarikat bapak sendiri okey..

“Tau lah. Aku takut kau rindukan aku aje nanti, pasal tu aku tanya siap-siap.” Tutur jihyo sambil memeluk pinggang jihyo . Isterinya itu membiarkan.

Dilarang pun bukannya dia takkan buat lagi. Lagipun sekarang ni mereka dalam territory si sehun yakni rumah omma. Nanti dipanggilnya pulak omma oh tu. Huh.. Sabar aje lah!

“Confirm tak rindu punya lah..” yakin jihyo menjawab. Mascara disapu berhati-hati pada bulu matanya. Ikutkan hati malas dia hendak bermekap-mekap ni. Namun sebagai seorang peguam dia harus tampil elegan dan berkarisma dengan menempekkan barangan kosmetik pada wajah.

“Okey, kalau macam tu aku ingat nak stay lama sikitlah dekat Australia tu.” sehun cuba menguji tetapi reaksi yang diterimanya hanya..

“Aik? Takkan honeymoon sorang diri kot? Tapi aku tak kisah.. aku izinkan kau. Hahaha!” jihyo tertawa membayangkan forever alonenya si sehun di sana jika benar dia menetap lama.

“Honeymoon berdua dengan kau pun tak maknanya jugak..” ujarnya meleret dan berkias. Segera dia melepaskan pelukan. No feeling betul wifey aku ni.. Langkahnya longlai diatur menuju almari untuk mencari tali leher.

“Amboi! Makan dalam nampak?” omel jihyo yang hanya memandang sekilas kelibat sehun yang sudah menjauh. Setelah berpuas hati dengan penampilannya jihyo beralih perhatian kepada sehun. Suaminya yang berdiri dihadapan almari itu dihampiri lalu dia membantu membetulkan tali lehernya. Sehun mengusap pipi isterinya. Tiap kali dia terbang, pasti dia akan ingat pada jihyo. Macam tak sanggup aje jalankan tugas. Tak sesuai sungguh jadi pilot nampaknya.

“Ei, jangan peganglah! Rosak blusher aku nanti..” manja jihyo menghalang. Takkan nak marah-marah sebelum budak ni pergi pulak kan? Kang merajuk siapa susah?

“Blusher pulak dirisaukannya? Hmm.. yang kau mekap over the top hari ni kenapa?” tanya sehun pelik. Matanya pula sedang mengimbas jihyo atas bawah depan belakang. Selalunya pakai hitam putih aje pergi pejabat. Ni siap pakai shawl leher ada bunga-bunga warna peach ni apehal?

“Ye ke over? Biasa aje pun..” bidasnya lalu menggosok bahu si suami setelah berpuas hati dengan ikatan necktienya. Sebelum mereka berkahwin lagi jihyo sudah biasa menyiapkan sehun bersama tali lehernya tapi dalam keretalah.

Bukannya si sehun tidak pandai, cuma mengambil masa yang agak lama untuk menjadi a.k.a lembab. Kalau si jihyo tidak dapat menghantar sehun ke airport, omma oh lah yang menjadi harapan untuk memakaikan dia necktie.

“Macam over sikit dari yang sebelum ni aje aku tengok? Ni mesti ada apa-apa ni.. ke.. kau ada skandal baru dekat ofis tu? Sebab tu kau pakai lawa-lawa mekap tebal-tebal kan? Dan sebab tu jugak kau tak kisah aku stay Australia lama-lama.. Betul atau tak apa yang aku cakap ni?” sehun menyerkap jarang. Terbeliak mata si jihyo mendengarnya. Suka hati aje fitnah orang macam-macam!

“Ha’ah! Memang ada pun! Peguam baru kena hired dengan lisa minggu lalu. So young so hot lagi!” dengan sengaja jihyo menyimbah petrol keatas api. Sehun hanya dengan muka selambanya. Dia tahu jihyo sengaja berkata begitu kerana dia sendiri sengaja membuat spekulasi melampau. Boleh dikatakan satu korea tahu mereka sudah berkahwin, ada hati nak affair dengan pekerja firma bapak sendiri pulak? Cari nahas namanya tu.

“Kalau macam tu kirim salam dekat dia ya?” sambil tersengih-sengih lagi dia mengatakannya pada jihyo. Memang pakar dalam menyakitkan hati!

