Pintu bilik air dihempas tidak memedulikan isterinya yang sedang berdiri dihadapan pintu. Isteri yang mulai runsing mengeluh perlahan.
Marah betul nampak Mr. Husband itu. Sampaikan maafnya pun ditolak mentah-mentah. Penjelasan jua sudah diberi tetapi sehun tetap dengan pendiriannya. Salah jihyo jugak.. Sehun sudah awal-awal tidak memberi kebenaran, dia berkeras untuk pergi. Sekarang jadi satu hal lagi kena memujuk sehun
“Sorrylah hun! Aku cuma kesian dekat dia tak ada yang temankan hantar perabot tu semua!” laung jihyo kuat cuba menyaingi bunyi pancuran air dari dalam bilik air.
“Orang tu beli banyak sangat barang dari garage sale tu, tapi dia tak ada kereta nak hantar! Tea volunteered, so did I! Dia tak paksa aku pergi pun..” jelasnya lagi. Tiada balasan tetapi bunyi air sudah tidak sekuat tadi. Dia tukar pergi paip kot. Mandi tab agaknya. Sempat jihyo membayang.
“Aku pun tak sangka dia bawak aku pergi jalan-jalan.. aku on ajelah.. Queensland street tu.. Gila tak nak pergi..”
Masih diam. Jihyo menyambung, “Masa kau larang, aku ingat kau memain aje. Lagipun, dia kan cousin kau jugak…”
Bukk!
Pintu dibuka kasar dan wajah cemberut sehun tersembul keluar. Lelaki itu masih berbaju. Belum mula mandi pun. Dia ada jugak fokus pada penjelasan jihyo buat kali kedua itu. Cerita dia sama aje, cuma nada aje berubah. Tadi cara dia minta maaf selamba aje, yang ini baru nampak bersungguh-sungguh menjelaskan pada sehun
“Minta maaf?” pinta jihyo dengan wajah sedaya-upaya dikiutkan. Muka cute yang selalu sehun cair tu.. Sehun hanya menahan rasa. Muka serius terus ditayang. Aku tak boleh kalah!
“Biarpun dia sepupu aku, tak bermakna itu satu tiket untuk kau keluar dengan dia tanpa kebenaran aku..” mendatar saja suara itu. Perkataan tanpa ditekan. Jihyo menelan liur. Pahit! Terasa seperti dia pesalah yang diterjah oleh peguam dengan pelbagai soalan seperti yang dia selalu buat. Ini bukan pertanyaan, tapi pernyataan. Lagi parah!
“Keluar macam itu aje, bukan date pun…” perlahan namun sampai pada pendengaran sehun . Dia mendengus.
“Itu bukan persoalannya sekarang. Persoalannya sekarang, kau masih keluar walaupun aku dah larang. Itu bukan salah satu ciri-ciri isteri derhaka ke?” cukup sinis. Bab pahala dosa ni memang mudah membuatkan dia cuak. Meskipun perkahwinan mereka ‘berbeza’ dengan pasangan yang lain, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada. Sehun tidak pernah meminta lebih dari dia, dan wajar lelaki itu marah bila arahannya yang sekecil itu pun diingkarinya.
“Derhaka pada suami tu satu dosa tahu tak?” suara masih macam tadi. Tidak ditinggikan. Bukan prinsipnya meninggikan suara pada wanita. Apatah lagi wanita kesayangannya.
Jihyo menunduk. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
“Tahu…” jawabnya lemah. “Maafkanlah isteri awak ni… maafkanlah segala kesalahan saya..” sambungnya lagi. Dan ofcourse dengan kecomelan.
Sehun diam. Dari hujung rambut hampai hujung kaki aku ampunkan isteriku
“Sayang janji tak ulang lagi.. Promise!” ujar jihyo sambil mengangkat tangan kanan berikrar. Sehun menurunkan tangan mulus itu. Jihyo sudah hampir berputus asa. Haih.. susahnyaa nak pujuk orang lelaki ni. Panggil sayang pun tak jalan.. Aku peluk jugak karang!
“I can forgive you…” senyuman mula terukir dibibir jihyo.
“After you kiss me.” Membuntang mata Song jihyo mendengar permintaan itu. Kiss?? Cium?? ?? Ambil kesempatan atas kesempitan!