ABDUL RAHMAN BIN MULJAM
-
-
Seorang qari yang hafaz dan mengajar Al-Quran di mesir pada zaman khalifah Umar bin Al-Khattab terkenal dengan ibadahnya yang kerap menunaikan solat malamnya dan puasanya, terkenal dengan takwa dan waraknya dalam menjaga pandangan, lisan, tangan, dan kakinya dari maksiat
-
-
Akan tetapi siapa sangka dia adalah pembunuh khalifah ke empat iaitu Ali bin Abi Thalib. Kerana dendam dalam peperangan nahrawan dimana khalifah Ali berjaya menumpaskan gerakan fahaman khawarij.
-
-
Tanpa rasa bersalah dipancungnya kepala khalifah Ali yang sedang menunaikan solat subuh dengan pedang beracunnya sambil berkata "tiada hukum selain hukum allah, bukan milikmu atau orang-orangmu (wahai ‘ali) " lantas ia membaca ayat :
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”. [al Baqarah/2:207].
-
-
Dipendekkan cerita ibnu Muljam berjaya ditangkap dan diqisas.
-
Bagaimana mungkin seorang yang taat pada perintah allah sanggup melakukan hal terlaknat ini? Ia disebabkan oleh kerana kurangnya ilmu dalam memahami makna nas-nas Al-Quran,faktor teman dekatnya yang selalu menyuntik semangat negative mempengaruhinya, ghuluw, taksub pada kelompoknya dan sanggup memilih untuk bertindak ekstrim demi perjuangan yang disangkanya benar lantas menghalalkan pelbagai cara termasuklah keji-mengkeji, fitnah-menfitnah dan sesat menyesatkan kelompok selain dari mereka.
-
-
Dan apabila kelompok lain yang dituduhnya sesat kerana tidak mengikut fahaman akidah mereka maka ia kafir, halal darah, harta dan keluarganya..
-
-
Dari sedikit perkongsian ini korang cari sendirilah pengajaran dan kesimpulannya k asyik nak kena suap je ni haisss
Sekian, jumpa dilain hari 😉.
#ProfPaperAirplane
25 may 2018
![](https://img.wattpad.com/cover/118856938-288-k517920.jpg)
YOU ARE READING
SECERCAH ARTIKEL
RandomTentang agama tentang budaya Tentang pahala tentang dosa Tentang syurga dan neraka Tentang darul fana darul baqa' Tentang apa yang kita tentang Tentang apa yang dilarang Tentang apa yang diterang Tentang apa yang diperjuang Tentang kezaliman tent...