“Okey! Hmm.. kalau macam ni memang amanlah rumah tangga kita. Madu yang tak bermusuh. Thanks kerana memahami sayang!” balas jihyo dan dengan sengaja dia mengetatkan tali leher sehingga hampir membuatkan sehun mati tercekik. Terbatuk-batuk kawan itu sebelum dia melonggarkannya kembali. Jihyo hanya melemparkan senyuman sinis sambil bercekak pinggang. Puas rasa hati. Sehun baru sahaja ingin membuka mulut untuk berbicara dihalang oleh bunyi panggilan telefon isterinya. Segera jihyo menyambut memandangkan si pemanggil adalah ayahnya sendiri.

"hello appa..” sapanya bersambut. Sambil berbual ditelefon langkah diatur ke meja kerja sehun untuk mengambil handbag. Jihyo kelihatan tergesa-gesa. Sehun turut mengambil beg pakaiannya yang sudahpun siap dipacking oleh jihyo malam tadi. Dia mengandaikan yang jihyo perlu bertolak sekarang juga.

“Kenapa tu?” soalnya risau. Kot-kot ada apa-apa berlaku pada bapa mertuanya. Jihyo hanya menggeleng sambil tangannya lincah menaip mesej. Sehun tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

“Kalau ada apa-apa kenapa kau nampak risau aje?”

“Appa suruh aku pergi pejabat sekarang jugak. Ada isu peguam dari Teacyeon makan rasuah!” jelas jihyo. Dia dilanda risau. Belum pernah ada kes sebegini yang berlaku dalam firma guaman milik appa dan rakan kongsinya itu. Lisa pula tidak dapat dihubungi dan mesej juga tidak berbalas.

“Kes berat tu!” sehun turut sama bimbang.

“Aku kena singgah rumah kejap nak ambil briefcase. Err.. Hun , rasanya aku tak dapat nak hantar kau lah..” jihyo merasa bersalah kerana awal-awal lagi dia sudah berjanji untuk menghantar sehun ke airport malah menemani dia bertemu dengan beberapa rakan baik sehun yang tidak dapat menghadiri majlis resepsi mereka tempoh hari. Sehun hendak tayang dirinya konon.

“Takpe.. nanti aku minta appa hantarkan. Kau uruskan hal ni dahulu. I understand.” Bahu isterinya dipegang kejap sekadar memberi semangat. Jihyo melepaskan keluhan.

“Hey.. Everything is gonna be fine okey?

“Hmm.. Okey. Thanks sahabat..” balas jihyo lemah.

“Tapi kalau betul ada orang aku yang makan duit haram tu memang aku sendiri pergi sulah dia!” sambungnya tiba-tiba. Tangannya digenggam membentuk penumbuk yang pastinya memang padu. Sehun sendiri pernah kena sampai senak perut dibuatnya.

“Uish.. Suka hati nak main sulah orang eh! Tak adalah sampai macam tu hukuman dia. Nama aje attorney, tapi law pun tak tahu.” Guraunya cuba menukar mood jihyo. Sedar yang jihyo sedang tegang ketika ini.

“Aku tahu. Tapi ni dah sampai menjatuhkan nama firma!”

“Ya..But belum pasti betul-betul ada kan? Rilek lah.. kitkat kan ada!” hidung mancung isterinya dicuit. Cepat betul distress my bini ni…

“Banyaklah engkau punya kitkat. Okeylah, aku gerak dulu. Again, sorry kay?” jihyo menghulurkan tangan. Sehun mengangkat kening. Nak salam aku ke?

“Ish..” jihyo akhirnya sendiri menarik tangan suaminya melihatkan sehun yang tidak berbuat apa-apa. Disalam dan dicium tangan kasar itu penuh hormat. Sehun masih lagi sukar percaya. Selalunya mahu disuruh atau dipaksa baru dia melakukan perkara sebegitu.

" Annyeong Bye!” jihyo sempat melambai sebelum bergegas keluar dari bilik sehun. Sehum terkebil-kebil sambil merenung tangannya. Hmm.. Ada improvement nampaknya.

Tiba-tiba sehun teringatkan sesuatu. Dia belum memberitahu jihyo yang dia benar-benar akan stay for a week in Australia! Tanpa membuang masa sehun segera mengejar jihyo. Namun sudah terlambat bila BMW X6 milik isterinya itu baru saja keluar dari pintu pagar. Hmm.. call ajelah nanti.

Mencintaimu ❤Where stories live. Discover now