Isteri Akhir Zaman

28 1 0
                                    

KHAS BUAT MEREKA YANG BERGELAR ISTERI AKHIR ZAMAN.

Wahai isteri pantaulah aktiviti suamimu
Demi kebaikan kamu dan anak-anakmu dan demi keharmonian  rumah tanggamu
Jangan bersikap tidak ambil kisah acah-acah menjadi isteri yang sempoi,sporting nanti menyesal dikemudiankan hari bila tahu dia ada skandal,dia pusher,penagih dadah, gay boy dan lain-lain. Nak hujung-hujung zaman ini memang payah nak ada suami yang bertanggungjawab,setia apatah lagi soleh.Dirumah depan isteri pijak semut pun, semut tidak mati dibelakang isteri dialah iblis.Apa-apa pun bukan semua lelaki atau suami sama cuma ini dari pengalaman mata kepala saya sendiri.

Saya pesan pantau k bukan kongkong. Mencegah lebih baik dari merawat semuanya demi keluarga dan perkahwinan itu adalah perkongsian hidup antara suami dan isteri bukan suami sahaja yang layak sepenuhnya menegur menasihati dan memimpin. Dan kepada pihak suami bilamana isteri kamu bertanya kamu dimana? Apa yang sedang kamu buat sekarang? Pukul berapa nak balik be positive lah itu tandanya isteri kamu ambil berat keadaan kamu dan bersyukurlah kerana ada insan yang benar-benar sayang pada kamu.

Rumah tangga ibarat bahtera yang sedang berlayar disamudera luas,pengendali nokhodanya adalah suami dan isteri saya ulang pengendalinya suami dan isteri semoga kamu berdua dapat menguasai keadaan dan bahtera selamat langsung pelayaran dapat diteruskan menuju matlamat.
Insyaallah amin.

#ProfPaperAirplane

SECERCAH ARTIKELWhere stories live. Discover now